Telefilem Gunting Bhavana

Gunting Bhavana, sebuah telefilem istimewa sempena Hari Deepavali. Telefilem Gunting Bhavana merupakan telefilem ulang siar, tayangan pertama pada tahun 2019 juga disiarkan sempena Hari Deepavali.

Tonton telefilem Gunting Bhavana pada hari Khamis, 4 November 2021 jam 2:00 petang ni TV3.

Telefilem Gunting Bhavana TV3

TELEFILEM GUNTING BHAVANA

Waktu siaran : Sabtu, 26 Oktober 2019, jam 9:30 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Ulang Siar : Khamis, 4 November 2021, jam 2:00 petang
Siaran TV : TV3
Penulis skrip : Eita Cordoba
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Produksi : Primeworks Studios

SINOPSIS GUNTING BHAVANA

Bhavana seorang tukang jahit yang kehilangan gunting turun temurun kesayangannya. Semasa kehilangan gunting berlaku, kesemua anak menantunya berada dirumah. Disebabkan itu, Bhavana menuduh mereka sehingga menyebabkan mereka merajuk dan kembali pulang ke Kuala Lumpur.

PELAKON GUNTING BHAVANA

  • Sai Kogila
  • Liza Abdullah
  • C.Kumaresan
  • Bell Ngasri

18 comments:

  1. if ada masa nanti nak try tengok, pernah dgr ttg cerita ni. cam best je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah ditayangkan sebelum ni. Menarik jugak ceritanya.

      Delete
  2. Cmane boleh da Bell dalam telemovie Deepavali? Ok ni kena tonton

    ReplyDelete
    Replies
    1. watak tambahan selit sikit sikit je Sal. Cerita santai santai ada komedi sikit. Boleh tengok nanti.

      Delete
  3. Berharga gunting tersebut.
    Agaknya siapa yang ada gunting tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunting kesayangan memang sangat berharga. Rasanya dia tersilap letak. Ingat ingat lupa ceritanya.

      Delete
  4. Sempena Deepavali. so dah nak cuti kan. :)

    ReplyDelete
  5. haha..stress wei bila kena tuduh.
    masa mendiang nenek ammi ada.. dia dah nyanyukkan so dia letak cermin mata merata. Yang selalu jadi mangsa anak buah ammi yg ke-2 tu..
    asyiklah si Daniel tu dituduh sorokkan cermin mata moyangnya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat stress...tak pasal pasal je kena tuduh kan.
      Aduhaiii..kesian betul dia. Bersabar je lah sebab nenek pun pelupa kan.

      Delete
  6. Habislah gunting turun-temurun hilang. Mesti tak senang duduk dibuatnya. Boleh layan juga cerita-cerita begini. Ada Bell tu mesti kelakar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak senang duduk selagi tak jumpa. Kesayangan tu. Cerita kekeluargaan dan perayaan memang best tengok. ada pengajarannya.

      Delete
  7. hahaha stress kena tuduh sampai balik KL terus. Selalu jugak kena macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya pun balik jugak. Memang stress lah kan. Aduhaii..sedih kena tuduh. Sabarlah ye.

      Delete
  8. pasal gunting pun boleh buat cerita ye

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.