Header Ads

Blog Lambat Loading. Internet Problem Atau Blog Yang Problem?

Baru-baru ni ramai blog yang mengalami masalah blog lambat loading, blog loading slow lain macam. Lama betul loading sampai kena refresh sekali barulah dia loading macam biasa. Blog saya pun terkesan sama.

Ada rakan blogger bagitahu blog saya lambat loading. Betul ke semua orang mengalaminya bila singgah sini? Meh bagitahu saya. Risau juga. Patutlah macam pageviews agak merundum akhir-akhir ni.

Punca Blog Lambat Loading

Tak tahulah apa puncanya sebab tak usik apa apa pun. Tiba pulak dia slow macam siput. Kalau nak di ikutkan punca sebenar blog lambat loading ada beberapa puncanya.

Punca blog lambat loading

  • Template blog

Pemilihan template blog sangat penting. Template blog yang berat dan sarat dengan script seperti CSS, HTML dan javascript akan membebankan server dan memerlukan masa lebih lama untuk paparan penuh blog. Sebaiknya pilih template yang ringan dan responsive lebih mesra pembaca untuk akses blog.

So far template yang saya dah gunakan sekian lama ni taklah lambat loading sebelum ni. Baru baru ni je tiba tiba dikatakan lambat loading. Sejak saya tak tukar apa apa, saya kekalkan dulu guna template yang sedia ada ni. 

Risau pulak kalau tukar lagi bertambah mundur pageviews nanti. Mana tahu masalah ni bersifat sementara saja, kan.

  • File dan saiz gambar 

File dan saiz gambar untuk upload ke dalam blog sebaiknya ikut saiz template asalnya. Rujuk balik saiz gambar dalam template asal. File dan saiz gambar yang besar akan menjadi beban server yang lebih tinggi jadi punca blog lambat loading.

Macam biasa saya akan resize gambar kepada saiz gambar dalam template blog asal. Saya simpan dalam file JPEG lebih kecil saiznya berbanding PNG

Untuk kecilkan saiz gambar, itu je lah kaedah saya gunakan untuk kecilkan file gambar. Tapi ada juga rakan blogger kata blog saya masih slow loading. Kenapa ek?

  • Widget 

Widget yang tidak diperlukan dan sepatutnya tidak ada perlulah dibuang supaya tidak membebankan blog.

Setakat ini saya hanya letak widget biasa macam followers, contact, iklan, bloglist, blog archive, label dan header sahaja. Widget pageviews pun saya dah buang. Kotlah jadi punca blog lambat loading, kan. 

Widget commentator pun dah buang dan saya letakkan di pages je. Gunakan bila perlu. Rasa dah ringan dah tu. 

Dulu pernah buang bloglist sebab ada isu bloglist ada broken link dan terkena virus. Sejak tu saya tak letak, baru setahun dua ni saya letak. Mungkinkah kena buang bloglist sekali lagi?

  • Banner Iklan/Code Iklan

Kecepatan blog juga dipengaruhi oleh code iklan yang ada dalam blog. Iklan yang bergerak akan menjadikan blog agak lambat loading.

Mostly iklan memang bergerak dan tak boleh nak kawal iklan apa yang keluar melainkan iklan yang dah block

Ada lagi ke punca blog lambat loading? Ke internet problem sebenarnya sekarang ni? Beberapa kali jugak internet buat hal dua tiga hari ni. Tapi sekejap je lah. 

Harapnya tak berpanjangan isu blog lambat loading ni. Punca punca lain dah kenalpasti dan tak usik apa apa sebelum ni. Tahu tahu je tiba blog lambat loading pulak. Spoil mood orang nak datang singgah kunjung mengunjungi.


Kalau pengguna wordpress ada juga plugin untuk mempercepat loading website seperti yoast kan? Untuk blogspot kenalah guna script je.

