Tanam Pokok Guna Leca Balls
Cerita pasal tanaman pulak lah. Aci tak? Aci kan je lah. Bukan aci aci bukak pintu ye. Saya ada letak pokok pothos dalam bilik air. Gantungkan sebagai hiasan di tepi tingkap. Yang tak bestnya bila guna peat moss tu bila siram air kotor akan jatuh kelantai.
Encik suami beli leca balls 3 peket yang berharga RM5 sepeket. Saya bukak 2 pek untuk 2 pasu pothos dan ada lebihan tu saya masukkan leca balls untuk gantikan tanaman pothos dengan batu putih.
Nampak cantik juga gantikan batu putih tu. Yang penting leca balls ni function.
Jenuh juga nak tunggu air tu berhenti jatuh dan siram lantai selepas habis air siram menitik. Tak boleh jadi ni, kena gunakan medium tanaman lainlah.
Pothos sejenis tanaman menggunakan leca pun boleh juga. Maka, bertukar tanam pokok pothos guna leca balls pulak lah. Air siraman kurang kotor bila disiram dan leca balls ni bersifat ringan. Sesuai sangat untuk bunga hiasan gantung.
Encik suami beli leca balls 3 peket yang berharga RM5 sepeket. Saya bukak 2 pek untuk 2 pasu pothos dan ada lebihan tu saya masukkan leca balls untuk gantikan tanaman pothos dengan batu putih.
Nampak cantik juga gantikan batu putih tu. Yang penting leca balls ni function.
Apakah leca balls
Leca adalah akronim kepada Lightweight Expanded Clay Aggregate. Ianya merujuk kepada ciri-ciri leca balls iaitu diperbuat daripada tanah liat yang dibakar dan ianya ringan.
Cara tanam pokok guna leca
Leca balls perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum digunakan untuk tanaman.- Leca balls digunakan sebagai medium alternatif tanaman hidroponik dan tanaman yang tidak menggunakan tanah (soil-less mix).
- Dicampurkan dalam tanah untuk membantu sistem saliran air dan pengudaraan dalam tanah.
- Diletakkan di bahagian atas permukaan tanah sebagai hiasan.
- Diletakkan di bahagian dasar pasu untuk menaik-taraf sistem saliran air dalam pasu.
Kebaikan menggunakan leca balls
- Ringan.
- Tahan lama.
- Mampu menyimpan air.
- Mempunyai kadar kebolehtelapan/porositi yang agak tinggi.
- Memperbaiki sistem pengairan (drainage) dalam tanah.
- Memperbaiki sistem pengudaraan yang baik dalam tanah (aeration).
- Membantu pertumbuhan akar dengan lebih baik.
- Menggalakkan pertumbuhan pokok.
- Boleh diguna pakai beberapa kali. Untuk langkah berjaga-jaga, leca perlu disterilkan (10% larutan klorok. Sebagai contoh, 10 ml klorok dicampurkan dengan 90 ml air). Kemudian dikeringkan sebelum digunakan semula.
Biasanya saya akan rendam lama sikit leca balls ni bagi air menyerap dan dia akan mengembang. Lepas tu buang air tu untuk elakkan air bertakung dan elakkan nyamuk bertelur.
Kalau siram dalam pasu, biar lama sikit sampai leca balls serap air. Tak ada masalah air siraman kotor jatuh ke bawah dah. Dan air pun tak bertakung. Bila tak ada aiar bertakung pada tanaman, tak ada lah masalah akar rosak. Tak ada juga masalah serangan serangga perosak. Begitulah cerita dia.
teringin jugak nak guna leca balls ni..tapi tak pasti guna macam mana..Nanti boleh la try
ReplyDeletesesuai untuk tanaman tertentu. Kena cari dulu tanaman apa yang sesuai. Gunakan senang je. Basuh dulu dan letak je dalam pasu. Siram bila kering. Kalau guna pasu berlubang bawah siram lama sikit. kalau pasu bertakung dah rendam lama, buang airnya. selamat mencuba :)
DeleteAci sebab suka :) . dah tahu ni senang, tak perlu risau air terlebih keluar dari piiring pasu. Terima kasih share.
ReplyDeleteBetul tu kan. senang nak uruskan lagi dan lebih bersih sikit tanpa tanah.
Deletethanks for sharing. Kalau Fizah tak share gambar, saya pun tak terfikir Leca tu apa.
ReplyDeletesama-sama Sal. Sekarang dah tahu dah :)
DeletePertama kali tahu pasal leca balls.
ReplyDeleteSekarang dah tahu pasal leca balls sikit sikit :)
Deletebiasa nampak tak tau nama nya hehehhe... menarik nih
ReplyDeleteMasa mula beli pun ingatkan coco peat, rupanya silap nama. leca ball atau clay ball namanya :)
Deletebaru kenal pokok leca balls
ReplyDeleteBukan pokok leca balls. Leca balls tu medium tanaman.
DeleteCakap dgn husband nak letak pokok dlm rumah.. Di pandang sepi je cadangan isteri dia ni
ReplyDeleteHihi..tanda tak setuju lah tu Ammi..Kita senyap je lah kan :)
Deletediam tanda setuju tu kak...
DeleteHaha..boleh pakai lagi ek diam tanda setuju tu :p
Deletenamanye leca ball ye. selalu nampak org guna tapi tak tahu namanya ape. nanti boleh cari kat shopee kalau ade.
ReplyDeleteYep, leca ball atau clay ball. Nama lain tak tahu. Ada je jual kat shopee :)
Deletewahh..boleh tiru nanti...
ReplyDeleteBoleh boleh..kena tengok jenis tanaman jugak rasanya :)
DeleteThanks you share entri pasal lecas ball . Ccl baru tahu segala info berkaitan lecas ball
ReplyDeletesama-sama Lyana. Kot tiba tiba nak tanam pokok, boleh jugak guna leca balls ni.
DeleteNiceee, untuk bukan kaki tanam tanam pokok, saya tak tahu nama mende alah ni, tapi pernah nampak kat kedai dalam mall...tak silap saya la..haha
ReplyDeleteHihi..mungkinlah tu nona. Mudah guna ni ganti tanah. Bagus untuk pengudaraan dan saliran air. Tak kotor sangat.
DeleteLeca ball..Fiza ni banyak kongsikan info menarik la..Selalu dapat ilmu baru kalau datang sini...
ReplyDeleteMana yang guna je lah kak. Kalau tak guna, memang tak tahu jugak. Hihi..
Delete