Bath & Body Works Body Care. Buy 1 for RM40 each.

Selain tersangkut dengan sale Uniqlo 11.11. Di hari lain, tersangkut dengan sale Bath & Body Works Body Care.Buy 1 for RM40 each! Besar kecik besar kecik je tengok promo tu. 

Saya pun beleklah kot ada sale apa yang saya nak beli tu. Tapi tak ada sale pulak apa yang saya nak beli tu. Takpelah, beli yang ada je lah. 

Saya pilih body spray & mist Warm Vanilla Sugar dan fine fragrance mist Winter Candy Apple. Setiap satu harganya RM40. Tambah postage RM10, Total RM90. Berbaloi kan harga RM40 sebotol. Kalau ikut harga biasa RM85 sebotol. 

Disebabkan store Bath & Body Works dia jauh nun di KL tu, kita beli Bath & Body Works online delivery je lah. Lagipun Bath & Body Works promotion ni best best jugak. 

WARM VANILLA SUGAR

  • Body Spray & Mist
  • 8 fl oz / 236 mL
  • A cozy, enveloping, irresistible blend of vanilla, white orchid & sparkling sugar in our irresistible, long-lasting mist
Saya, suami da vanilla tak dapat dipisahkan. Bau favourite kami. Ikut kebiasaan akan beli The Body Shop Eu toilette. Mungkin lepas ni kena move on pilih Bath & Body Works pulak. Bau dia lagi best dan long lasting. 

WINTER CANDY APPLE

  • Fine Fragrance Mist
  • 8 fl oz / 236 mL
  • A merry-berry blend of candy red apple, winter rose petals, candied orange, maple leaf & fresh cinnamon in our irresistible, long-lasting mist
Pertama kali nak cuba bauan lain, saya pilih winter candy apple ni. Baunya best, bau manis dan segar.

Dua dua saya suka dan kedua-duanya jenis long lasting Bath & Body Works mist. Bau wangi dan manis manis itu  yang best tu. Bath & Body Works promotion ni sentiasa ada je. Buy 1 Free 1, Buy 3 Free 1 dan banyak lagi promotion.

Tak lama lagi nak christmas, ada juga promotion tu. Berbaloi beli masa sale dan promotion. Tapi itulah beli online lambat pulak sampainya. Ambil masa 10-14 hari waktu bekerja. Saya order 11 November, dapat 18 November. Mereputlah menunggunya.

34 comments:

  1. berbaloi beli time sale...akak yg beli lastyear pn xabis lg..masa tu buy 2 free 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Sangat berbaloi beli masa sale. Itulah tu, satu botol pun jenuh nak habiskan.

      Delete
  2. Fav akak jugak ni...berbaloi ni murah..kalau tak memang mahal la sebotol

    ReplyDelete
  3. Wah, memang bukan calang-calang potongan harganya! Berbaloi-baloi!

    ReplyDelete
  4. Belum pernah try lagi jenama ni. Menarik jugak untuk dicuba, akak pun setakat ni pakai Body Shop tulah.

    ReplyDelete
  5. Suka pakai mist2 ni..
    Aini biasa bel yg Victoria Secret.. selalu jual buy 1 free 1..tak kire tgh promo ke tak..
    Nanti nk cuba Bath&Body plak la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. VS pun tak kurang hebatnya. Bau wangi long lasting jugak. Lebih kurang botolnya pun dengan BBW ni. Nanti boleh cuba BBW pulak :)

      Delete
  6. Itulah wangi betul. Pertama kali tahu daripada adik ipar pakaikan wangian macam bau bubblegum pada anak-anak buah. Lepas itu Cik Ako bagi pocketbac itu wangi betul. Memang pakai sebelum keluar rumah. Wangian tahan lama. Nampaknya kena pergi belek di kedai nanti. Hehe. Cari wangian baru. Sama suka bau manis-manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul BBW ni antara wangian jenis tahan lama. Nanti boleh tambah koleksi BBW pulak kak :)

      Delete
  7. Memang wangi tp mengenangkan banyak lg xhabis tak boleh beli

    ReplyDelete
  8. saya pun suka candy apple. bath n body works ni kalau dah masuk jarang keluar dengan tangan kosong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan bau candy apple ni..fresh and sweet. Itulah tu, mesti ada yang sangkut.

      Delete
  9. Bila ada promosi macam ni, memang berbaloi beli

    ReplyDelete
  10. Syoknya shopping begini... berbaloi2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time ada sale seronoklah membeli kan. Berbaloi baloi sangatttt :)

      Delete
  11. Pembelian yang sangat-sangat berbaloi ini..

    ReplyDelete
  12. Memang berbaloi bila beli time ada sale . Jimat berganda . Siap ada free gift

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat berbaloi lyana. Ehh, tak dapat pun dapat free gift untuk pembelian ni.

      Delete
  13. akak lom terjebak dgn BBW ni, fiza.
    pernah sekali jalan2 di DP, nurin ajak masuk BBW ni.
    akak tak terpedaya, fiza :) ha ha ha ha...
    iman akak masih kuat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuat pendinding akak tu. Hehe..sekali dah terjebak mesti nak beli lagi kak..

      Delete
  14. Di Jakarta BBW pun sedang sale besar kak. Kemarin tuh beli 3 items free 3, jadi total 6 items, hanya 299,000 rupiah. 🤣. Dah kayak barang dijual di pasar. Nasib baik counter resmi. 😄. Langsung penuuuuuh itu counter Ama pembeli 😅. Saya nak beli dah takut duluan. Mending online lah, daripada antri panjang begitu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia pun ada buat sale buy 3 free 3 items. Tapi fikir sebab baru beli. Tak jadilah nak membeli lagi. Ya, lagi berbaloi kan beli dari official store. Saya pun beli online je lah senang. Cuma lambat sikit lah.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.