Terpaksa Tukar Imej Baru Blog

Eh, bukan saya tukar imej baru tapi blog ni haa. Isu blog lambat loading masih berleluasa. Nak tak nak terpaksalah tukar imej baru. Lepas satu, satu masalah blog sekarang ni. Ni saja nak sabotaj blogger ke apa?

Tak ada ribut tak ada angin, tiba tiba pulak template blog dipersalahkan. Mungkin juga sebab ada beberapa orang blogger mengalaminya masalah blog lambat loading juga. Lepas tukar template terus laju.

Disebabkan ada beberapa orang blogger bagitahu yang blog saya lambat loading, jadinya gigihlah tukar jugak akhirnya template blog, imej lebih kurang tapi baru jugaklah kan. In case kalau tak berkesan jugak template ni, nak tukar semula yang lama. Dah berkenan sangat dah yang lama tu.

tukar template blog free

So sekarang laju ke tidak? Kalau ada apa apa masalah nak akses dalam blog ni bagitahu je ye. Feedback awak semua amatlah dihargai.

Yang saya pelik, saya bukak guna desktop dan mobile okay je. Sesetengah blogger kata okay laju macam biasa. Tapi sesetengah kata slow. Macamana nak detect masalah kalau macam tu kan. Tak tahu punca sebenar.

Tukar template, jalan penyelesaian terakhir yang saya buat. Terpaksalah hadap kesan kesan yang tak baik bila tukar template blog ni. Stress pulak kita wak! Ikutkan macam malas nak tukar tukar template ni. Malas nak hadap coding yang boleh buat pening kadang.

Blog pun pandai mintak baju baru dah. Mood pun kejap ke darat kejap ke laut gara-gara komen saya asyik ghaib je kat blog lain. Dah komen, tapi bila datang balik nak blogwalking komen tak ada. Pelik pulak sebab komen tu dah publish dah pun. 

Macam kena check selalu kat bahagian spam komen tu. Kadang ada termasuk kat bahagian spam tu. 



78 comments:

  1. ohhh aduhaiiii
    patyt kadang dari blog akak nk blogworking blg fiza lamaaa je baru dpt baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke kak? Ada yang okay ada yang slow. Saya pun tak faham. Dah okay ni legalah sikit.

      Delete
  2. Tapi akak masuk blog Fiza yang sebelum ni ok je. Laju... Takde masalah. Sama macam yang ni. Yang ni pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dua dua okay. Risau gak masalah berulang. Terima kasih kak 😊

      Delete
  3. Alhamdulillah...dah ok..

    Hari ni laju betul dapat masuk blog Fiza.Laju macam keretapi peluru..
    Ala...lupa nak cakap kat SK...saya masuk blog SK masih lambat macam beberapa hari lepas.Loading dalam 15 saat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah okay ye masuk blog ni. Terima kasih kak inform. Uishh laju macam ketapi, laju nau pulak.

      Masuk blog SK sy masuk okay lagi. Kadang je loading lama dan refres berulang ulang

      Delete
  4. Baru laju sikit masuk ke blog akak. Kalau tak crawlingnya lama giler. Tak tahulah sebab template lama akak, ke line Syu ke. Tak reti bab-bab lambat loading ni. Blog Syu akak masuk lambat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Syukurlah kalau better sikit. Saya pun tak tahu puncanya Syu. So far masuk blog Syu takde masalah. Laju je. Takla slow loading lama

      Delete
  5. Elok je template baru ni. Memang terasa lagi laju dari template lama. Plus ada features baru yang best macam trending post dan dark mode.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukurlah okay template baru ni. Features baru tu yang buat saya tertarik jugak

      Delete
  6. Eh betul la sy rasa baru2 ni blog lambat loading padahal widget dh di kurangkan..kena tukar2 tmplate jgk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai blogger alami masalah ni. Dah kurangkan widget pun tetap slow katanya. Last last tukar gak template ni.

      Delete
  7. Agaknya masalah penyedia perkhidmatan internet.
    Hehe yang ini di bahagian kotak URL pun warna merah
    Apapun macam akak cakap tiada masalah masuk sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugaklah tu kot.

      Warna merah mana ye kak? Tak ada pulak nampak.

      Syukurlah kalau akak okay masuk blog ni. Terima kasih kak :)

      Delete
  8. Alhamdulillah laju sesangat, segan pula sebab suka lepak sini, halalkan ke ye.. Selamat berhujung minggu Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..macam okay sikit. Eh, takde hal lah kak. Saya sentiasa mengalu alukan kedatangan semua orang. Saya belum sempat singgah rumah akak lagi hari ni. Happy weekend kak.

