Kak Amie Belanja Makan Dari Kejauhan
Belanja makan bukan hanya sekadar bersua muka duduk semeja sambil berhuha huha (baca : bersembang-sembang). Mana mahunya zaman pandemik COVID-19 buat macam tu. Semeja paling tidak hanya boleh duduk berdua. Itupun kena jarak.
Disebabkan virus COVID-19 ni lah cara kita belanja makan dah berubah. Tak bersua muka hanya kenal di alam maya pun boleh belanja orang yang nun jauh disana. Kan?
Disebabkan virus COVID-19 ni lah cara kita belanja makan dah berubah. Tak bersua muka hanya kenal di alam maya pun boleh belanja orang yang nun jauh disana. Kan?
Semalam saya terima duit belanja yang dikirimkan dari Sabah. Siapa lagi kalau bukan Kak Amie. Kak Amie kata dia nak belanja makan tapi kena beli sendiri lah.
Kebetulan petang semalam encik suami bersihkan air cond dan bersihkan compressor kat luar, hari Sabtu pulak computer saya buat hal windows problem. Tak pasal pasal encik suami kena format semula dan install apa yang perlu.
Kebetulan petang semalam encik suami bersihkan air cond dan bersihkan compressor kat luar, hari Sabtu pulak computer saya buat hal windows problem. Tak pasal pasal encik suami kena format semula dan install apa yang perlu.
Mujur kerja saya semua dah backup siap siap dalam hard disk. Tapi leceh jugak kena install semula font. Adeh! Boleh mendatangkan stress lah jugak kan. Itupun tak siap lagi ni.
Masing-masing dah penat. Jadinya saya pun belanja encik suami dengan duit belanja tu. Saya cadangkan beli McD je lah.
Masing-masing dah penat. Jadinya saya pun belanja encik suami dengan duit belanja tu. Saya cadangkan beli McD je lah.
McD menu
- Spicy Chicken McDeluxe Set (Fries + Milo ice)
- Creamy Cheese Spicy Chicken
- Cempedak McFlurry
- Iced Mocha
- Kek Pandan Gula Melaka
gambar kacau bilau. Tak tahu nak susun dah sebab nak makan cepat. |
Creamy Cheese Spicy Chicken/ Burger Ayam Pedas Sos Keju
Creamy cheese spicy chicken atau burger ayam pedas sos keju ni merupakan menu baharu McDonald's Malaysia. Burger dengan kepingan ayam rangup pedas dan sos keju serta kepingan keju. Rasa pedas tu terasa. Bila bergabung dengan rasa creamy cheese tu buatkan burger ayam pedas sos keju ni lagi sedap.Cempedak McFlurry
Sebenarnya nak beli McFlurry Popping Candy tapi katanya dah tak ada dah. Sebelum tu tengok kat website ada promo Cempedak McFlurry, beli dengan 1 harga dapat 2 macam tu. Sekali kena scam. Tak ada pun promo tu. Kalau tahu macam tu suruh encik suami beli 1 je cempedak McFlurry.baca juga : cempedak mcflurry review
Bukan je kena scam promo tapi dah kenapa cempedak McFlurry rupa dah macam Oreo McFlurry pulak?. Ada pulak topping cebisan oreo. Tenggelam terus syrup cempedak tu. Ini kalau orang cakap Oreo McFlurry pun boleh percaya.
Tak tahu lah kot tersilap letak topping Oreo tu. Nasiblah labuuuu...
Iced Mocha
Haritu dah cuba Iced Latte, jadi cuba Iced Mocha pulak. Sedap! Gabungan kopi dan coklat tak pernah mengecewakan.
Kek Pandan Gula Melaka
Kononnya nak beli set combo cake + McCafé Drink, kek nak pilih kek pandan gula Melaka. Tapi kek pandan gula Melaka tak ada set combo. Kena beli ala carte. Terpaksalah beli kopi dan kek asing-asing.
Kek belum cuba lagi. Simpan dulu dalam kulkas. Sebelum makan nanti kita shoot proper sikit dan buat pos kek pandan gula Melaka sahaja.
