Bakso Bihun Medan
Bakso, salah satu menu kegemaran saya. Siapa suka bakso? kita geng! Tapi kegemaran tu dah berubah sejak bakso yang menepati citarasa susah nak dapat. Disebabkan itulah saya dah jarang makan bakso.
Baru-baru ni lah tiba-tiba rasa nak order bakso pulak. Kebetulan masa beli nasi ikan talapia merah penyet tu, ada menu bakso jugak. Jadi, beli lah bakso sekali. Alang-alang, kan.
Nama bakso yang dibeli dari Warung Iman ni diberi nama "Bakso Bihun Medan". Agaknya resipi dari Medan atau dibuat orang Medan, itu saya tak pasti lah. Yang pastinya bihun bakso medan boleh dibeli di Seremban je.
Itulah dia rupa bakso bihun medan. Sup jernih, jenis sup yang saya suka. Ada 6 ketul bebola daging, 3 keping potongan tauhu dihiasi daun sup dan juga bawang goreng.
Saya suka jenis bakso macam ni. Bebola daging pun tak terlalu kuat bau daging. Almaklumlah saya bukan penggemar daging. Sesekali makan tu boleh lah.
Lagi sedap kalau bakso ada kobis sebab saya suka sayur. Sambal kicap tak ada. Ke memang tak ada sambal kicap sebenarnya. Eh, itu bihun sup. Sama je sebenarnya kan. Cuma rencah berbza.
Sebenarnya bakso ni ada banyak olahan. Lain tempat lain olahannya. Kalau tengok bakso di Indonesia, ada yang jual bebola daging besar sebesar bola sepak. Dalam bebola daging besar, ada bebola daging mini macam tu.
Pernah juga dengar, ada kedai bakso di Indonesia tawarkan bakso percuma jika habiskan semangkuk bakso bebola daging yang besar tu. Siapa je yang mampu habiskan, kan? Makan semangkuk kecik pun dah cukup kenyang.
Baru-baru ni lah tiba-tiba rasa nak order bakso pulak. Kebetulan masa beli nasi ikan talapia merah penyet tu, ada menu bakso jugak. Jadi, beli lah bakso sekali. Alang-alang, kan.
Nama bakso yang dibeli dari Warung Iman ni diberi nama "Bakso Bihun Medan". Agaknya resipi dari Medan atau dibuat orang Medan, itu saya tak pasti lah. Yang pastinya bihun bakso medan boleh dibeli di Seremban je.
Saya suka jenis bakso macam ni. Bebola daging pun tak terlalu kuat bau daging. Almaklumlah saya bukan penggemar daging. Sesekali makan tu boleh lah.
Lagi sedap kalau bakso ada kobis sebab saya suka sayur. Sambal kicap tak ada. Ke memang tak ada sambal kicap sebenarnya. Eh, itu bihun sup. Sama je sebenarnya kan. Cuma rencah berbza.
Sebenarnya bakso ni ada banyak olahan. Lain tempat lain olahannya. Kalau tengok bakso di Indonesia, ada yang jual bebola daging besar sebesar bola sepak. Dalam bebola daging besar, ada bebola daging mini macam tu.
Pernah juga dengar, ada kedai bakso di Indonesia tawarkan bakso percuma jika habiskan semangkuk bakso bebola daging yang besar tu. Siapa je yang mampu habiskan, kan? Makan semangkuk kecik pun dah cukup kenyang.
Sedapnya bakso.Lama juga tak makan bakso,semalam mencari @ putrajaya...tak buka la pula
ReplyDeleteKecewa jugak tu kalau tak dapat makan makanan yang kita nak. harap ada rezeki dapat merasa lain kali.
DeleteAkak suka bakso....x kisah bakso jenis apa...tapi betul kata fiza..susah nak dapat bakso yang sedap
ReplyDeleteKann..nak cari yang betul betul menepati selera tu payah.
Deletebest jgk layan bakso..
ReplyDeletehaa sy pon suka bebola daging yg xbau daging sgt,,
sejenis yg kurang mkn daging mmg camni kot.. haha
samalah kita. Betullah tu agaknya, kurang makan memang macam ni :)
Deleteya Allahh , paling favvv la bakso ni . tengok gambar terus mengidam hahahahhahah
ReplyDeleteKena pergi mencari lepas ni :)
DeleteSedapnya bakso
ReplyDeleteSedap juga :)
DeleteEh ada tauhu dalam baksa Medan.
ReplyDeleteSelalu makan yang ada bebola sahaja.
Ye kak. Lain olahan bakso bihun medan ni.
Deletekak yan pun suka bakso..tapi takde geng nak membakso,
ReplyDeletesaya pun takde geng kakyan. makan sorang sorang je lah :)
Deleterasanya saya macam tak pernah makan bakso. lagipon saya pon tak suke kalau bebola daging tu ade bau-bau lembu... hehehe
ReplyDeleteSaya pun tak suka jenis daging bau kuat. Itu yang kurang makan daging tu. hihi..tapi dapat yang kurang bau tu okaylah boleh makan lagi :)
DeleteCemana bakso tak cili?
ReplyDeleteKalau kat KL ni husband suka beli bakso branak. Dalam bebola daging besar ada anak2 bebola.
Entah, terlupa nak letak agaknya kot.
DeleteOhh bakso beranak namanya ye. Dalam bebola ada bebola lagi.
Baru semalam ccl makan bakso ..sedap .
ReplyDeleteAlhamdulillah..Kalau sedap, berselera makan :)
Delete