Nasi Goreng Sardin Masak Cara Mudah Je
Kali terakhir masak nasi goreng sardin bulan Julai haritu. Itupun check entry lama. Lepas tu tengok gambar, eh macam sama pulak gambarnya. Pinggan pun sama beralaskan tikar mengkuang. Kejadian nasi pun lebih kurang sama cuma props gambar je berbeza.
Tapi haritu masak nasi goreng sardin mackerel. Yang ni nasi goreng sardin ikan sardin lebihan lauk sambal sardin yang tinggal sekelar je ikan sardinnya. Selalu macam tu lah, yang tinggal tu lah akan di nasi goreng kan.
Tapi haritu masak nasi goreng sardin mackerel. Yang ni nasi goreng sardin ikan sardin lebihan lauk sambal sardin yang tinggal sekelar je ikan sardinnya. Selalu macam tu lah, yang tinggal tu lah akan di nasi goreng kan.
Saya masak ikut resipi nasi goreng mudah malas malas je. Yang peliknya saya rajin pulak menumbuk bahan guna lesung batu. Kah!
Nasi goreng sardin kosong je lah kejadiannya tanpa sayur. Timun pun kehabisan stok nak dijadikan ulam. Ada timun lagi sedap sebenarnya.
![Nasi Goreng Sardin resepi nasi goreng sardin mudah](https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEgE8l75kHpyJFwpQXRbzMw-0cc4vs9RJL3xzdIzV8lppC7fPRziIRUxac3UNPmr21xM8SjFDAfb5ihQSNW0AsSx81l5JG4mEhRMoBcsKUijGThU73iA2w1yu9RPVgPoNyfpaVGaT-aedXB3r2DFk7vet1ZuKSllHeAro1hKB3E0VYYk0yM5Qoo511BwlQ=s16000-rw)
Nasi goreng sardin kosong je lah kejadiannya tanpa sayur. Timun pun kehabisan stok nak dijadikan ulam. Ada timun lagi sedap sebenarnya.
Nasi goreng sardin ada pelbagai versi. Ada nasi goreng cili kering, tapi saya buat nasi goreng sardin tanpa cili kisar. Guna sambal gesek yang sedia ada. Mudah dan cepat siap masak. Ada jugak stok petai, macam nak buat nasi goreng sardin petai tapi macam takut pulak tak termakan nanti.
Jadi, hasrat tu tak menjadi kenyataan sebab tak pernah makan nasi goreng sardin petai. Petai ni hanya dimakan bila dicampurkan dalam sambal sambal je.
Jadi, hasrat tu tak menjadi kenyataan sebab tak pernah makan nasi goreng sardin petai. Petai ni hanya dimakan bila dicampurkan dalam sambal sambal je.
Baca entry ni terus lapar jer perut..hahahaha...sabar jer la...
ردحذفAmpunnn kak. Hihihi..nampaknya bakal ada menu nasi goreng sardin nanti kat dapur akak :)
حذفcedap plak nampak...
ردحذفSedap sedap. Sok sok boleh buat menu untuk sarapan kak :)
حذفAkak suka camni la..nasi goreng kosong. Rasa sardin tu dah cukup menyedapkan.
ردحذفIsi dan kuah sardin tu yang buatkan nasi goreng lebih sedap kan kak :)
حذفalahai.. rs nk mkn nasi goreng je.. td bc entry kakfarah pon psl nasi goreng.. haha
ردحذفHihi..terpengaruh rakan blogger ni. Bolehlah masak balik kerja nanti Ezy :)
حذفHehe kelakar sahaja petai makan dalam sambal.
ردحذفHaah macam-macam cara buat nasi goreng sardin.
Hihi..makan mentah dan masakan lain tak berapa makan kak. Macam macam cara masak nasi goreng sardin ikut versi mana yang mudah je :)
حذفtengok ni, teringat nenek saya, dia selalu buat nasi goreng sardin masa kecik2 dulu
ردحذفNasi goreng sardin memang sedap. Lagi lagi mak atau nenek yang masak kan.
حذفalamak...dah la belummakan... makin lapar perut
ردحذفAdeh, rasa bersalah pulak. Ampunnn kakya. Kot takde idea nak masak apa kat rumah bolehlah buat nasi goreng sardin nanti.
حذفNampak sedap, terbaca petai pun tergoda...
ردحذفHihi… memang sedap. Penggemar petai dengar petai pun dah rasa tempting kan ☺️
حذفnasi grg plg mudah rasanya tp shida blm pernah cuba lg fiza..heheee
ردحذفMudah je bila ada sardin dan sambal dah siap masak. Tinggal sediakan bahan tumis je
حذفSimple bukan sebarang simple. Yang ni simple sedap ni.
ردحذفSimple tapi sedap gitu 😊
حذفsedap juga nasi goreng sardin, makan plak dalam pinggan antik macam tu... lagi berselera...
ردحذفIye, sedap nasi goreng sardin ni. Eh, terpuji diri sendiri pulak.. pinggan antik tu sekarang harga mahal dah
حذفAkak pun sama, kalau ada lebihan ikan akan masuk dalam nasi goreng.. kadang anak-anak tak nak makan ikan, bila masuk nasi goreng diorang tak perasan... sedap je makan haha
ردحذفBagus gak tu tak membazir ganti ikan bilis kan. Kalau bagitahu agak agak mesti tak percaya campur ikan, kan.
حذفBuat simple macam nie pun dah sedap..
ردحذفBetul, Yang kosong macam ni memang sedap
حذفAmmi kalau takat sikit2 mmg lagi rajin menumbuk dr guna blender. Kalau blend mcm2 nak kena buat, nak bawak kluar, nak pasang, nak cuci, nak kering pastu simpan balik. Maklumlah duduk rumah burung.. Baik tumbuk je.
ردحذفSamalah, kalau sikit rajin lagi menumbuk tu. Kalau banyak memang blend je lah. Banyak kerja guna blender tapi laju sikit siap. Hihi
حذفsedap, kak..
ردحذفSedap, Naia. Harus dicoba masak :)
حذفLama tak makan nasi goreng. Abah kurang gemar nasi goreng. jadi sejak duduk rumah memang tak masak nasi goreng dah ahahha
ردحذفYe, sesetengah orang ada yang kurang gemar nasi goreng. Masak kat rumah kena masak apa yang family makan je lah baru laku. Kalau tidak, sendiri masak sendiri habiskan.
حذفnasi goreng sardin memang sedap
ردحذفYe, sedap sesekali masak nasi goreng sardin. Kalau selalu akan rasa jemu pulak.
حذف