Sesekali Teringin Mi Goreng Mamak
Macam lama tak masak mi goreng. Sebabnya tekak ni kadang tak boleh nak terima mi kuning bila kerap makan. Bau pun rasa tak boleh terima. Dia punya loya kalah ibu mengandung. Penangan PKP kan. Ayam pun dah jemu kadang.
Rasa teringin makan, barulah membeli mi kuning dan bahan-bahan yang sepatutnya ada. Saya suka makan mi goreng mamak tapi bukan mamak masak lah. Terpaling benci bila beli kat kedai tak basuh dulu mi kuning tu.
Bila rasa kapur mi kuning tu terlalu kuat, susah jugak nak telan. Sebab tu kalau nak makan mi goreng mamak kena masak ikut selera dan yakin bersih gitu, kan. Kecuali lah kalau mi goreng mamak kat kedai tu sedap tak rasa kapur.
baca juga : resipi mi goreng mamak sedap
Bila rasa kapur mi kuning tu terlalu kuat, susah jugak nak telan. Sebab tu kalau nak makan mi goreng mamak kena masak ikut selera dan yakin bersih gitu, kan. Kecuali lah kalau mi goreng mamak kat kedai tu sedap tak rasa kapur.
baca juga : resipi mi goreng mamak sedap
Ikutkan resipi mi goreng mamak ni kena ada tauhu kan? Lepas tu letak extra telur. Saya letak 2 biji telur dan guna setengah pek mi kuning.
Mi goreng mamak ni ada pelbagai olahan. Setiap orang ada cara masak yang berbeza mengikut selera masing-masing. Asalkan sedap di tekak kita sendiri. Kalau orang puji masakan kita sedap, Alhamdulillah.
sedap nampaknya mee goreng mamak akak tu. Nak cari restoran yang buat mee goreng mamak yang sedap pon susah. Klu dah jumpe pon tak lama, kemudian diaorg tukar tukang masak terus tak sedap.
ReplyDeleteSaya pon tak suke kalau mee kuning tu ada rasa kapur. mmg spoil mood makan betul
Alhamdulillah sedap ikut selera sendiri. Betul tu, jumpa yang sedap bila tukar tukang masak tu yang tak best tu. Paling tak suka rasa kapur tu, bau dan rasa tu buat potong selera.
DeleteKalau bab mee goreng mamak ni kan...akak suka yang Pak Zain masak la...sebijik mamak walau x letak kuih tu kan...kalau kat kedai luar mmg ada yang x kena ngan selera kita...
ReplyDeleteHaruslah pak zain masak lagi sedap kan kak. Kuih takde pun takpe. betul tu, ada je yang tak kena dengan selera. Lebih baik masak sendiri.
Deletekalau mee mamak betul ada cucur tu dik, tapi ini pun dah sedap betul nengoknya
ReplyDeleteOhh cucur, lupa pulak. Terima kasih bagitahu kak. Masak sendiir ikut selera sendiri, Alhamdulillah sedap.
Deletetu lah..kadang ada mi yang tak berbasuh... dan ada juga yang terlalu kuat rasa kapur
ReplyDeleteMostly kat kedai dorang macam tak basuh mi dan rasa kapur tu kuat betul. Susah nak jumpa yang betul betul menepati selera.
DeleteSy paling suka mee goreng mamak Kak Sab kantin masak, rasa mee mamak sebenar, lebih sedap dari kedai mamak, heheh.
ReplyDeleteKat JB ke kak? Saya suka kalau melayu masak sebab kedai mamak bukan pilihan. Hihi
DeleteMengiurkan tengok mee goreng mamak tu
ReplyDeleteRajin rajin nanti bolehlah masak menu mi goreng mamak pulak kak.
DeleteEh ..sama la ..CCL pun jarang2 sekali nak makan mee kuning . Tapi sesekali teringin tu bila dapat makan rasa sedap juga
ReplyDeleteBila teringin makan, rasa dia lagi sedap kan :)
Deletesedapp
ReplyDeletemee. mamak ni
Memang sedap mi goreng mamak :)
DeleteSedapp kalau kena cara masak, kan..hohoh..saya suka kalau banyak isi...
ReplyDeleteBetul, kalau kena dengan cara masaknya mesti sedap. Rencah telur, udang, tauhu dan taugeh je nona :)
Deletesedapnya. lama tak makan samada yang digoreng mak mahupun mamak
ReplyDeleteYang digoreng mak pasti terpaling sedap Sal. Pasni Sal pulak masak untuk mak. hihi
DeleteEh,saya pun baru lepas makan mee goreng ni.Balik tadi singgah beli bahan,Sampai rumah terus masak.makan panas2...saya guna Nu Mee Gardenia
ReplyDeleteEh eh tersama pulak. Sedap makan panas panas. Nu Mee sedap jugak boleh terus guna tanpa basuh dan takde rasa kapur kan :)
DeleteAkak pun tidak suka mi kuning. Memang tidak pernah pesan mi goreng.
ReplyDeleteBetul itu masak ikut citarasa.
Ohh akak memang tak makan mi kuning. Ye kak, masak sendiri ikut selera :)
DeleteKalau mi goreng ni kak ret suka jenis mi yang kecil.
ReplyDeletePastu suka mi goreng kering... x suka yng jenis basah..
N kadang-kadang nk jumpa kedai yang jual mi sedap ni ssh jgk...
Bila dah jumpa memang situ aje la kita beli :D
Nak buat sndri, kak ret kureng sket makan mi masak rumah ahhaha
Ada ye mi kuning kecil? Ke bihun? Betul, kalau kat satu kedai tu sedap, memang situ je lah belinya.
DeleteOhh macam tu. Kena orang lain masak baru berselera makan gitu kan.
Alaaa kalau kt kedai mamak,mi nya sikit,tauhu,taugeh,cucur udang ja yg berlambak...
ReplyDeleteTak pernah membeli kat kedai mamak. Tengok kedai jugak kadang.
Deletesedapnya mee goreng mamak
ReplyDeleteSedap sesekali masak :)
Delete