      Delete
  9. Alhamdulillah..okay dah ye? Masalah komen hilang tu tak tahulah kenapa.

    ReplyDelete
  10. Ikutkan saya lagi suka blog Fizah wajah lama tapi ini pun ok. Font aje kecik sikit. Haah, komen Fizah memang banyak masuk spam. Nasib baik saya check. Bukan Fizah je, ada a few blogger lain jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka yang tu, malas nak tukar template sebenarnya. Terkesan banyak benda. Terpaksa lah juga tukar template blog ni dari slow sangat.
      Terima kasih Sal. Kadang terkomen 2 kali sebab rasa dah komen tapi komen lagi jugak.

      Delete
  11. Okay laju
    Ada beberapa blog yang masih susah nak masuk.

    ReplyDelete
  12. yang ni ok berbanding sebelum ni.. mungkin "baju" lama da lusuh sgt da tu agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih inform. Agaklah tu, dah lusuh minta tukar baru.

      Delete
  13. Alamak, blog sekarang ni ada masalah yer, punya lma xbukak, krik3 dah. Hrap blog cik timm tu xda masalah slow. Mlas nk tukr baju sbb mmg suka yg kak fiza buatkn tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga yang problem dengan blog loading ni. Harap tak ada problem tu kan. So far kalau template lama dari asal tu tak ada masalah kot.
      Terima kasih CikTimm suka template tu :)

      Delete
  14. saya pun terkesan dengan blogger hari ni. pv sangat teruk hari ni..sepertinya orang tak datang jengah langsung blog saya seperti biasa. Adakah lambat loading juga? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dinafikan PV memang jatuh dalam minggu ni. Tak tahu lah kenapa. So far blog akak okay je loading kalau masuk. Tak tahulah kot orang lain tak okay. Macam tak tahu apa puncanya. Ada yang okay ada yang tak kadang. Sedih betul bila jadi macam ni.
      Ada yang kata server platform blogspot problem. Tak tahulah tu. Harapnya tak lama lah.

      Delete
  15. Laju. sebelum ini template lama akak, Naim view dekstop ok jika view dari mobile agar slow. Tak pasti lah sebab apa. maybe dari server domain atau blogger ada masalah.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...oh ye ke Naim? Terima kasih ye inform. Mungkin jugaklah tu sebab semua dah buat kalau tak okay jugak tu dari server domain atau blogspot lah kot kan.

      Delete
  16. Selalu view guna hp.. ok je dulu sampai yang harini... err.. sy pun janggal tgk template ni.. tapi layanzzz aje... hmm.. sy masih belom nak tukar bajuuu.. adududuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lega dengar kalau okay dulu dan sekarang view hp. Mula kekok sikit, lama lama okay kot kan. Terima kasih Nona.
      kalau okay je tak payah tukar nona.

      Delete
  17. Replies
    1. Waalaikumussalam..Terima kasih sudi singgah. Nanti saya balas kunjungan :)

      Delete
  18. template Fiza yang lama okey je laju..yang ni lambat sikit la Fiza....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke kak? Alamak, slow jugak ke nampaknya yang baru ni. huhu..
      Terima kasih kak.

      Delete
  19. Akak ok ja...laju mcm biasa loading blog fiza ni..

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. Kalau okay baguslah. oh ya? Rajin Rabia tukar template

      Delete
  21. sekarang macam laju..

    dulu saya tidak pasti sebab lama tak main blogwalking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ..laju ye. Lega sangat.
      Lama tak nampak juga. Maaf saya lama jugak tak singgah sana

      Delete
  22. ok je...tak lambat pun. tapi yang baru lebih mudah dibaca. sejenis tak suka blog orang warna terang dan garang... putih dan hitam je dah cukup. tapi blog sendiri...kaburrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dan baru okay ye. Alhamdulillah.
      Terima kasih kakyan. Kalau rajin, boleh tukar cat rumah baru jugak tu nanti :)

      Delete
  23. oooo ini la sebab nya ye tukar layout... ermmm seminggu x masuk blog, macam2 jadi ye.. alahai.. nampak gaya kena perati ni apa perubahan kat blog sndiri ..kot loadng lmbt jgk, bgtau eh ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah KakRet. Disebabkan inilah terpaksaa jugak tukar template.
      Baiklah, so far okay je masuk blog KakRet.

      Delete
  24. bila tiap-tiap hari masuk blog kak fiza mesti dapat tahu perbezaan template blog . betul tu beberapa minggu yg lepas blog kak fiza dan ada beberapa blog blogger lain lambat sangat nak loading tu . refresh berkali pun tetap lambat je nak naik , kadang-kadang ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Lyana pun masuk sini slow ye. Tak tahu puncanya kenapa. Dah tukar template ni ramai yanag kata okaya dah.

