Avocado Berbuah Lagi
Dah beberapa kali dapat merasa buah avocado kampung yang besar ni. Saya panggil avocado kampung sebab dia membesar di kampung. Ada sebatang pokok nan sebatang kat belakang rumah kampung encik suami.
Tak pernah lagi kot nampak orang jual buah avocado macam ni. Yang biasa kita nampak tu jenis avocado import, kan? Saya pun lupa dah rasa buah avocado import tu macamana sebab pernah beli beberapa kali je. Nak bandingkan pun tak tahu. Rasanya lebih kurang kot.
Kalau buat air buah avocado ni penuh satu jug. Pekat dan sedap!
baca juga : resipi air buah avocado
Cara makan buah avocado ada pelbagai cara. Boleh makan begitu saja, campurkan dengan salad, jadikan isi sandwich, buat topping oats sarapan pagi dan macam macam lagi lah.
Buah avocado ni memang sesuai untuk mereka yang sedang diet. Banyak khasiat buah avocado ni.
baca juga : 7 sebab buah avocado sesuai untuk diet
Tapi kan harga buah avocado di Malaysia ni bukan biasa-biasa. Nama pun buah import, mahal sikit lah. Nak beli selalu tu memang tak lah.
Buah avocado ni tak lah selalu berbuah. Jarang-jarang berbuah. Kalau berbuah tu ada banyak jugaklah. Sekarang tengah berkampung di kampung, belek-belek pokok avocado. Eh, ada buahnya pulak. Nampak 4 biji je. Tak tahulah kot ada lagi.
Tak pasti buah avocado masak ke belum. Jangan tanya saya cara pilih buah avocado. Tak pakar sangat. Tapi kalau belum masak, ada cara peram buah avocado. Bungkus je gunakan kertas.
Tak pernah lagi kot nampak orang jual buah avocado macam ni. Yang biasa kita nampak tu jenis avocado import, kan? Saya pun lupa dah rasa buah avocado import tu macamana sebab pernah beli beberapa kali je. Nak bandingkan pun tak tahu. Rasanya lebih kurang kot.
Kalau buat air buah avocado ni penuh satu jug. Pekat dan sedap!
baca juga : resipi air buah avocado
Cara makan buah avocado ada pelbagai cara. Boleh makan begitu saja, campurkan dengan salad, jadikan isi sandwich, buat topping oats sarapan pagi dan macam macam lagi lah.
Buah avocado ni memang sesuai untuk mereka yang sedang diet. Banyak khasiat buah avocado ni.
baca juga : 7 sebab buah avocado sesuai untuk diet
Tapi kan harga buah avocado di Malaysia ni bukan biasa-biasa. Nama pun buah import, mahal sikit lah. Nak beli selalu tu memang tak lah.
Perasan juga ada banyak putik bunga buah avocado ni. Putik je banyak tapi jarang nampak buahnya lebat.
waahh bestnya... kat kg ada , family tanam tapi tak berbuah lagi. Geram plak tengokk tu!!
ReplyDeleteMungkin kena tunggu lama bertahun kot. Ini pokok lama kak dah bertahun tahun dah. buahnya pun jarang jarang jugak. mana yang ada tu rezeki lah.
DeleteMashaAllah naik eloknya, bertuah ada pokok avocado, siapa yang tanam tu, tahniah!
ReplyDeleteSaya tak pasti siapa penanamnya. Mungkin zaman atok nenek encik suami dulu dulu. Alhamdulillah ada rezeki buah avocadonya.
DeleteItulah akak pun jarang makan buah avocado. Lagi tidak pernah nampak orang tanam.
ReplyDeleteAvocado kampung nampak panjang-panjang buahnya.
Ye, saiznya besar dan bentuk pun lebih panjang.
Deletewahh tak sangka hidup jugak avacado kat sini. besar2 buahnya.. jus avacado sedap nyaa. tapi kalau beli 3 biji dah berbelas ringgit
ReplyDeleteAda, cuma berbeza rupa dia. Memang besar dan sedap buat jus avocado.
DeleteBetul tu, harga dia mahal lagi yang jenis import tu.
Wahhh...sukanya buah avocado..
ReplyDeleteSaya dah 2 kali tanam kawan bagi anak benih.Dua kali juga pokok tu meninggal...Ni kawan bagi laginkali ke 3 ..Harap2 kali ni timbuh besar berbuah lebat la...Sama spesis macam gambar Fiza ni..Buahnya licin...bukan menggerutu macam yg import tu ..
Harapnya membesar elok lah kali ni. Dan dia hijau muda bukan hijau tua macam avocado import tu :)
DeleteKalau buat jus avocado sedap kan ?
ReplyDeleteSy belum merasai lagi
Ye, sedap buat jus avocado. Boleh cuba buat nanti Rabia.
DeleteAkak kalau sebut avacado terus teringat pencuci muka haha..
ReplyDeleteDulu ada jiran tanam pokok ni tp tak pernahnya berbuah...pokok jantan kut.
Haha...mesti nampak pencuci muka avocado je kan.
Deleteada pulak ye pokok jantan. tergelak baca :)
uishhh besarnya! haha
ReplyDeleteMemang besar buah avocado ni :)
DeleteSeumur hidup pernah nampak sekali je pokok avocado kampung ni. Memang sedap buat sapuan sandwich. Tapi avocado local tak tahu lah rasanya macamana
ReplyDeletetak tahu nak describe rasa dia sebab macam dah lama tak makan avocado import tu. Yang kampung ni pun dah lama tak makan. Masih kat pokok lagi. huhu
Deletetak pernah try lagi avacado kampung ni. mungkin sedap cam yang import juga kot
ReplyDeleteLebih kurang rasanya kak :)
DeleteCantik elok. Dulu tengok kat youtube nampak sedap je makan dengan roti. Tapi bila beli nak makan macam tak kena tekak. Nak try jus avocado pula nanti. Adik suka buat avocado makan dengan susu katanya..
ReplyDeleteMemang elok buahnya naniey.Kalau tak kena makan macam tu, boleh try minum jus. Bancuh dengan susu pun dah sedap dah :)
Deletebesar juga buah avocado ni. selalunya orang buat jus ke or makan macam tu je? tak pernah makan buah ni..hehe
ReplyDeleteBesar dia 2 kali ganda avocado yang biasa tu. Ada orang suka makan macam tu je atau jadikan spread roti atau campur dengan salad. Kalau saya suka buat jus.
Deletesaya tak pernah makan buah avocado. macam tak teringin plak. nanti2 lah kalau teringin
ReplyDeleteMungkin tak berapa nak minat kot. Kena try jus avocado @alpukat..kot suka dengan rasa avocado :)
Deleteselalunya mmg takde keinginan nak rasa jus alpukat tu.. walaupon selalu nampak org jual, hatta masa pi bandung pon mcm tak teringin nak rasa... tak tau naper
DeleteMemang tak berminat lah tu maksudnya :)
DeleteGeramnya tengok avokado tu! Memang selalu yang senang nak jumpa avokado import kan... harga pun kusmangat! Baca entri Fiza ni terus terbayang jus alpukat dengan sos coklat mewah lalu dekat anak tekak adeh....
ReplyDeleteyep, tak pernah jumpa lagi yang local dijual. Harga mampu jeling je. Sesekali bolehlah. Saya pun teringat ingat jus alpukat yang sedap tu. ada syrup chocolate lagilah memikat. Aduhaii..teringin tiberrr
Delete