هناك 52 تعليقًا:

  1. rasanya dalam sebulan ni memang blogger macam-macam masalah. nak komen pun problem, tetibe link broken

    ردحذف
    الردود
    1. Itulah tu. Lepas satu, satu lagi masalahnya. Hadap je lah selagi tak loya. Harapnya cepatlah masalah, baru best nak blogwalking kesana kesini.

      حذف
  2. So far akak masuk sini Laju je loading Fiza. Hehe. Line internet kot jadi punca.

    ردحذف
  3. pernah je jadi, tapi sbb line internet opis yg slow...

    ردحذف
  4. Betul, kalau kak fiza tengok posting ini, saya rasa ada beberapa design macam lari sikit untuk setiap kali kak fiza Bagi tajuk for each of perkara. mcm Widget, .

    Blog saya pun saya access dah lambat loading. Blog kak fiza selalunya laju, tapi harini blog kak fiza pun loading.

    ردحذف
    الردود
    1. Oh ye ke Nadia? Rimas jugak kalau masalah berlarutan. Harapnya adalah penyelesaiannya. Dah banyak buang widget dah ni. huhu

      حذف
  5. ramai yang kena problem macam ni. kalau guna phone laju sikit kot nak buka blog//

    ردحذف
    الردود
    1. So far phone okay je kot kan. Tak tahu lah kenapa lambat sangat loading. kena refresh baru loading elok.

      حذف
  6. Macam- macam penyebab kan..thanks Fiza share...banyak benda kena amik tau kalau betul2 aktif blogging kan?akak nak tukar template..lama dah guna template ni....hahahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Tulah tu, banyak puncanya. Tak tahu mana satu dah nak diperbetulkan.
      Guna template ready made online je kak. Senang terus siap dan edit sikit sikit je mana perlu.

      حذف
  7. arapnya blog sy xloading lambat.. huhuu
    risau jgk kdg2..

    ردحذف
  8. Akak buka Fiza punya ok sahaja, laju terus buka.
    Tapi perasan ada blog buka yang lambat.
    Lagi satu akak lambat upload gambar. Hehe itu tiada gambar juga. Itu takpe lagi, blog sendiri.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah..syukur kalau okay je akak buka. Terima kasih inform kak.

      Perasan juga akak jarang letak gambar dalam entry.

      حذف
  9. mungkin masalah server blogger kot... tak tau lah

    ردحذف
  10. Ni tadi ok je laju loading blog Fiza.
    Akak rasa internet problem.

    ردحذف
    الردود
    1. Lega dengar kalau macam tu. Terima kasih inform kak.

      Mungkin jugalah tu.

      حذف
  11. Thanks fiza share. Perasaan juga 2-3 hari ini blog lambat loading. Maybe internet fon slow kot :)

    ردحذف
  12. Yaa sama laa kita, haritu slow juga, then ehhh okay laa pulak bila Sis buang widget fb pages dab bloglist.. then beberapa kemudian, ehhh lambat balik .. dah tak tau nak buat apa, sebab ada yang kata okay, dan ada yang kata tak okay.. so kita tunggu je laa dulu Fiza...

    ردحذف
    الردود
    1. Saja mempermainkan perasaan kita kan, kejap slow kejap laju. Itulah tu, kita tunggu je lah dulu tengok macamana permainan dia.

      حذف
  13. Betul. Lambat nak masuk. Tapi tak tahulah sebab internet ke apa.

    ردحذف
    الردود
    1. Mungkin jugalah tu kot Syu. Rata rata yang komen kata okay je laju masuk blog saya. Ada yang kata slow juga beberapa tapi.

      حذف
  14. Naim perasaan yg domain sendiri akn kerap alami masalah sebegini. Server atau blogger ada error

    ردحذف
    الردود
    1. Oh ye ke? So far yang blogspot tak ada masalah macam ni ye? Mungkin jugaklah tu kot server atau error.

      حذف
  15. ramai juga yang terkesan dengan blog lambat loading seminggu ini kan fiza

    ردحذف
  16. Mungkin internet, broken link tu pernah lalui..

