Nasi Goreng Sardin Masak Cara Mudah Je

Kali terakhir masak nasi goreng sardin bulan Julai haritu. Itupun check entry lama. Lepas tu tengok gambar, eh macam sama pulak gambarnya. Pinggan pun sama beralaskan tikar mengkuang. Kejadian nasi pun lebih kurang sama cuma props gambar je berbeza. 

Tapi haritu masak nasi goreng sardin mackerel. Yang ni nasi goreng sardin ikan sardin lebihan lauk sambal sardin yang tinggal sekelar je ikan sardinnya. Selalu macam tu lah, yang tinggal tu lah akan di nasi goreng kan.

Saya masak ikut resipi nasi goreng mudah malas malas je. Yang peliknya saya rajin pulak menumbuk bahan guna lesung batu. Kah!

Nasi goreng sardin kosong je lah kejadiannya tanpa sayur. Timun pun kehabisan stok nak dijadikan ulam. Ada timun lagi sedap sebenarnya. 

resepi nasi goreng sardin mudah

Nasi goreng sardin ada pelbagai versi. Ada nasi goreng cili kering, tapi saya buat nasi goreng sardin tanpa cili kisar. Guna sambal gesek yang sedia ada. Mudah dan cepat siap masak. Ada jugak stok petai, macam nak buat nasi goreng sardin petai tapi macam takut pulak tak termakan nanti.

Jadi, hasrat tu tak menjadi kenyataan sebab tak pernah makan nasi goreng sardin petai. Petai ni hanya dimakan bila dicampurkan dalam sambal sambal je.

34 comments:

  1. Baca entry ni terus lapar jer perut..hahahaha...sabar jer la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ampunnn kak. Hihihi..nampaknya bakal ada menu nasi goreng sardin nanti kat dapur akak :)

      Delete
  2. Replies
    1. Sedap sedap. Sok sok boleh buat menu untuk sarapan kak :)

      Delete
  3. Akak suka camni la..nasi goreng kosong. Rasa sardin tu dah cukup menyedapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isi dan kuah sardin tu yang buatkan nasi goreng lebih sedap kan kak :)

      Delete
  4. alahai.. rs nk mkn nasi goreng je.. td bc entry kakfarah pon psl nasi goreng.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..terpengaruh rakan blogger ni. Bolehlah masak balik kerja nanti Ezy :)

      Delete
  5. Hehe kelakar sahaja petai makan dalam sambal.
    Haah macam-macam cara buat nasi goreng sardin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..makan mentah dan masakan lain tak berapa makan kak. Macam macam cara masak nasi goreng sardin ikut versi mana yang mudah je :)

      Delete
  6. tengok ni, teringat nenek saya, dia selalu buat nasi goreng sardin masa kecik2 dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi goreng sardin memang sedap. Lagi lagi mak atau nenek yang masak kan.

      Delete
  7. alamak...dah la belummakan... makin lapar perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adeh, rasa bersalah pulak. Ampunnn kakya. Kot takde idea nak masak apa kat rumah bolehlah buat nasi goreng sardin nanti.

      Delete
  8. Nampak sedap, terbaca petai pun tergoda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi… memang sedap. Penggemar petai dengar petai pun dah rasa tempting kan ☺️

      Delete
  9. nasi grg plg mudah rasanya tp shida blm pernah cuba lg fiza..heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah je bila ada sardin dan sambal dah siap masak. Tinggal sediakan bahan tumis je

      Delete
  10. Simple bukan sebarang simple. Yang ni simple sedap ni.

    ReplyDelete
  11. sedap juga nasi goreng sardin, makan plak dalam pinggan antik macam tu... lagi berselera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, sedap nasi goreng sardin ni. Eh, terpuji diri sendiri pulak.. pinggan antik tu sekarang harga mahal dah

      Delete
  12. Akak pun sama, kalau ada lebihan ikan akan masuk dalam nasi goreng.. kadang anak-anak tak nak makan ikan, bila masuk nasi goreng diorang tak perasan... sedap je makan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus gak tu tak membazir ganti ikan bilis kan. Kalau bagitahu agak agak mesti tak percaya campur ikan, kan.

      Delete
  13. Ammi kalau takat sikit2 mmg lagi rajin menumbuk dr guna blender. Kalau blend mcm2 nak kena buat, nak bawak kluar, nak pasang, nak cuci, nak kering pastu simpan balik. Maklumlah duduk rumah burung.. Baik tumbuk je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, kalau sikit rajin lagi menumbuk tu. Kalau banyak memang blend je lah. Banyak kerja guna blender tapi laju sikit siap. Hihi

      Delete
  14. Lama tak makan nasi goreng. Abah kurang gemar nasi goreng. jadi sejak duduk rumah memang tak masak nasi goreng dah ahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, sesetengah orang ada yang kurang gemar nasi goreng. Masak kat rumah kena masak apa yang family makan je lah baru laku. Kalau tidak, sendiri masak sendiri habiskan.

      Delete
  15. Replies
    1. Ye, sedap sesekali masak nasi goreng sardin. Kalau selalu akan rasa jemu pulak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.