Header Ads

Dapat juga merasa BUBBLEBEE Caramelized Honey Golden Pearl

Siapa yang tak kenal dengan bubble bee Shuib ni kan. Sekarang dah merata-rata franchise bubble bee Shuib ni. Franchise bubble bee di Segamat baru je buka milik Achey. Baru tak baru sangatlah, dah lama jugak rasanya.

Disebabkan Achey orang Segamat, rezeki orang Segamat jugalah dapat merasa pelbagai produk bubble bee menu Malaysia ni. Kebetulan haritu saya balik Segamat dan singgah berdekatan dengan bubble bee ni, dapatlah membeli. Itupun sebab tak ada orang lansung.

Sebelum ni nak membeli tengok ramai orang beratur terus tak jadi beli. Alang-alang dah sampai dan tak ada orang, berdesup lah membeli. Tapi beli satu je lah. Disebabkan cuaca tengah panas masa tu, lebih kepada nak minum air bukan makan ice cream.

Encik suami order caramelized honey golden pearl, sejenis minuman susu dicampurkan dengan caramelized honey golden pearl. Pearl yang diperbuat daripada madu. 

Manis tak manis sangat. Sedang elok je rasa susu madu dia. Cuma agak terganggu bila ada pearl ni. Saya agak kurang suka ada pearl so called boba ni sebenarnya.

BUBBLEBEE Caramelized Honey Golden Pearl

Pada saya, minuman dia biasa biasa saja. Harga dia seingat saya RM12 lebih macam tu. Mahal sebab minuman ni ber'madu'. Sudah tentulah mahal.

Lepas ni kena cuba bubble bee ice cream pulak lah. Sekadar ingin cuba merasa. 

هناك 28 تعليقًا:

  1. baru jg mencuba honey ice-cream...tak brp manis tu yg best..

    ردحذف
    الردود
    1. Ada juga baca kat blog akak. nanti nak cuba jugaklah ice cream. Yang tak manis ni barulah sedap kan.

      حذف
  2. Harap satu masa nanti dapat jugalah mencuba.

    ردحذف
  3. tenok gambar ni pun dah tau betapa panas memancor di Segamat tu. memang sedap panas dapat minum air begini

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat terik memancor panasnya Sal. itulah tu, order air daripada ice cream :)

      حذف
  4. sy pernah try skali yg aiskrim tu.. sedap la jgk..
    manis2 madu..

    ردحذف
    الردود
    1. nanti nak try jugak yang ice cream tu. Manis madu sedap, saya suka :)

      حذف
  5. Tak pernah merasa lagi setakat ni. Kena pergi bandar baru jumpa air ni. 😅

    ردحذف
    الردود
    1. Nanti-nanti kot terjumpa franchise Bubblebee bolehlah membeli air atau ice cream.

      حذف
  6. Teringin lak rasa.. penah beli sekali je.. ni dah ada kat kuantan, leh la beli sokmo.. haha..

    ردحذف
    الردود
    1. Baru bukak eh kat kuantan tu. Syoklah boleh makan selalu. Saya pun belum cuba lagi ice cream ni. Baru cuba air je.

      حذف
  7. Dulu zaman Adah study kat Segamat selalu la juga turun sana...Dari Tangkak ke Segamat tu becinta kan..Dah elok2 "hi way" tu siap..elok dia pun selesai belajar..Rindu pula kat jalan tu 🤭

    ردحذف
    الردود
    1. UiTM Segamat ke? Dulu anak buah pun study situ jugak dekat dengan rumah. Dulu masa jalan tengah buat baru lagilah leceh lalu situ. Sekarang highway helok laju je.

      حذف
  8. Hehe akak belum cuba produk ini. Tuggu seruan nampaknya.
    Kena pilih yang tiada bomba.

    ردحذف
    الردود
    1. Kot kot ternampak tak ramai orang tu bolehlah singgah membeli. Beli yang takde boba baru best minum :)

      حذف
  9. الردود
    1. Saya pun baru merasa je ni. Nanti kot terjumpa franchise lain boleh lah membeli dan rasa.

      حذف
  10. saya pernah cuba yang ada coffee, tah apa namanya dah lupa pulak
    sedap cuma terlebih manis sebab ada honey
    saya pun tak berapa gemar boba tu, selalu mintak 'jangan letak'

    ردحذف
    الردود
    1. Mungkin dah manis, tambah madu jadi lebih manis agaknya. Samalah kita bukan geng boba.

      حذف
  11. yg asikrim tu yg viral masa mula2 dlu...suka sbb ada honeycomb...yg drinks mcm ni tk pernh try lg

    ردحذف
    الردود
    1. Betul betul. ice cream viral dulu. Next time baru cuba ice cream. Suka gak honeycomb tu dan rasa manis manis madu.

      حذف
  12. Belum pernah cuba minuman bubblebee. Agaknya kat perlis bila akan ada satu cawangan bubble bee ni kan

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau bukak kat sana mesti laku punya. Harap nanti ada lah buka franchise kat sana.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.