Header Ads

Bakso Bihun Medan

Bakso, salah satu menu kegemaran saya. Siapa suka bakso? kita geng! Tapi kegemaran tu dah berubah sejak bakso yang menepati citarasa susah nak dapat. Disebabkan itulah saya dah jarang makan bakso.

Baru-baru ni lah tiba-tiba rasa nak order bakso pulak. Kebetulan masa beli nasi ikan talapia merah penyet tu, ada menu bakso jugak. Jadi, beli lah bakso sekali. Alang-alang, kan.

Nama bakso yang dibeli dari Warung Iman ni diberi nama "Bakso Bihun Medan". Agaknya resipi dari Medan atau dibuat orang Medan, itu saya tak pasti lah. Yang pastinya bihun bakso medan boleh dibeli di Seremban je. 

Bakso Bihun Medan

Itulah dia rupa bakso bihun medan. Sup jernih, jenis sup yang saya suka. Ada 6 ketul bebola daging, 3 keping potongan tauhu dihiasi daun sup dan juga bawang goreng.

Saya suka jenis bakso macam ni. Bebola daging pun tak terlalu kuat bau daging. Almaklumlah saya bukan penggemar daging. Sesekali makan tu boleh lah.

Lagi sedap kalau bakso ada kobis sebab saya suka sayur. Sambal kicap tak ada. Ke memang tak ada sambal kicap sebenarnya. Eh, itu bihun sup. Sama je sebenarnya kan. Cuma rencah berbza.

Sebenarnya bakso ni ada banyak olahan. Lain tempat lain olahannya. Kalau tengok bakso di Indonesia, ada yang jual bebola daging besar sebesar bola sepak. Dalam bebola daging besar, ada bebola daging mini macam tu.

Pernah juga dengar, ada kedai bakso di Indonesia tawarkan bakso percuma jika habiskan semangkuk bakso bebola daging yang besar tu. Siapa je yang mampu habiskan, kan? Makan semangkuk kecik pun dah cukup kenyang.

هناك 20 تعليقًا:

  1. Sedapnya bakso.Lama juga tak makan bakso,semalam mencari @ putrajaya...tak buka la pula

    ردحذف
    الردود
    1. Kecewa jugak tu kalau tak dapat makan makanan yang kita nak. harap ada rezeki dapat merasa lain kali.

      حذف
  2. Akak suka bakso....x kisah bakso jenis apa...tapi betul kata fiza..susah nak dapat bakso yang sedap

    ردحذف
  3. best jgk layan bakso..
    haa sy pon suka bebola daging yg xbau daging sgt,,
    sejenis yg kurang mkn daging mmg camni kot.. haha

    ردحذف
    الردود
    1. samalah kita. Betullah tu agaknya, kurang makan memang macam ni :)

      حذف
  4. ya Allahh , paling favvv la bakso ni . tengok gambar terus mengidam hahahahhahah

    ردحذف
  5. Eh ada tauhu dalam baksa Medan.
    Selalu makan yang ada bebola sahaja.

    ردحذف
  6. kak yan pun suka bakso..tapi takde geng nak membakso,

    ردحذف
  7. rasanya saya macam tak pernah makan bakso. lagipon saya pon tak suke kalau bebola daging tu ade bau-bau lembu... hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Saya pun tak suka jenis daging bau kuat. Itu yang kurang makan daging tu. hihi..tapi dapat yang kurang bau tu okaylah boleh makan lagi :)

      حذف
  8. Cemana bakso tak cili?

    Kalau kat KL ni husband suka beli bakso branak. Dalam bebola daging besar ada anak2 bebola.

    ردحذف
    الردود
    1. Entah, terlupa nak letak agaknya kot.
      Ohh bakso beranak namanya ye. Dalam bebola ada bebola lagi.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.