Header Ads

Muka Surat Baru Oktober, Episod Baru

Bulan September sudah pun berlalu. Harini masuk 1 oktober 2021, kita buka muka surat baru, muka surat 273 daripada 365. Bermulalah episod baru kisah baru di bulan Oktober.

Malaysia dijangka akan memasuki fasa endemik COVID-19 pada penghujung Oktober, selepas 80 peratus penduduk menerima dos lengkap. Katanya lebih banyak kelonggaran bakal diberikan kepada rakyat, menjelang peralihan fasa endemik nanti.

Bersedia atau tidak, kita terpaksa menjalani kehidupan bersama COVID-19 dalam fasa endemik ni. Jangan pernah leka dengan SOP, kita masih belum menang lagi. Jangan ada dos ketiga sudah lah ye. Risau kadang.

Kita doakan yang baik baik di hari hari yang mendatang. Semoga Allah pemudahkan segala urusan kita semua. 

Yang pastinya bulan Oktober, banyak sektor akan dibuka. Anak anak mula bersekolah, mak ayah pun akan kembali bekerja. Rutin jadi kembali sibuk. Oh ya..Siapa mohon i-citra, bayaran i citra oktober 2021 ni. 

calendar october 2021

Hope : "Two roads diverged in a wood and I took the one less traveled by, and that has made all the diferrence".
Me : Let me guess, ' The road not taken' by Robert Frost?'


Cuti Umum Bulan Oktober 2021

2 Oktober : (Sabtu) : Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabah)
9 Oktober : (Sabtu) : Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Sarawak)
19 Oktober : (Selasa) : Maulidur Rasul (Semua Negeri)

Tak banyak cuti oktober 2021 tapi rasanya masing masing dah puas bercuti kat rumah. Cuma bercuti cuti makan angin je belum. Sekarang pun sektor pelancongan pun dah rancak beroperasi semula. Nanti-nantilah kita rancang bila masa yang sesuai untuk bercuti. 

Gelembung Langkawi pun dah ada kes positif COVID-19, Ulu Bendul pun dah tutup sebab ada kes. Patutlah haritu lalu orang tak ramai. Dapat tahu pun dalam ceramah Ustaz Syamsul Debat.

calendar october 2021

Sometimes the right path is not easiest one
-Pocahontas-

Sama-samalah kita kuatkan iman. Zaman pandemik yang mencabar ni, tak dinafikan masing masing rasa tertekan. Masing-masing ada masalah sendiri. Ada yang hilang pekerjaan, ada yang hilang pendapatan, ada yang kehilangan ahli keluarga, dan macam macam lagi dugaan. 

Semoga Allah berikan kita kekuatan dalam menghadapi segala ujian. Aaaminn...

هناك 44 تعليقًا:

  1. Semoga pembukaan banyak sektor, peralihan fasa dan pertambahan jumlah yang telah divaksin akan generate great impact to all. Letih dah duduk dalam ketakutan

    ردحذف
  2. semoga bulan baru ni membawa kegembiraan kepada kita semua. Risau nak masuk endemik ni..

    ردحذف
  3. Semoga tabah dalam musim gini..saya dah plan percutian untuk bulan 12 nanti..hohohoho

    ردحذف
  4. Semoga tragedi oktober tidak berlaku pd thn ini.

    ردحذف
  5. x berasa dh bln 10 kan? skjp je masa berlalu... thn ni kira burnlah mmg budak x ke sekolah pun.. huhu

    ردحذف
  6. sekejapan dah masuk bulan 10 kan. dh nak abis tahun dan

    ردحذف
  7. Alhamdulillah. Dah oktober. Semoga lebih baik yang datang kepada kita semua.

    ردحذف
  8. Oh! 2 Oktober esok cuti hari jadi Yang di Pertua Negeri Sabah..... huhuhuuu kami sudah diarahkan untuk bertugas esok di sekolah. Sabar sajalah.

    ردحذف
    الردود
    1. Bila cuti pun kene bekerja, bertabahlah dan sabar je lah Kak Amie. Menurut perintah.

      حذف
  9. kan best kalau maulidur rasul tu jatuh hari isnin waaaaaaaa

    ردحذف
  10. semoga baik2 saja bulan ni dan seterusnya....

    ردحذف
  11. walaupun hepi dah agak bebas macam dulu, tapi malas pulak nak kena balik bekerja di opis. huhu. semoga Oktober ini baik-baik sahaja

    ردحذف
    الردود
    1. Bebas tak bebas sangat lah. Semoga Allah permudahkan segalanya. Kita doa yang baik baik je. Aaaminnn...

      حذف
  12. Kejap je dh oktober kan.. Lg 2 bln penghujung tahun.. Ernm mcm xde apa yg positif kt diri sndri.. Thn 2021 yg mandom jgk mcm 2020..ermmm

    ردحذف
    الردود
    1. 2 bulan tu bakal habis kejap jee. boleh dikatakan mandom jugak tahun 2021. Harapnya 2022 lebih bersinar.

      حذف
  13. Semoga baik2 sahaja utk kita semua bulan oktober ini :)

    ردحذف
  14. Aamiin. InshaAllah beransur pulih keadaan, tak pasti endemik tu berdasarkan apa, ancaman masih diseluruh dunia.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah..perlahan lahan kembali pulih cuma kesnya masih lagi banyak.

      حذف
  15. Betul itu jangan leka. Kita tidak tahu apa yang mendatang. Hidup macam rollercoaster. Kejap normal kejap tidak. Kejap buka kejap tutup.

    ردحذف
  16. Bulan oktober ini juga ialah bulan saya akan start kelas sekian lama bercuti haha

    ردحذف
    الردود
    1. Maknanya sem baru ni dah masuk kelas macam biasa ye. Selamat menjalani sem baru Nadia. Mesti seronok dapat jumpa kawan kawan dan masuk kelas.

      حذف
  17. hari isnin sebelum cuti maulidur rasul tu harus apply cuti... baru dapat cuti panjang.. walaupon takde plan nak ke mana2

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn..siapa nak cuti panjang, boleh amek cuti hari isnin tu. Dapatlah rehat lama walaupun dah lama macam bercuti pun :)

      حذف
  18. Aaamiiin kak, sayapun berharap 2022 ini bisalah dunia balik to normal. Dah lelah sangat dengan kondisi sekarang. Saya rindu parents saya di Medan. Selama nih tak pernah berani nak balik Krn virus ini. 2018 saya trakhir ketemu, seharusnya memang 2020 saya mudik ke Medan. Apalah daya, Corona menyerang :(.

    ردحذف
    الردود
    1. Harapnya begitulah. Ramai yang dah rindu nak balik kampung ketemu parents masing masing di kampung. Semoga tahun 2022 kita kembali hidup seperti biasa walaupun dalam endemik.

      حذف
  19. Moga Oktober lebih indah dan cerah buat kita semua.

    ردحذف
  20. Bulan favorite sebab bulan birthday saya! Hehehehe

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.