    ردحذف
    الردود
    1. Mungkin juga sebab ramai yang komen kata okay je masuk blog saya ni.
      Broken link tu nak tak nak kena buang juga kan untuk blog better lagi.

      حذف
  17. Saya nak masuk sini masih ada masalah loading lama..
    Yang saya perasan bila saya nak lawat blog Fiza & SK...yang lain macam ok.Ada saya bgtau dalam komen entri mana ntah...ingatkan saya saja yang bermasalah..
    Kadang lama sungguh tunggu..hihihi
    Harap lepas ni ok...saya memang tak reti IT🤭

    ردحذف
    الردود
    1. Masih sama ye kak? Saya ada baca dan reply komen akak tu dalam post sebelum ni.

      So far ramai yang kata okay masuk blog saya ni. Mungkin internet agaknya.
      Harapnya cepatlah settle masalah ni. Baru mood happy nak blogging.

      حذف
    2. Ni tak la selambat beberapa hari lepas(lebih 30 saat).Tapi hari ni blog Fiza & SK saja yang tersekat dalam 15-20 saat jugak la(saya kira🤭).Blog Cikgu Amie,SA,Warisan Petani dan beberapa lagi yang saya cuba tu ok laju pulak.
      Tengok esok lusa saya update lagi.Mungkin saya sorang ja kot @ mungkin masalah internet saya.Semoga bukan masalah blog.Apapun TQ Fiza.

      حذف
    3. Uishh siap kira tu. Laju sikit ek. Tak pasti apa masalah sebenarnya. Harap harap okaylah macam sebelum ni. Terima kasih mama cella inform 😁

      حذف
  18. banayk faktor penyebab sbnrnya.. boleh cuba semak di Page Speed.. ni link dia :- https://developers.google.com/speed/pagespeed/insights/?url=https%3A%2F%2Fwww.dasirrounin.com%2F%3Fm%3D1&tab=desktop

    ردحذف
    الردود
    1. Dah pernah check dulu kat google pages speed tu. Tapi tak tahu macamana nak solvenya. Terima kasih share.

      حذف
  19. Blog rabia loading jugak sekarang ni
    Ke internet rumah slow
    Sebabnya ok je template blog rabia guna sebelum ni

    ردحذف
    الردود
    1. Tak pasti lah tu Rabia. Harapnya cepat lah okay masalah blog loading lama ni.

      حذف
  20. Internet kot.. sebab masuk blog ni memang laju n tak loading lama pun..

    ردحذف
    الردود
    1. Mungkin jugalah naniey. Saya pun tak pasti. Kalau laju lega sikit dengar. Terima kasih naniey

      حذف
  21. Rasa sbb template .byk template yg kena..nak tak nak terpaksa la tukar dulu template lain..tp kot ttiba akan normal balik..mmg nak back ke asl..tp tula tak tau bila nak ok nya..huwaaaaa

    ردحذف
    الردود
    1. Harap cepatlah okaylah. Agak leceh dan banyak kesan gak kalau tukar template tu. Tapi kalau dah terpaksa, kena tukar jugaklah nanti.

      حذف
  22. Setakat ni laju je saya masukkk blog kak fiza, mungkin line internet kot yang problem? Tapi haritu tak dinafikan, memang blogger ada masalah. Slow gila loading blog, even nak edit html punnnn tak keluar keluar dekat seminggu lebih. Penat uninstall and install google chrome, jadi gituu jugakk. Nasib baik lah seminggu lebih jeee.

    ردحذف
    الردود
    1. Oh ye ke? Itulah tak tahu apa punca sebenar dia. Ramai juga yang blog slow sekarang ni. Kadang tu broken nak add widget pun ada. Tak faham betul lah apa masalahnya, kan.

      حذف
  23. ramai juga blogger yang terkesan dengan masalah page lambat loading ,

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.