Kenapa Daun Keladi Viral
Agak-agak kenapa daun keladi keladi viral tiba-tiba? Adakah kerana orang baru perasan corak daunnya cantik? Sebelum ni viral pokok lidah mentua sampai harganya pun melambung tinggi. Yang tak suka pokok bunga tiba-tiba terjebak buat koleksi tanaman. Kan?
Keladi viral 2021, keladi viral mahal di abad ini. Siap ada yang mencuri tu yang tak tahan tu. Sampai pokok bunga pun nak dicuri. Tak faham betul motifnya. Mungkin sebab harga pokok keladi hiasan jadi mahal.
Ada pelbagai jenis pokok keladi. Ada jenis pokok keladi hiasan, ada jenis pokok keladi bunga, ada jenis pokok keladi beracun dan ada jenis pokok keladi hutan. Tidaklah saya tahu jenis jenisnya sangat.
Sebahagian pokok keladi hiasan koleksi mak saya ada beberapa jenis je.
Sebahagian pokok keladi hiasan koleksi mak saya ada beberapa jenis je.
Thai Beauty Caladium
Pink Beauty Caladium
Red Ruffle Caladium
Gingerland Caladium
White Wing Caladium
Sebelum ni saya pernah update pokok keladi white wing ni, tapi saya terkeliru sikit white wing atau icicle. Rupa macam lebih kurang. Kalau tahu, boleh lah komen di bawah.
Lepas ni jangan tanya saya jual ke tak atau nak beli. Saya kongsi gambar koleksi pokok bunga keladi hiasan mak saya je. Satu jenis ada satu je. Nak jual macamana pulak kan. Biasanya saya dapat email bila ada pembaca yang tak baca entri penuh.
Penat penat kita taip dia tak baca pulak.
ya, itu white wing..belum tengok lagi icicle macam mana rupa dia..
ReplyDeletesekarang ni kalo ada pokok keladi kat kawasan hot, kena simpan dalam pagar..yang ada keladi mahal, sila letak dalam rumah kalo tak nak kena curik..hahahahh
tengah tunggu ubi gak ni sampai nak semai..tiberr akak da kena miang keladi sejak sebulan dua ni..
Yeay, betul! confused lak dengan icicle. Haha..keladi mahal kayangan kena duduk dalam rumah..tak pasal kena curik nanti.
DeleteTudiaa dah terjebak dengan miang keladi habislah. Kena buat pagar siap siap tu.
cantik kan. Ramai kawan-kawan saya pun terjebak dengan keladi ni. Dulu masa saya beli dalam 3 tahun lepas, rm15 je sepohon sekarang dah berganda harganya sebab permintaan tinggi
ReplyDeleteRamai dah terjebak dengan pokok keladi sekarang. Banyak permintaan, lagi tinggi lah harganya.
DeleteHahaha... Sama macam akak Fiza. Haritu siap mesej nak beli bunga mak akak, padahal akak dah siap² bagitau kat blog yang akak just kongsikan koleksi bunga mak disebabkan suka tengok.
ReplyDeleteSamalah kita, ada je yang email tanya nak beli pokoklah. nak booking chalet lah..macam-macam hal..
Deletehe he mcm2 lah kan
ReplyDeletetp memang cantik kaler kalernya tu
dulu kat kg biasa tgk tepi2 rumah org tanam
sekbaikkk x terjebak dgn pokok2 viral ni
Tulah tu, yang cantik tu jadi idaman. Kalau kat kampung memang ada je tumbuh kat mana-mana. Saya kurang terjebak sikit dengan pokok keladi.
DeleteCantik daun pokok bunga keladi kan Fizah.
ReplyDeleteKak Amie nampak sabar betul Encik Suami urus tanamannya sebab pokok keladi jenis tanaman hiasan ini agak lambat sedikit tumbesarannya. Tapi bila dah besar, cantik betul daunnya.
