Sunquick Campuran Ros Laici Edisi Terhad
Stok sirap dah habis. Bila nak membeli buat stok tak ada pulak jenama sirap yang biasa beli. Pesan kat encik suami beli sunquick ice tea & lemon, pun tak ada jugak. Yang ada, Sunquick campuran ros laici tu je ada. Pun boleh lah, asalkan ada.
Kebetulan anak buah nak datang rumah. Kurang sesuai pulak nak hidang air kopi atau teh. Boleh je buat air teh o ais sebenarnya tapi macam air sirap lebih menyegarkan tekak kot kan.
Beli Sunquick campuran ros laici saiz 330ml tu, sekadar untuk ada stok je lah. Risau juga kalau beli botol besar tapi tak menepati selera nanti.
![sunquick rose lychee sunquick rose lychee review](https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEgbxSIrda8Ffxk9yVm-a4ii-IeLM_IFC2y-HLtA96RGQXhj1lyzkIGBq6JAmYufUot6_Xk0xXPK2ZLoaddYe9JsupHX1jQAEBdV8loYAr-S_iqqwrmRwEmN5w9C16Z_BSG8N44TQr6P3hdiVcFsckPN4z0gPdv8tpFh1R-SAaUUWArKAqQCcCThxeU0yw=s16000-rw)
Nampak tak penyusutan kat botol tu, maknanya apa? Sedap lah tu. Sekali bancuh masa anak buah datang. Lepas tu saya bancuh sekali lagi tinggal sikit sudah kordial sunquick rose lychee ni. Sebotol 330ml boleh bancuh untuk 20 gelas.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjd4BTf4WrSb5YT_3v8xDc_DndK9VPY_0icz_YHj53Z06QYZhsr0KsxY4-yatPpp_uSGrPD5bvDH1sK4dQ-2ISz0zKFeP7666QEj3AhYYR6T3b6zuRUsTsSIFEU4ACXWHf3V5ro2SmwwLlL9CpEBHMHZ_bCO8gxVB2V9bZSDpQmPbdec19pHcGXryqtrA=s16000-rw)
Kalau suka rasa air sirap campur buah laici tu, bolehlah cuba rasa sunquick rose lychee ni. Saya tak pasti sunquick perisa baru atau tidak. Mungkin dah lama sebab lama jugak tak membeli sunquick ni sebenarnya.
Tak silap saya setahun lepas kali terakhir membeli. Biasa beli pun perisa oren sunquick yang satu tu je lah. Paling lain pun akan beli tropical.
Rupanya ada banyak jenis perisa sunquick di pasaran. Disebabkan jarang membeli jadi tak tahu lah kan. Yang mana satu terpaling sedap?
Kebetulan anak buah nak datang rumah. Kurang sesuai pulak nak hidang air kopi atau teh. Boleh je buat air teh o ais sebenarnya tapi macam air sirap lebih menyegarkan tekak kot kan.
Beli Sunquick campuran ros laici saiz 330ml tu, sekadar untuk ada stok je lah. Risau juga kalau beli botol besar tapi tak menepati selera nanti.
Sunquick campuran ros laici ni edisi terhad katanya. Tak tahulah terhad sampai bila. Gabungan perisa ros semulajadi dan jus buah laici yang menyegarkan tekak. Sunquick campuran ros laici ni sejenis kordial. Hanya perlu campurkan dengan air masak je. Tak perlu bancuh air gula lagi.
Sunquick Ros Laici
- Diperbuat daripada jus buah sebenar
- Tiada perisa tiruan, tiada pewarna tiruan dan tiada pemanis tiruan
- Mengandungi Vitamin C
Nampak tak penyusutan kat botol tu, maknanya apa? Sedap lah tu. Sekali bancuh masa anak buah datang. Lepas tu saya bancuh sekali lagi tinggal sikit sudah kordial sunquick rose lychee ni. Sebotol 330ml boleh bancuh untuk 20 gelas.
Warna airnya taklah macam Apa yang saya bayangkan, warna merah jambu macam tu. Warnanya seakan akan warna peach dan macam warna air guava tu.
