Masa Untuk Berleha Leha Dah Habis
Lemau rasa bila masa untuk berleha leha dah habis. Tak adalah berleha leha pun kat kampung sebenarnya. Banyak kerja nak kena buat. Hanya istilah cuti di kampung je boleh digunakan. Apa maksud leha leha?
Macam-macam perkataan trending keluar sekarang ni ye.
Macam-macam perkataan trending keluar sekarang ni ye.
Leha leha adalah
[lé.ha] | ليهاDefinisi : (léha) lalai, leka, lengah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Arti leha-leha
Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) adalah le.ha-le.ha [a] dl keadaan bersantai-santai dan tidak berbuat sesuatu (tidak melakukan apa-apa)Begitulah maksud leha leha bersantai-santai, bersenang-senang gitu. Cuti balik kampung sudah. Lepas ni nak plan cuti-cuti ke Port Dickson. Tapi masih ramai orang. Bertenang dulu.
Tunggu mereka dah habis cuti, kita terjah pulak. Barulah dapat beleha-leha nanti. Kalau definisi orang berlari ke berbasikal ke bolehlaha kayuh leha leha. Takpun pace leha leha gitu.
Di Indonesia, ada juga leha leha cafe. Cafe untuk bersantai santai makan sambil mengopi atau mengeteh. Balik kampung tak sempat nak mengeteh kat Ngeteh port. Huhu...
baru nak komen..smart watch ni dah warning suruh bangun. Ammi bangun jap ye...jalan leha-leha dalam office ni. Marah jam ni karang
ردحذفHihi...Aiyokkk..Silakan sambung buat kerja Ammi :)
حذفWah berleha lama aih.. Miss you :)
ردحذفCuti lama kali ni..Miss you too kak, lama tak singgah rumah akak..Tunggu ye. Nanti saya datang singgah.
حذفiyer..semua port pun penuh . ramai org. more ke duduk rumah, kuar bila perlu jer.
ردحذفItulah tu, sejak boleh rentas daerah dok survey. Masih hampa. Nanti nantilah bercuti santai santai.
حذفOh, jadinya perkataan leha leha, benar2 wujud
ردحذفIye kak SK :)
حذفLama Fiza berleha-leha. Rasanya dari Rabu lepas. Hehe. Macam mana? Ada semangat lepas ibu bapa.
ردحذفA ah kak. Lama berleha leha bila sesekali :)
حذفAlhamdulillah...
jadi sekarang masa untuk bermia mia pulak :P
ردحذفBermia mia tu apa pulak maksudnya. hihi..Missing In Action ke camne?
حذفMasa utk berleha leha
ردحذفYa, petang petang ni masa yang sesuai untuk berleha leha
حذفkite pon dah balik kg..selesaikan yang penting dulu..pasni baru merayap pula hahaha
ردحذفAlhamdulillah..ye, betul betul. Kita dahulukan balik kampung dulu baru bercuti next :)
حذفLah....rupanya berleha-leha tu memang ada dalam kamus dewan...Baru tau..TQ info
ردحذفAdo mama cella. Check kat prpm ada.
حذفsama-sama :)
femes mereka yg bernama leha...hihi..best gak word ni 'leha-leha'..
ردحذفTiba tiba leha jadi popular. Boleh guna word leha-leha lepas ni :)
حذفAkak selalu guna ayat leha- leha ni masa hiking...hahaha..pace leha- leha...
ردحذفHehehe..pace leha-leha cambest gak guna.
حذفalamak, kesian orang nama Leha nanti dicop pemalas. haha
ردحذفHaha..tak pasal pasal terpalit dengan lalai leka tu kan..kesian Leha.
حذفBerleha leha untuk perempuan
ردحذفKalau lelaki apa pulak agaknya
Hahaha..sama je wak walaupun nama tu keperempuanan :)
حذفmaksud yang hampir sama juga tu .
ردحذفbetul cakap kak fiza nak pergi beructi sekarang pun masih lagi tak mengizinkan , orang ramai
Yang mana maksud yang hampir sama juga tu lyana?
حذفYep, pendam dulu hasrat nak bercuti tu.
Teringat emak selalu tegur kami guna perkataan leha leha kalau kami kami buat kerja tak siap-siap.
ردحذفOhh dulu dulu dah gunakan lah kan perkataan leha leha ni. Bukan lah benda baru. Sekarang baru digunakan semula.
حذفsekarang ni kalau cuti hujung minggu pon rasa macam sekejap jer berlalu... tiba2 dah nak kene kerja semula
ردحذفBetul, laju je 2 hari berlalu. Tahu tahu dah isnin dah.
حذفTak boleh nak berleha leha dah jugak sebab skrg sem dah mula. Makin banyak benda kena buat !!!!!!
ردحذفFaham sangat tu Nadia. Kalau dah mula sem lepas tu sibuk dengan FYP lagi, rasa nak berleha leha kejap pun tak boleh. Semoga Allah permudahkan segala urusan Nadia. Aaminn...
حذف