Kadang-kadang memang rasa malas nak jawab komen atau pertanyaan pengomen yang tak baca habis entri yang kita tulis. Abaikan sajalah.
Kalau dah minat mesti sabar melayan karenah pokok bunga keladi ni Kak Amie. Dah besar bila daun rimbun memang cantik. Itu yang mahal tu.
DeleteIye, saya anggap itu normal dah.
saya baca sampai habis sis hehe..
ReplyDeletemak-mak kita dulu dah lama suka keladi ni kan,,. tp muda-mudi sekarang ni baru nak bljr appreciate keladi ni. jadi apa maknanya tu ek..?
Terima kasih membaca sampai habis. Yep, mak mak kita kat kampung pokok apa je yang dia tak suka. Semua tanam kalau masih ada ruang untuk menanam. Hihi..sekarang ikut trend mungkin.
DeleteCantik2nya koleksi mak...kalau jual mau beratus2 rm tu..ehh ada yg beribu rm kan...akak cuma kenal keladi buat asam pedas,masak lemak ja..
ReplyDeleteIni je yang ada kak. Saya suka tengok yang batik tu gambar first. Tak mungkin dijual. Itulah tu, ada yang jual beratus ratus. Ribuan tak pernah nampak lagi.
Deletehihi, keladi buat masak saya pun tak tahu sangat jenisnya.
Wak rasa viral daun keladi ni tak lama.
ReplyDeleteSebab dia senang dibiakkan, senang hidup dan mudah dapat
Betul wak. Kejap je macam pokok lidah mentua tu kan. kejap je viral dia.
DeleteCantik cantik semuanya. Memang sekarang ramai tanam keladi dan kumpul keladi ni. Harga pun boleh tahan kalau yang 'rare'.
ReplyDeleteYang rare memang mahal dari biasa. Tapi ada je orang beli untuk buat koleksi.
DeleteCantik-cantiknya keladi, sebab tu viral :)
ReplyDeleteYelah tu agaknya kan. Cantik jadi daya tarikan.
DeleteSekarang keladi memang viral dan jadi rebutan. Sana sini orang buru keladi. Baru-baru ada pokok keladi tumbuh meliar kat tepi bus stop berhampiran rumah akak ghaib. Ni kes orang buru keladilah ni. TInggal lubang kena gali je....
ReplyDeletePasal keladi, ada yang sanggup mencuri tu. Uisshhh betul betul panas keladi di pasaran. Main gali je kan bila nampak keladi tumbuh liar. Asal boleh je. Ish ish ish.
DeleteTak tau laah kenapa sejak pandemi nih harga beberapa tanaman hias jadi kayak emas je .. naik tinggi... Monstera atau apa-apalah namanya, jadi jutaan rupiah. Tak abis pikir. Untunglah saya tak suka gardening kak :p. Jadi tak payah ikut kalap beli beli nih hahahaha. Ada teman yg jadi sukaaaa sangat. Dibeli walopun mahal.
ReplyDeleteItulah pasalnya. Harga naik tinggi melambung disebabkan permintaan tinggi. Saya pernah terjebak dengan monstera. Mujur hidupnya subur cuma kurang diberikan kasih sayang. Hihi
DeleteHaha dia tengok gambar cantik dalam blog Fiza terus jatuh cinta hendak beli.
ReplyDeleteAkak memang tidak tahu sangat jenis keladi. Baca untuk pengetahuan.
Hehe..nampak cantik terus tanya tanpa baca habis. Saya pun tak berapa kenal sangat kak. Mencari juga mana info yang ada.
Deletetanaman keladi yang tengah viral sekarang ni , banyak corak-corak pada daun keladi yang cantik
ReplyDeleteItulah tu, tiba tiba viral pulak pokok keladi ni. Corak dia lawa lawa kan.
DeleteCantiknya pokok ni, kalau letak depan rumah ini memang menarik je
ReplyDeleteMemang cantik kalau letak depan rumah. Penyeri laman rumah gitu.
Delete