Header Ads

Dah Potong!

Tenggelam timbul pulak entry 2 3 hari ni. Mood mendung macam cuaca jugak. Seiring bersama-sama. Well, tak ada cerita sangat sebab sibuk siapkan kerja design dan juga photoshoot produk. Rasa tak cukup otak nak guna.

Alhamdulillah settle kerja photoshoot lepas penat bergaduh dengan cahaya yang kejap ada kejap tak ada. Design pun dapat settlekan siap-siap sebab kononnya plan nak balik kampung harini. Tapi rasa macam esok pulak baru boleh balik. 

Alang-alang mengemas rumah, tengok pothos macam tak terurus dah. Kasi potong itu pothos lah dulu. 

Indoor plants golden pothos
Sebelum dipotong

Dia punya keserabutan tu tak tahu dah nak sangkut kat mana. Haritu macam sayang nak potong. Akar bawah bawah tu panjang betul dah. 

Indoor plants golden pothos
selepas dipotong

Selepas dipotong rasa lapang sikit. Nampak tak kelamnya cuaca tu, dinding pun nampak kelabu. Kalau cerah, terang benderang ruang ni. 

Pothos yang panjang tu saya potong pendek pendek mana yang ada akar untuk cucuk semula di ruang kosong dalam pasu. 

pothos propagation

Cara propagate pothos in water, dah potong dengan akar tu masukkan je dalam bekas dan isikan air. Mudah je.

Cara propagate pothos in water


N'joy pothos pun cantik, letak dalam bekas kaca dan letak leca balls.

Cara propagate n'joy pothos in water

Daun yang rosak saya buang. Okay settle satu kerja. Operasi mengemas ruang lain dan barang-barang yang nak di packing.

هناك 44 تعليقًا:

  1. lawa juga pothos ni walaupun nampak serabut-serabut camtu hikhikhik.. mudah tak nak jaga pothos tu

    ردحذف
    الردود
    1. Bila rimbun auto lawa terus. Hihi..mudah je..paling mudah letak je dalam bekas air. Pastikan ada kena cahaya dan air cukup.

      حذف
  2. ingatkan dah potong apa tadi... hehehe... sbb soalan glamer skrg... "bila nk potong gelang mahal?" hehehehe

    ردحذف
  3. senang hidupnya ya..macam pucuk manis pulak main cucuk2 je tumbuh

    ردحذف
  4. Aini suka daun jalur2 tu.. senang hidup and cantik

    ردحذف
    الردود
    1. Rimbun sangat sampai tak boleh sangkut dah tu jejak lantai. Terpaksa potong jugak. Ye, senang hidup dan jaga.

      حذف
  5. Cantik juga yang panjang tu, yang dah potong pun kemas, seronok nak balik kampung kan..

    ردحذف
    الردود
    1. dua dua pun cantik kan, cuma potong bagi kemas lagi. Lepas ni lagi elok tumbuhnya.
      Ye, seronok ada masa dapat balik kampung :)

      حذف
  6. Eh cantiklah fiza syg tu dipotong akk suka pulak jurai gitu hihii

    ردحذف
    الردود
    1. Mula mula memang saya rasa nak potong. Tapi tengok macam serabut, terus potong. Takpe, nanti dia rimbun balik :)

      حذف
  7. punyalah subur ya , tapi bila dah potong terus nampak kemas naw-naw

    ردحذف
    الردود
    1. A ah kak Dana. Walaupun indoor, cahaya cukup elok dia membesar. Itulah tu, sedap sikit mata memandang. Hihi...

      حذف
  8. menariknya pothos ni, lawa je nampak dia menjalar macam tu. kena rajin trim tak kasi serabut je lah kan, Fiza

    ردحذف
    الردود
    1. Jenis menjalar memang cantik kalau rimbun. Yep, betul tu. Kena rajin trim bagi nampak lagi rimbun dan daunnya lagi cantik tumbuh baru.

      حذف
  9. walaupun panjang serabut tapi nampak cantik. cuma betoi lah, jangan panjang sangat japgi jadi lagi nampak serabut :D

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu kak. Panjang sangat jadi serabut sikit melainkan sangkut elok elok atau trim sikit.

      حذف
  10. saspen tadi ingat potong gelang. Teringat cerita orang yang lama tak balik rumah sebab sangkut PKP, tanaman menjalar dalam rumah dia. Dah macam hutan

    ردحذف
    الردود
    1. Hihi..taklah Sal. Mintak dijauhkan lah.
      Pokok ni cepat jugak menjalar. Dapat bayangkan kalau lama tinggal luar rumah kenna hujan dan cahaya lagi galak dia tumbuh.

      حذف
  11. oh dh potong daunnya yg menjalar..yela dh pjg2 kn rimas plak

    ردحذف
    الردود
    1. Ye, potong dah. Terang sikit. Biar tumbuh daun baru lagi rimbun dan cantik :)

      حذف
  12. Hehe macam potong rambut pothos.
    Selamat puang ke kampung. Ada kesempatan balik selalu.

    ردحذف
    الردود
    1. Hehe..lebih kurang macam tu lah.
      Alhamdulillah dah selamat pulang dan kembali.
      Ye, betul tu kak. ada peluang boleh balik selalu.

      حذف
  13. Mudah nk tanam rupanya.. nina biar luar rumah baha itupun org bagi

    ردحذف
  14. Wahhhh... tetap nampak cantik menjalar gitu kak.. hahahaha.. tapi tuhla... ada masa mesti mata nampak serahbuttt.. kan

    ردحذف
    الردود
    1. Memang cantik menjalar. Tapi dah panjang sangat entah kemana kemana, terpaksa juga potong. Biar clear kejap ruang tu. hihi

      حذف
  15. tapi kan, akak suka plak tgk yg serabut tu, fiza.
    penyeri dinding :)

    ردحذف
    الردود
    1. Hihi..sayang sebenarnya nak potong. Tapi tak tahu nak sangkut mana dah sebab dah ke lantai. Tu yang potong gak tu. Takpe, nanti dia tumbuh semula :)

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.