Drama Diari Seorang Suami

Diari Seorang Suami, drama siri terbaharu gandingan pelakon Afieq Shazwan dan Yuna Rahim. Drama Diari Seorang Suami episod 1 mulai 12 November 2021 di Slot Lestary TV3.

Ini merupakan kali pertama Afieq Shazwan memegang watak suami dan menggalas cabaran memikul watak karakter berat.

“Saya tak pernah bawa watak suami dan karakter yang berat. Dalam drama ini, saya digandingkan dengan Yuna Rahim, Keith Foo, Syanie dan Fimie Don."- Afieq Shazwan

Drama Diari Seorang Suami Slot Lestary TV3

DRAMA DIARI SEORANG SUAMI

Jumlah episod : 13
Mula siaran : 12 November 2021
Waktu siaran : Rabu-Jumaat, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Idea asal : Azril Hamzah
Penulis skrip : Azril Hamzah, Nasir Sulaiman
Pengarah : Johan Bahar
Produksi : Art Ornament Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Afieq Shazwan sebagai Hairi
  • Yuna Rahim sebagai Nisa
  • Keith Foo sebagai Azman
  • Fimie Don sebagai Jenal
  • Aida Othman sebagai Liza
  • Sani Sudin sebagai Pak Wan
  • Jun Lojong sebagai Mak Yah
  • Syanie Hisham sebagai Kak Esah
  • Iqbal Mazlan sebagai Joe
  • Khal Isyaf sebagai Omar
  • Fahmi Zamari sebagai Edi
  • Suraya Eusoff sebagai Yati
  • Kamal Ibrahim sebagai Pak Kasim
  • Cintaa Aiyuni sebagai Siti
  • Hafiz Raslin sebagai Husin
  • Ali Yusoff sebagai Brader Jai

SINOPSIS DIARI SEORANG SUAMI

Hairi (Afieq Shazwan) dan Neesa (Yuna Rahim) berkahwin pada usia muda walaupun tidak direstui oleh keluarga. Masing-masing hanya berumur 18 tahun pada ketika itu. Hairi hanya lepasan sijil SPM manakala Neesa bakal menduduki peperiksaan STPM. 

Mereka berdua telah membuat keputusan untuk berkahwin lari dan mula menjadi gelandangan di Kuala Lumpur. Malahan, mereka juga tidak mempunyai arah tujuan dan pekerjaan yang tetap. 

Sejak dari itu, Hairi dan Neesa terpaksa melalui pelbagai onak duri hidup dalam kalangan masyarakat gelandangan. Kisah hidup mereka bertambah rumit apabila Neesa disahkan mengandung. 

Semuanya dicatatkan di dalam diari Hairi yang tidak pernah diketahui oleh Neesa.

Orang Kaya Azman (Keith Foo) muncul dalam hidup mereka dan mahu membantu Hairi dan Neesa. Orang Kaya Azman menawarkan pekerjaan kepada Hairi malah juga membenarkan kedua-duanya tinggal di rumah agam miliknya. 

Apakah yang bakal berlaku pada Hairi dan Neesa? Diari Hairi bakal menjawab hati dan perasaan seorang suami.

12 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.