Rentas Negeri Balik Kampung
Seperti yang dijangka, hari Jumaat semalam jammed teruk orang ramai balik kampung selepas pengumuman rentas negeri dibenarkan haritu. Bukan setakat di highway, jalan dalam pun jammed katanya.
Lepas habis 6 botol air masuk badan, abah cergas sikit. Alhamdulillah. Cuma tidur malam tu yang payah nak lelap mata katanya.
Saya pun sejak balik kampung agak payah gak nak lelap. Cuaca sekarang panas betul. Dijangkakan cuaca panas akan berakhir minggu ni. Harapnya begitulah. Bahang betul tak kira siang malam. Tidur malam dah macam sauna.
Mujur juga saya dah balik awal hari Rabu haritu. Itu yang dua tiga hari ni tak berapa nak aktif blogwalking. Lupa kejap blog.
Eh, tak lah lupa terus. Macam biasa hari hari saya akan schedule entry auto publish. Taklah sunyi sepi blog. Sabar jap, ada masa free saya akan blogwalking juga. Kadang baru nak mula panas enjin, ruangan komen buat hal.
Alhamdulillah dah selamat rentas negeri balik kampung. Kita tuju balik kampung dululah. Bercuti tu cerita lain kali. Minggu ni rasanya semua orang ambil peluang untuk balik kampung dulu, kan.
Eh, tak lah lupa terus. Macam biasa hari hari saya akan schedule entry auto publish. Taklah sunyi sepi blog. Sabar jap, ada masa free saya akan blogwalking juga. Kadang baru nak mula panas enjin, ruangan komen buat hal.
Alhamdulillah dah selamat rentas negeri balik kampung. Kita tuju balik kampung dululah. Bercuti tu cerita lain kali. Minggu ni rasanya semua orang ambil peluang untuk balik kampung dulu, kan.
rimbun betul pokok janda kaya |
Balik kampung pun tak bagitahu mak abah. Saja surprise. Risau kalau bagitahu awal, nanti tak senang duduk menanti kita tak sampai-sampai. Malas juga nak bagitahu awal takut nanti mak susah payah masak makanan.
Dah nak sampai baru telefon mak. Ceria dengar suara anak nak balik. Sebelum tu abah ada telefon juga tanya bila nak balik. Agak hampa dia bila dengar kita belum boleh balik lagi. Lega jugak dapat balik ni sebab mak abah pun dok tertunggu anak anak balik, kan.
Dah nak sampai baru telefon mak. Ceria dengar suara anak nak balik. Sebelum tu abah ada telefon juga tanya bila nak balik. Agak hampa dia bila dengar kita belum boleh balik lagi. Lega jugak dapat balik ni sebab mak abah pun dok tertunggu anak anak balik, kan.
Sehari sebelum saya balik, abah baru masuk air. Doktor datang rumah sebab abah lemah dan tak boleh tidur. Abah mintak nak masuk air. 6 botol air doktor bagi. Maka, tiba tiba lah kita jadi nurse tak bertauliah. Tukar botol dan adjust dripping air tu.
Selebihnya kakak check gula dan blood pressure abah.
Lepas habis 6 botol air masuk badan, abah cergas sikit. Alhamdulillah. Cuma tidur malam tu yang payah nak lelap mata katanya.
Saya pun sejak balik kampung agak payah gak nak lelap. Cuaca sekarang panas betul. Dijangkakan cuaca panas akan berakhir minggu ni. Harapnya begitulah. Bahang betul tak kira siang malam. Tidur malam dah macam sauna.
Banyak kali mandi tu jangan ceritalah. Air pun panas ibarat macam guna water heater dah. Sabar je lah kan musim panas ni. Cooobaan...
Pagi pagi dapatlah cuci mata belek belek pokok hijau mak dan dapat lah sun-kissed tak seperti biasa.
Paling nikmat dapat menikmati nasi lemak daun pisang tanpa perlu beli. Mak masak, berselera makan. Lama betul tak makan nasi lemak mak masak.
Alhamdulillah dah sampai,syukur dapat jumpa mak abah. Sunkissed di kampung lebih nyaman. Jadi nurse tu comel, moga abah Fiza lebih sihat dan dipermudahkan urusan Aameen. Sedap nasi lemak air tanya ibu.
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat sampai kat kampung dah. Sunkissed lebih nyaman itu betul sangat. Suka cahaya pagi pagi dengan bau pokok pokok. Ye, bila dah lama tak makan masakan mak.
DeleteAaminnn...terima kasih kak atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
saya pun tak sabar nak balik tengok muka mak abah
ReplyDeleteSelamat pulang ke kampung dan enjoy weekend with them :)
DeleteAlhamdulillah Fiza selamat tulang ke kampung.
