Cucur Udang Sedap Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Lama eh tak makan cucur udang. Bukan tak ada orang jual dekat dengan rumah. Ada! Cuma itulah tak menepati selera. Cucur udang jenis sedap tu biarlah rangup di luar lembut di dalam. Paling penting tak berminyak sangat. Bukan apa, makan benda bergoreng minyak berlebihan ni boleh jadi terus pening kepala.

Lagi satu, dapat cucur udang yang ada banyak udang tu lagi nikmat sebenarnya. Barulah terasa cucur udang. Tapi tak boleh nak expect udang banyak, udang pun mahal. Peniaga pun nak cut cost dan untung jugak kan.

Asalkan cucur tu sedap, udang ada seketul pun jadilah. Ada satu hari tu saja singgah nak membeli kuih kononnya, nampak ada banner cucur udang. Mintak kat encik suami beli cucur udang. 

Terkejut sekali dapat banyak giler. Berapa RM ni saya tanya suami. RM2 jawabnya. Mak aihhhh..banyaknya! Kenyang makan dalam kereta cucur udang RM2 sebungkus plastik oren kecik tu. Mana nak dapat cucur udang sedap, banyak dan murah macam ni.

Lepas tu dah tahu mana nak cari cucur udang sedap, beli kat situ je lah.

Cucur Udang Sedap Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Dalam pinggan ni cuma sebahagian je. Kalau nak diletak semua tak muat. Cucur udang dia betul betul sedap. Rasa tepung yang lembut didalam dan rangup di luar. Ada sayur kucai, ada rasa rempah serbuk kunyit sikit warna pun menarik kuning kuning macam tu.  Cukup rasa cucur udang yang sedap.

Cuma tu lah udang dia tak meriah sangat. Seketul udang je setiap satu. Disebabkan cucur dia sedap, kurang udang pun tak mengapa lah. 

Sos cicah cucur udang pun sedap. Manis manis pedas macam tu. Saya beli di depan pasaraya Zemart Sikamat kat jalan besar bawah tu. Cucur udang panas, RM2 untuk 5 ketul cucur udang. Berbaloi baloi membeli.

Nak buat cucur udang rangup dan lembut ni ada macam macam caranya. Ada yang letak mauripan, ada yang letak soda bikarbonat dan ada jugak letak minyak panas dalam adunan. Ikut cara masing-masing atau boleh cuba pelbagai resipi cucur udang viral.


48 comments:

  1. Memang berbaloi dapat cucur udang murah kan Fizah. Moga murah rezeki peniaga cucur tu. Kak Amie pun suka makan cucur udang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminnn...
      Betul kak Amie. Sangat berbaloi membeli dan puas makan. Kita geng suka cucur udang.

      Delete
  2. oohhh kat Zemart..balik weekend ni ammi cuba cari kalau sempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Ammi. Nanti kalau balik Seremban tu petang petang boleh cari cucur udang.

      Delete
  3. ya allah sedapnya kak huhu. dah tengah lapar ni haha. lepas ni nak pergi carilah cucur udang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap cucur udang ni. Kalau rajin boleh buat sendiri :)

      Delete
  4. Sedapnya cucur udang.
    Tapi itulah, tak rajin pula nak membuatnya,
    Nak beli belum jumpa yg kena dgn selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak membeli tu yang payah tu kak. Nak dapatkan yang sedap tu payah. Nampaknya kena buat jugak tu. Hehe...

      Delete
  5. Akak ni kan...ambik gambar cucur udang pun dah buat Syu terliur. Adeh2!!

    ReplyDelete
  6. Lama tak beli cucur udang. Frust juga kalau dapat kulit sahaja. Sos pun memainkan peranan jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab lama tak makan cucur udang, sekali dapat yang kena dengan selera memang rezeki sangat. Ada jugak ye dapat kulit sahaja. Sedih pulak dengar. Betul, sos pun kena sedap jugak. Baru best makan.

      Delete
  7. Cucur udang klau sedap udang satu pun xpe..janji sedap dan rangup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, asalkan sedap dan rangup tu menyedapkan lagi.

      Delete
  8. Kalau saya, cucur udang kena rangup baru melelh air liur hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, rangup dan tak berminyak baru best menyuap berkali kali.

      Delete
  9. haah la lama x makan cucur udang...biasa akak akan buat je...kali ni kalau nak buat pun biar lah selepas check up 2 hb nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah biasa buat okaylah kak. Macam saya tak pernah buat lansung. hehe..

      Delete
  10. Nampak pun sedap tu, suka cucur udang cicah sos, betul udang kurang pun takpa.. Rangup canpuran sayur dah mengasyikann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sedap, apatah lagi merasa kak. Memang sedap tak tipu. Sos pun sedap. Betul, udang kurang pun asalkan adunan cucur dan gorengan rangup pun sedap dah.

      Delete
  11. Sedapnya coq udang .Dah lama tak makan coq udang kuah kacang.Nampak berongga helok cucur tu Fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang elok sangat cucurnya ni. Sedap gak tu makan dengan kuah kacang.

      Delete
  12. cucur udang yg sedap..suka makan begitu saja...sos pencicah pun sedap..double sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalkan cucur udang sedap, sedap dimakan begitu saja. Dapat sos pencincah sedap bertambah tambah sedapnya kan.

      Delete
  13. cucur udang mmgla sedapp tapi leceh nk asingkan kulit udang tu kalo tgh makan.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa makan terus je dengan kulitnya sekali. Dah rangup senang nak makan. Tapi itu kalau udang kertas lah. Kalau udang besar, kena juga asingkan kulit. Tapi jarang dapat cucur udang besar. Kadang tu udang pun nan hado wak.

      Delete
  14. Susah nak jumpa yang sedap dan murah macam ini.. Berbaloi beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu KakSha. Dah jumpa yang sedap senang nak membeli.

      Delete
  15. Replies
    1. Cucur udang rangup diluar lembut didalam tu yang sedap tu.

      Delete
  16. Murahnya... Naniey beli hari tu RM1 seketul ... Boleh la lepas gian nak makan.. Tapi nasib baik sedap.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang murah. Sedap pulak tu. Itu yang repeat order kalau rasa teringin.
      Cucur udang kalau mahal tapi tak sedap, tak tahu nak cakaplah. Syukur naniey beli dapat yang sedap.

      Delete
  17. Bestnya rezeki Fiza dapat makan cucur udang yang cukup ramuan dan cukup rasa. Susah nak cari cucur udang yang betul-betul sedap sekarang ni. Ada tu kucai tak ada... taugeh tak ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..cukup rasa cucur udangnnya. Betul tu, susah nak cari peniaga yang betul betul 'berniaga'. Kucai tak ada macam serba kekurangan pulak kan. Taugeh tu kadang kita faham orang letak sebab taknak lambat basi.

      Delete
  18. Alhamdulillah rezeki terjumoa cucur udang sedap. Hehe akak tidak minat sangat, ada makan kalau tidak, tidak kisah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang dah jumpa mana yang sedap. Kalau bukan makanan fav, begitulah 😊

      Delete
  19. kalau lalu pekan alor gajah, sure akak singgah beli cucur udang alor gajah.
    glamer kat sini. tapi tu la, da tak sesedap dulu kala, fiza.
    bila beli kan mak abah akak, diorang da tak suka dah :(
    memang ye pun, kurang kick dari dulu la hu hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti sedap tu kalau glamer. sayang kalau tak maintain kesedapan tu, kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.