      Delete
    2. Alhamdulillah..terima kasih inform :)

      Delete
  25. Harituuu tengah blogwalking blog kak fiza, tiba tiba blog dah tukar template. Tapi bagi saya, template lama and sekarang masih laju bila saya buka. Memang tak ada masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tak nak terpaksa tukar juga Atiqah. Tapi itulah PV pun merundum gila gila jugak. Alhamdulillah kalau masuk okay je laju. Terima kasih Atiqah.

      Delete
  26. blog akak pun lambat betul loading ni...blog fiza da ok tu, laju...nak tukar template tu makan masa jugak...nanti lah tunggu setel kerja lain, baru tukar template

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tu nak tukar template yang malas tu. Tapi apa nak buat, terpaksa jugalah bertukar dari melarat slownya.
      Alhamdulillah blog saya dah okay loading.

      Delete
  27. mama bw ni lajuu.. mmg best nak komen2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukurlah kalau laju, senang hati dengar. Terima kasih mamapp :)

      Delete
  28. Moga masalah ni tak berulang dan berlarutan. Macam-macam isu. Lepas satu... satu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah mudahan tak ada masalah lagi lah. Boleh lenggang kangkung blogwalking macam dulu dulu.

      Delete
  29. Dah tukar ye Fiza.. ni okay juga ni, blog akak pun sama, ada kata okay, ada kata slow, dan ada juga masuk blog lain, ada okay ada tak okay, tu susah nak cakap, cuma tgk pada PV aje, so far maintain je PV akak.. tapi memang tgh skodeng gak template lain ni.. sian juga kalau ada yang masuk kata slow kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sislin, macam ramai pulak kata slow ada yang whatsapp jugak cakap slow. So tukar buat sementara ni. Susah jugak kalau orang nak masuk slow loading.

      Delete
  30. Oh padan laa..rasa lain blog fiza tukar templated..okay fiza shida msk yg baru ni..

    ReplyDelete
  31. saya tak perasan plak masalah blog lembab loading kat blog kak fiza. apa2 pon templet ni lebih kurang yang lama punya gak. apsal saya tak perasan templet ni baru?? ermmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, ada yang kata slow dan ada yang cakap okay je. Yep, lebih kurang je. Tak jauh beza pun. Cuma ada features menarik sikit :)

      Delete
  32. x tau nk kata. sbb bila sy buka, baik kt opis atau rumah sm je keadaannya... ke sy yg x perasan lgsg? hahahaha parah dah niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama keadaanya tu maksudnya tak ada masalah lah kan loading laju cam biasa? Okaylah tu. Jangan sampai tahap parah 🤣

      Delete
  33. Ok je ammi masuk guna phone ni.. Lajuzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..laju okaylah, lega sikit tak perlu fikir dah blog slow loading. Terima kasih Ammi.

      Delete
  34. Template lama memang ada issu kak fiza, saya ada inspect haritu cari dekat mana puncanya. Mostly sbb library css blog tu ada berubah, mungkin dah tak relevan memandangkan bootstrap pun upgrade sekarang ni. Sama macam kes blog saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Maksudnya template tu tak upgrade coding baru lah ye? Boleh guna template sama tapi yang dah diupgrade baru lah kan kalau ada macam tu?

      Delete
    2. Yup betul, template lama kak fiza ada guna satu library ni namanya font awesome. Sekarang diorg dah upgrade ke version 5. Ada beberapa benda diorang tukar. Itu yang kalau kak fiza perasan blog kak fiza dulu ada timbul kotak kecil utk beberapa perkara. Contohnya macam top navigation kak fiza dulu kalau ada anak anak tu arrow ke bawah jadi petak tak silap. Kalau kak fiza pergi semula beberapa blog yang lambat cuba tengok social media plugin, top navigation, or older and new post akan muncul kotak kotak kecil ni. List yang bullet pun boleh terjadi petak petak kecil

      Delete
    3. ohh font pun kalau upgrade boleh effect jugak. tak pakar lak nak check bab tu. tak perasan pulak menu bar tu sebelum ni. yup, perasan kotak kecil kat blog yang slow. Nadia check dari page source ye.
      Terima kasih untuk penjelasan ni :)

      Delete
  35. Lupa pula nyatakan blog kak fiza sekarang teramatlah laju!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..lega dengar kalau laju loading. Terima kasih Nadia, terima kasih juga untuk penjelasan dalam komen di atas.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.