ReplyDeleteHaah malam panas campur nyamuk kurang lena tidur.
Sedap itu makan nasi lemak emak buat.
Adik akak lepas kaya boleh rentas negeri, lewat malam juga dia bertolak balik. Hehe dia rindu masakan emak.
Alhamdulillah dah selamat sampai di kampung. Aduh, lagilah susah nak tidur kalau ada nyamuk sekali. Dia punya bising lalu kat telinga tak boleh tahan. Belum lagi kalau digigit.
DeleteRezeki dapat makan nasi lemak mak buat. Lagi berselera makan.
Lepas kaya ke lepas raya tu kak? Raya haritu ye? Syukur sangat dapat makan masakan mak.
Seronok fiza dpt balik kg.. ceria parents bila anak2 balik. Dpt pula mkn masakan mak.
ReplyDeleteAlhamdulillah..semua dapat rasa bahagia tu bila dapat jumpa :)
DeleteMemang dah agak dah, mesti jammed jalan, sebabnya ramai yang straight ambik cuti sampai Maulud Nabi😂
ReplyDeleteSaya pun dah agak akan jammed sebab masing masing start cuti jumaat lepas beralih fasa ni ramai dah bekerja. Tunggu jumaat lah baru balik kan. Betul, long weekend sampai selasa.
Deletebestnya dgr ceta org balik kampung... dr semalam di radio ceta org balik kampung je.. syukur semuanya gembira dpt jumpa keluarga yg dh lama x jumpa kn?
ReplyDeleteInilah masanya untuk balik kampung berhari raya. Balas dendam tak dapat balik beraya. Alhamdulillah masing masing happy dapat balik kampung.
DeleteSemoga kondisi abah semakin sihat, kak.. Memang musim ini panasnya tak kira2, matahari terus menyorot tajam rasa panas sampai ke tulang
ReplyDeleteAaminnn..terima kasih Naia doakan untuk abah saya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminnn...
DeleteIya, panas amat rasa bersauna.
Alhamdulillah selamat balik kg
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat sudah sampai di kampung :)
Deleteseronoknya.. dah sampai kpg...sedapnya nasi lemak..sambal banyak..
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat sampai sudah. Nasi lemak buat sendiri, tak cukup dalam bungkus boleh tambah lagi. Hihi
DeleteAlhamdulillah dah boleh rentas negeri, ramai yang dapat ubat kerinduan pada keluarga yang dah lama tak jumpa. saya maybe bulan depan baru merentas. agak sibuk bulan ni ada macam-macam urusan
ReplyDeleteAlhamdulillah..syukur sangat. Yep, masing masing perlu uruskan kerja sebelum balik kampung sebab komitmen kerja dah bertukar sejak beralih fasa ni kan. Balik Johor ke Sal?
DeleteAlhamdulillah dapat rentas negeri balik kampung menziarahi ibu bapa
ReplyDeleteSemoga bapa fizah cepat sembuhnya
Alhamdulillah..syukur dapat menjengah bila ada peluang rentas negeri ni.
DeleteTerima kasih wak atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminn...
ahamdulillah
ReplyDeleteterubattt rinduuu
Alhamdulillah..syukur sangat :)
DeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteNismiland dah jadi Johorean..😁
Semoga Abah Fiza dikurniakan kesembuhan...Saya pun mengelitis dah ni nak balik kampung belum terlaksana...
Alhamdulillah..nismilan celup dan kembali jadi Johorean. Hihi..
DeleteAaaminn...Terima kasih mama cella doakan untuk abah saya. Semoga Allah balas dengan segala kebaikan. Aaminn...
Semoga dapat juga balik kampung nanti. Aaminnn...
Alhamdulillah... Bestnya dapat balik kampung. Naniey tak dapat balik lagi sebab 2nd dose kena tangguh dulu. Lambat lagi la boleh balik. Dengar lagu balik kampung pun nak nangis tengok video orang balik kampung .. Aduhai...
ReplyDeleteAlhamdulillah..syukur sangat naniey.
DeleteJangan sedih naniey, Kalau parents naniey dah lengkap dua dose boleh melawat naniey.
alhamdulillah , bila dah dapat rentas negeri perkara utama ialah nak ziarah keluarga di kampung
ReplyDeleteAlhamdulillah..ye, betul. Itulah yang paling utama :)
DeleteAlhamdulillah boleh merentas dah. Semoga abah kak fiza akan dikurniakan kesihatan yang baik. Takut saya tengok bab masuk air tu, tetiba tangan raya terus rasa sakit
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteAaminn..terima kasih doakan untuk abah saya.
Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
Saya pun seram tengok. Lagi lagi kat rumah ni kan tak berapa nak pakar handle.