Karipap IKEA Yang Dirindui

Pergi IKEA wajib beli karipap IKEA ni. Itulah saya lah. Selama berkali kali pergi IKEA tak pernah sekali makan kat IKEA. Percaya tak? Meatball IKEA ke apa ke tak pernah makan lagi. Setiap kali lalu tempat makan tu jarang lah tak penuh.

Selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dapat merentas negeri bolehlaah jejak IKEA ni dapatlah membeli dan merasa karipap IKEA yang dirindui setelah sekian lamanya. 

Biasa akan beli 2 bungkus untuk stok makan-makan. Esoknya saya panaskan mana yang tinggal, barulah sempat ambil gambar.

Selepas dipanaskan dalam microwave selama 2 minit beginilah rupa dia. Tak seelok selepas beli. Tapi rasa dia tetap sedap. 

Karipap IKEA

Karipap  IKEA tahan berapa lama ye? 

Sehari dua saya letak dalam peti ais okay je bila dipanaskan. Lebih dari itu tak pernah lagi. Asalkan kita simpan elok, eloklah dia kot.

Lama tak jejak IKEA, tahu tahu air mineral pun dah bertukar wajah. Dari botol plastik ke karton pulak. Sejak bila bertukar ni? 

Air Minuman IKEA

24 comments:

  1. Aini tak pernah try karipap IKEA ni.. Memang ramai kata sodap.
    Botol air mineral dia nampak menarik.. bagus2 reduce plastic save earth..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seedap! Nanti trylah beli dan rasa.
      Yep, bagus lagi tukarkan plastik ke kertas kan :)

      Delete
  2. saya pun tak tau sejak bila Ikea tukar packaging air. Tapi baguslah lebih mesra alam. Dah lama tak pergi Ikea. Kalau weekend memang memanjang ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, ingatkan air apa. Rupanya air mineral je. Yep, baguslah lebih mesra alam. Kot cuti weekdays boleh terjah IKEA pulak Sal.

      Delete
  3. Rasa karipap tetap sedap walaupun rupa berubah sikit, kira berbaloilah membelinya tu.
    Eh, air mineral pun dah pindah tempat ye dari botol plastik ke karton pulak dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat berbaloi. Harga berpatutan dan sedap.
      Ye, berpindah sudah dari plastik ke kertas :)

      Delete
  4. Suka karipap, rindu jugakk, memang lama tak ke ikea, sekarang air mineral dalam bekas baru ye, terima kasih kongsi, sekali pandang macam kotak air kelapa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pergi weekdays baru tak sesak selesa sikit. Ye kak, bekas baru sudah. Hihi..macam air minuman berperisa, kan.

      Delete
  5. Hahahaha sedih lah nih, dah lamaaa tuh IKEA buka Kat Indonesia, tak pernah saya kesana kak 🤣. Dan mau buka cabang keduapun, masih juga belum sempat melihat2. Padahal penasaran Ama meatballs nya tuh. Kalo karipapnya, ntahlaah, tak pernah dengar. Rata-rata teman yg kesana selalunya hanya cerita meatballs IKEA. Rasanya memang perlu sesekali ajak husband main kat Ikea 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya kena datang IKEA tu nanti. Boleh cuba meatball dan karipap IKEA.

      Delete
  6. Sedapnya karipap ikea..feel sebab ada telur rebus.Dah lama anak-anak tak belikan saya karipap ni...agaknya kalau dibekukan tahan lagi lama kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap! Mungkinlah tu kot boleh tahan lama kalau dibekukan.

      Delete
  7. ada dalam setahun ni kot rasanya depa tukar mineral water tu

    ReplyDelete
  8. Aduh akak teringin bebola IKEA. Lama tidak singgah. Akak pula tidak pernah makan karipap di sana. Hehe terbalik pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh terbalik pulak kita. hihi..saya tak pernah masuk cafe tu kak.

      Delete
  9. ahad lepas pon pergi ikea, memandangkan beratur panjang giler, terus tak jadi masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabtu ahad dah tentu sesak. kot ada cuti tu boleh lah ke IKEA on weekdays kan.

      Delete
  10. 2 kali naik KL, berniat nak ke ikea.
    tak dpt, fiza. aktiviti kat rumah amat la full :) hi hi hi...
    rindu karipap ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak aktiviti tu. Takpelah, mungkin rezeki lain kali tu :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.