Rasa sunquick rose lychee, rasa yang sedap! Menyegarkan tekak. Rasa manis manis buah laici. Macam lebih kepada rasa laici sikit dengan bauan dan rasa ros. Hujung hujung tu akan rasa masam masam sikit. Sekali minum rasa macam nak minum lagi pulak.
Rasa sunquick rose lychee, rasa yang sedap! Menyegarkan tekak. Rasa manis manis buah laici. Macam lebih kepada rasa laici sikit dengan bauan dan rasa ros. Hujung hujung tu akan rasa masam masam sikit. Sekali minum rasa macam nak minum lagi pulak.
Kalau suka rasa air sirap campur buah laici tu, bolehlah cuba rasa sunquick rose lychee ni. Saya tak pasti sunquick perisa baru atau tidak. Mungkin dah lama sebab lama jugak tak membeli sunquick ni sebenarnya.
Tak silap saya setahun lepas kali terakhir membeli. Biasa beli pun perisa oren sunquick yang satu tu je lah. Paling lain pun akan beli tropical.
Rupanya ada banyak jenis perisa sunquick di pasaran. Disebabkan jarang membeli jadi tak tahu lah kan. Yang mana satu terpaling sedap?
Jenis perisa sunquick
- orange & peach
- exotic
- pineapple
- apple
- passion fruit
- ice tea & lemon
- grapefruit
- orange & apricot
- cherry
- grape
- mixed orange
- rose lychee mix
- lime
- strawberry
- orange
- tropical
- mango
- berry mix
- mandarin
- lemon
- blackcurrent
- guava & strawberry
Macam akan menepati selera saya nih...kena cari ni..Tq Fiza
ردحذفBoleh cuba nanti mama cella, kot kena dengan selera ke kan.
حذفSaya suka sun quick oren tu
ردحذفsunquick oren pilihan ramai :)
حذفDia punya terhad tu, rasanya dah bertahun jugak. Tiap kali mesti beli yg botol besar, tapi tiap kali antara perisa sunquick yg ada kat rumah, mesti dia yg habis dulu. Saiz botol dia pun special, ramping dari perisa yg lain.
ردحذفDah bertahun dah ke? Alamak, ketinggalan sungguh saya ni. Nanti nak beli botol besar gaklah. Memang sedap perisa ros laici ni kan.
حذفwow menarik nih, mesti semerbak harum bau nya....
ردحذفBau dia tak strong sangat tapi bau tu ada lah :)
حذفbetul ke kak.... Diperbuat daripada jus buah sebenar
ردحذفTiada perisa tiruan, tiada pewarna tiruan dan tiada pemanis tiruan
Mengandungi Vitamin C
hahahaha....
Hahaha..sarkastik sangat ni.
حذفfaham-faham sendiri lah kan :)
hahahaha.... oopsss
حذفHaritu beli sedap, tapi mula ingatkan rose macam sirap rose, rupa baru perasan ada rasa laici hehehehe
ردحذفMemang sedap. Tak perasan mungkin tak terbaca laici tu. Hihi...
حذفmacam menarik. biasa beli yang original atau pun tropika. next time beli groceries boleh cari
ردحذفBoleh cuba rasa Sal. Beli yang saiz kecik dulu.
حذفHaah selalu beli yang oren atau anggur sahaja. Apabila Fiza senaraikan perisa yang ada, tetiba rasa hendak cuba passion fruit.
ردحذفBanyak ya perisa baru.
Tulah tu, rasa macam banyak betul perisa yang tak pernah rasa. Bolehlah cuba rasa beli saiz kecik.
حذفBoleh cuba juga. Selalu beli tropical & mandarin
ردحذفBoleh Ammi..Sedap jugak yang ni :)
حذفDlu akak penah beli laici ni fiza tp x laku... hihih... terus xmo beli dah
ردحذفTak kena dengan selera kot kak. Takpe, boleh hidang untuk tetamu :)
حذفDah nk habis sebotol tu . Mesti sedap
ردحذفYep, sedap lah pada saya. Memang nak habis dah tu
حذفSedappp kalau gabung camni....Terasa nak try pulak..hehehe
ردحذفMemang sedap. Cubalah beli nanti Nona.
حذف