Apa apa pun Terima kasih untuk Kak Amie belanja dari kejauhan. Berkongsi rezeki dengan blogger yang jadi top komentator blog Amie Little's Kitchen sempena ulang tahun kelahiran anak anak bujangnya bulan September.
Apa apa pun Terima kasih untuk Kak Amie belanja dari kejauhan. Berkongsi rezeki dengan blogger yang jadi top komentator blog Amie Little's Kitchen sempena ulang tahun kelahiran anak anak bujangnya bulan September.
Semoga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah seluas lautan, rezeki yang tak pernah berhenti mengalir seperti air zam zam yang tak pernah berhenti mengalir ke seluruh pelusuk dunia dengan segala keberkatan.
Aamiin Ya Rabbal Alamin...
Apa yang menariknya Blog Kak Amie? Hari hari Kak Amie masak hidangan sedap-sedap. Bukan hanya sedap, yang rare tak pernah jumpa pun ada. Dapat jugalah belajar ilmu masakan baru dan juga resipi-resipi masak gaya Kak Amie.
Tak dapat merasa, dapat jamu mata pun jadi lah. Terima kasih sekali lagi Kak Amie. Rasa nak ucap berkali kali Terima kasih.
Tak dapat merasa, dapat jamu mata pun jadi lah. Terima kasih sekali lagi Kak Amie. Rasa nak ucap berkali kali Terima kasih.
Eh eh.. kita rasa Suria Amanda pun beli McD dengan duit belanja Kak Amie. Kebetulan atau memang Kak Amie soh beli McD? Ke.. SA beli kfc, eh, lupa pulak, hihi
ReplyDeleteA ah kak. Singgah jugak blog dia tadi. Kebetulan order sama. Hihi...
DeleteTahniah kak rezeki tu
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Deletewahh bestnya mkn mcd.. kat tmpt sy pon popping candy abs je manjang.. nk merasa pon xdpt lg..
ReplyDeleteni kira menu baru ke camne cempedak + topping oreo.. haha
alhamdulillah rezeki fiza.. dpt mkn free.. =)
Alhamdulillah..rezeki. Popping candy tu dah habis musim katanya. Tak dapatlah nak merasa. Haha..tak tahu lah..tersilap letak oreo sekali agaknya.
DeleteWow, sedapnya McD. Lama tak makan 😋.
ReplyDeleteSedap yang Creamy Cheese Spicy Chicken tu. Recommended kalau suka pedas dan cheese. Kot kot teringin bolehlah order nanti Syu.
Deletesedapnya.. btw, MCD mmg panjang aje Q dia kat area rumah ni.
ReplyDeleteOh, semua gambar cantek2.. pandai amik gambar
Yep, sedap menu menu McD yang dibeli ni. McD memang sentiasa ramai orang. kena membeli bukan waktu peak hour.
DeleteTerima kasih :)
Alhamdulillah rezeki, bestnya dapat rezeki macam ni, syukur. Sedap tu complete set, Tahniah Fiza, moga diberi rezeki melimpah ruah buat pemberi dan penerima ameen, Aameen. juga doa istimewa tu, mengaliri tiada henti seperti air zam-zam. SubhanAllah.
ReplyDeleteAlhamdulillah..
DeleteAamiin Ya Rabbal Alamin
Terima kasih atas doanya kak :)
Wah..untunglah, Tahniah2
ReplyDeleteAlhamdulillah.
DeleteTerima kasih :)
wahhhh alhamdulillah rezeki fiza dapat makan mcd! cantik betul kek tu, teringin pulak nak cuba!
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki.
DeleteMemang cantik kejadiannya. Cubalah nanti :)
Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat.
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki. Orang memberi kita merasa :)
Deletewaa bestnya makan, lengkap 3 course meal sampai ke appetizer.. tahniah fiza
ReplyDeleteAlhamdulillah...dapat rezeki orang belanja :)
DeleteAlhamdulillah. Seronok rasanya dapat lihat Fizah & husband menikmati hidangan McD. Terima kasih kembali Fizah sebab sudi menjadi rakan maya dan selalu singgah blog Kak Amie. Rasa teringin pula kalau boleh nak jumpa di alam nyata.... hehhehehh!
