Buah Jambu Batu Kampung

Berbalik cerita di kampung haritu. Ada sepokok buah jambu batu sedang berbuah agak banyak jugak. Banyak tak banyak sangatlah. Masih boleh dikira dengan jari buah-buahnya. Lansung saya ambil gambar dulu.

Selama ni macam tak pernah nampak pokok ni berbuah. Kalau ada pun, mungkin saya tak perasan atau dah diambil musuh. Tak monyet, burung atau haiwan lain sebab dekat sangat dengan hutan.

Buah yang sedia ada ni pun belum tentu ada rezeki dapat rasa. Macam lambat je nak tunggu dia membesar. Biasanya jambu kampung ni isi dia agak keras dan kelat kelat sikit. Ke? Lupa dah rasa dia. Dah biasa beli je buah jambu batu cicah serbuk asam boi
 
Buah Jambu Batu

Disebabkan masa ni panas terik tengahari. Entah mana mana saya tap focus tu. Nampak tak langit biru tu, terang betul tanpa awan putih. Gigih jugaklah nak ambil gambar punya pasal, kan.

Buah Jambu Batu

Selagi nampak buah jambu batu, kita ambil gambar dia.

Buah Jambu Batu

Inilah pokok jambu batu yang rendang je pun. Kalau nak ambil pun petik je mana yang rendah rendah tu. Ada nampak banyak anak pokok lagi yang baru membesar. Rasanya benih jambu batu yang dimakan haiwan tersebar merata kot.

Pokok buah jambu batu

44 comments:

  1. Replies
    1. Kot jumpa buah jambu batu, bolehlah membeli nanti kak :)

      Delete
  2. Dulu suka ambil pucuk pokok jambu ni gosok kat muka buat scrub, heheheh. Kalau buahnya suka yang masak dan warna merah tu, ah, rindu, lama tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh boleh eh buat scrub. Buah masak sedap makan terus lepas petik.

      Delete
  3. waaa .. sedap ni ... dulu masa kekecik selalu makan .. sebab ada pokok yang tumbuh liar tak jauh dari rumah ... sekarang dah susah nak jumpa... Ingat lagi emak cakap ambik daun pucuk jambu batu ni .. upar atau hancurkan kat tangan dan gosok kat ketiak untuk hilangkan bau ketiak atau gosok kat muka untuk elakkan jerawat ... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang agak susah nak jumpa pokok buah jambu batu. Mungkin sekarang dah mudah beli je kot, orang tak tanam dah. Ohh petua orang lama lama eh. Baru tahu.

      Delete
  4. teringat buah jambu batu kampung belakang rumah dulu-dulu, buah nya kecil tapi manis... akak suka yang isi putih dari pink...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manis tu yang sedap. Suka gak isi putih. Yang pink tu macam kurang sikit kan.

      Delete
  5. Bestnya tengok.. 🤓
    Pokok jambu batu cheq pula kecik lagi, baru nak belajar berbunga 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. okaylah tu. Nanti besar boleh dapat hasilnya. InshaAllah...

      Delete
  6. Kalau ada yang sudah masak then ada lada+garam memang wow

    ReplyDelete
  7. spesis pokok yang banyak nostalgia zaman kanak-kanak ni..paling ingat mitos kalau telan biji nanti pokok tumbuh dalam perut..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Mitos telan biji tu sampai buah apa pun takut nak telan biji. hahahahaha...

      Delete
  8. lamanya tak makan jambu batu kampung ni. kecik-kecik dulu suka sangat pastu arwah makcik marah sebab telan biji sekali. takut apendiks katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jambu batu kampung ni sangat nostalgia kan. Ada je kenangannya. Orang tua tua dulu selalu cakap macam tu kan, ada betulnya jugak tu. kita je yang leka.

      Delete
  9. jambu batu kg, akak sukaa. ni sedapp. kelakarnya akak sekali biji2 jambu mkn nk lg yg masak ranum
    dan. sb jambu ni la akak dulu sakit
    masa sek. rzndah ha haa sampai mak tebang terus pokoknya



    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab makan biji tu sekali kot kak. Sampai tebang terus pokoknya tu.

      Delete
  10. Ingat masa jaman kecik2 dulu, pantang nampak buah jambu batu kampung ni.
    Makan part isi yang ada biji tu, telan biji2nya sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh..kalau saya tak berani nak makan biji. Risau bab mitos tumbuh pokok dalam perut. hahaha...

      Delete
  11. Teringat zaman kanak-kanak dulu, pantang nampak buah jambu atas pokok. Walaupun masih putik, nak kekah juga. Masa tu jaranglah nak jumpa jambu masak atas pokok hihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..memang tak sempat besar kalau dah kekah dulu. Nikmat tu lain kan bila ingat balik. Zaman kanak kanak, ada saja ceritanya.

      Delete
  12. Betullah tu jambu ji rasa dia kelat sikit. Dulu masa kecik ada pokok ni depan rumah. Tp tak rendah jugak. Kalau nak kena panjat atau guna galahlah jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira besar jugak tu pokoknya kena panjat. Ini pokok rendang kalau panjat patah terus dahan dia..hehehe...

      Delete
  13. lamanya tak mkn buah jmbu jenis ni.. kecik2 dlu selalu.. rindu lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak jumpa jambu batu kampung macam ni. Kecik kecik macam meriah pokoknya kat kampung. Agaknya orang sekarang tak menanam pokok jambu batu dah kot.

      Delete
  14. cantiknya gambar fiza ambil ni, memang terang betul langit. Cantik je kombinasi warna langit dengan pokok jambu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Waktu terik terang langit birunya nampak cantik dengan pokok buah jambu batu hijau tu :)

      Delete
  15. Tidak tahu pula jambu batu kampung kelat. Cantik gambar jambu berlatar belakang langit.

    ReplyDelete
  16. lama dah tak nampak jambu ni. isi dalam dia kaler pink ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pulak sebab tak pernah nampak buah jambu batu ni berbuah sebenarnya. Apatah lagi makan..kot ada rezeki dah masak dapat cuba nanti update. Kalau tak ada maknanya tak ada rezeki lah tu :)

      Delete
  17. Suka jambu batu kampung..sedap..kalau dapat isi atau biji dia ada merah2 jambu tu memang sedap...rindu nyer zman kecik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jambu batu kampung kalau masak memang sedap kurang rasa kelat tu. Rasa macam tak pernah pulak rasa biji jambu merah yang ditanam. Yang dibeli pun pernah makan sekali je kot. biasa dapat yang putih je.

      Buah jambu batu ni banyak nostalgianya. Baca dari komen komen, semua ada kenangan masa kecik :)

      Delete
  18. Replies
    1. Yep, sedap jambu batu rangup. tambah serbuk asam boi lagi sedap.

      Delete
  19. Sedapnya jambu batu! Tapi kalau time keras betul tu, sakit gak gigi nak gigit.. Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kalau jenis rangup dan lembut sikit. Kalau keras kematu tu sekali gigit je lah jawabnya. hahaha...

      Delete
  20. Ini kalau ada asam atau kuah rojak sedap ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang makan dengan serbuk asam boi. Makan dengan kuah rojak pun sedap.

      Delete
  21. Lama betul tak makan jambu batu kampung ni . Memang sedap walaupun dimakan begitu sahaja .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat yang elok masak dan rangup memang sedap lah lyana.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.