Embun Pagi Dan Selepas Hujan

Sekarang ni masuk je waktu petang je hujan. Asal hujan je petang. Asal petang je hujan. Begitulah cuaca sejak seminggu dua bermusim tengkujuh ni. Elakkan lah pergi bercuti di tempat-tempat yang berisiko tanah runtuh, banjir, kepala air dan macam-macam lagi bencana.

Dalam keadaan cuaca yang kurang baik kita duduk dirumah je lah. Bawa bawa bertenang dan santai santai je dirumah. Hujan bawa rahmat kan. Bersyukur dan berdoalah kita. Itulah sebaiknya. 

Semasa berkampung di kampung beberapa hari lepas. Pagi pagi saya perhatikan embun pagi di pokok pokok. Mana yang menarik saya akan potretkan dia. Mata tertancap pada embun pagi di daun bunga mawar merah jambu. Kagum dengan kejadian embun pagi di daun ni.

Ehh cantiknya embun pagi di daun bunga mawar ni. Berbeza dengan embun pagi di ujung daun Semua sepesen gitu embunnya. Betul betul cantik terletak disekelilingi daun.

embun pagi di daun

baca juga : bagaimana proses terjadinya embun

Setelah embun pagi lenyap. Petang pula dibasahi air hujan yang turun mencurah curah. Ada satu hari tu lebat betul disusuli dengan kilat dan petir. Kalau hujan je takpe lagi. Bila ada kilat dan petir tu yang buat takut.

Masa tu baru pukul 5 petang tapi dah macam nak maghrib dah suasana gelapnya. Tertangkap pulak gambar penyepit baju di ampaian bersama titisan air selepas hujan. Eh, nampak semut seekor kat situ. 
 Gambar Selepas Hujan

Nampak pulak daun giant golden pothos baru nak berkembang. Nampak segar selepas disirami air hujan. Ada juga beberapa titisan air. Tiada pelangi selepas hujan, sebaliknya ada titisan air yang cantik terbentuk.

Gambar Selepas Hujan

Doa Ketika Hujan

Daripada 'Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW tatkala melihat hujan, Baginda akan berdoa:

اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
(Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat)

(Hadith riwayat al-Bukhari, no. 1032, an-Nasaie, no. 1532, Ibn Majah, no. 3890, Ahmad, no.23448)

sumber : http://myhadith.islam.gov.my/index.php/bm/semua-mutiara-hadith/1023-doa-ketika-hujan

8 comments:

  1. Embun di keliling daun tu macam anak-anak pokok setawar yang tumbuh keliling daun..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah kan. Baru teringat kat pokok setawar. Suka simpan dalam buku. Nanti tumbuh daunnya

      Delete
  2. tempat saya ni dah berapa hari dah hujan pagi... kalau tak keje mau sambung tido smpi tghari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pagi pagi hujan rasa nak sambung tidur je lah kan.

      Delete
  3. Uiks boleh nampak semut hitam yang kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ambil tak perasan pun. Dalam gambar baru terperasan kak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.