ReplyDeleteTerima kasih banyak banyak kak Amie belanja kami dan sudi juga singgah sini. InshaAllah ada rezeki boleh kita jumpa. Mana tahu tiba tiba ada ditempat yang sama masa tu kan.
DeleteSama sama kasih Kak Amie :)
alhamdulillah, dapat berkongsi rezeki
ReplyDeletetahniah
Alhamdulillah..dapat rezeki, kita kongsikan juga :)
DeleteAlhamdullah...
ReplyDeleteBila Allah dah janji rezeki itu milikmu...
Tapi bukan ke kak Amie pesan suruh makan sama2 makCella🤭🤣
Alhamdulillah..
DeleteHehehe..Moga moga ada rezeki MakCella jugak nanti :)
Alhamdulillah, tahniah fiza!
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki.
DeleteTerima kasih Shida.
Alhamdulillah berkongsi rezeki
ReplyDeleteOrang memberi kita merasa.
Alhamdulillah...rezeki jangan ditolak.
DeleteAhhh sedaaap menu McD nya. Tak pernah tampak pula ada cempedak flurry di McD Indonesia 😄. Langsung saya beli kalo ada kat sini kak :). Itulaaah tak sukanya, kadang menu2 franchise nih tak sama tiap negara. Bahkan burger McD di Malaysia saya rasa lebih sedap daripada burger McD di sini.
ReplyDeleteMemang tak sama menunya kan. Berbeza setiap negara. Oh ya? nanti datang ke Malaysia bolehlah makan burger McD puas puas :)
DeleteAlhamdulillah rezeki suami juga dapat makan. Hasil menolong bersihkan penyaman udara dan format komputer.
ReplyDeleteAda pula tawaran tipu eh. Siapalah rajin buat untuk Tingkat kan McFlurry Cempedak. Hehe
Alhamdulillah..rezeki bersama. Upah banyak buat kerja. Mungkin tawaran dah tak valid kot. Tergelak jugak tengok ada topping oreo tu. Sebelum ni beli tak ada pulak oreo. Hihi..macam macam kan.
Deletesyok tu rezeki kak amie blanje mc d...wah cempedak mcflurry...lama xsinggah mcd ni
ReplyDeleteAlhamdulillah..Orang belanja. Rezeki jangan ditolak :)
DeletePasni kot teringin boleh order McD pulak.
tahniah kak jadi top commentator blog kak amie. seronok dapat makan free kan., hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki merasa orang belanja :)
DeleteEhhhh, kenapa dengan cempedak mc flurry tu?? kelihatan aneh..Aduh, pening dah tuuu..hihi..
ReplyDeleteTahniahhhh ye..dapat rezeki..hehe
Tak tahu lah Nona..Tiba tiba pulak ada topping oreo. Saja agaknya buat kelainan tiba tiba.
DeleteAlhamdulillah rezeki :)
waaaaa ini tidak adil??? kenapa x ajak sayaaaaaa???? ;-)
ReplyDeleteAla awak jiran jauh 😅
DeleteMaaf lah ye ammi spam comment box awak.. Penangan x sempat nak BW.
ReplyDeleteTahniah.. Sbb awak mmg rajin sangat tinggalkan jejak
Eh tak spam pun. Saya pun biasa komen secara pukal jugak bila lama tak blogwalking.
DeleteAlhamdulillah...Terima kasih Ammi :)
Sedapnyaaaa, dah lama pula tak makan McD gini. Kek tu nampak sedap.
ReplyDeleteAda rezeki lebih boleh reward diri sendiri beli hidangan macam ni Nadia. Kek tu memang sedap!
Deletehidangan mcd yang sangat sedap .
ReplyDeleteYe lyana, sedap sedap semuanya
Delete