Ke IKEA Selepas PKP

Dari Kuala Pilah, kita ke Salak Selatan hantar mak ke rumah adik ipar pulak. Alang alang dah dekat dengan IKEA tu, singgahlah sekejap. Ada keperluan nak dibeli. Nak beli swivel chair workspace baru menggantikan snille swivel chair lama yang dah pecah tepi shell dia. Sakit uii kalau tersepit.

IKEA pulak dah stop production shell tu. Nak tak nak kena beli kerusi baru sebab tak ada shell yang sepadan. Lama bertahan snille swivel chair putih tu sejak 2017. Workspace pun dah baru dan berpindah tempat.

baca juga :  minimalist perabot IKEA
https://www.azhafizah.com/2021/06/minimalist-dekorasi-perabot-ikea.html 

Saya gantikan dengan  Renberget swivel chair bomstad black sepadan dengan meja warna hitam. Top seller betul swivel chair yang satu ni. Barang baik baru masuk terlajak laris terus sampai tengok kat website out of stock (OOS). Walaupun dah tahu OOS tetap nak pergi IKEA jugak selepas PKP ni.

Dapat cuci mata pun jadilah kan. Tapi ada je lah yang mengikut balik. Dah sampai tak kan tak beli apa apa. 

Kot kot lah ada stok. Ye, memang ada! Harga pun kaw kaw murah dari harga sebenar. Harga RM189 tulis kat situ. IKEA pun tengah ada sale sekarang. Dapatlah harga RM139. Berbaloi bukan?

Sempat jugaklah jalan-jalan di showroom IKEA sekali lalu. Ambillah gambar sekeping dua. Orang tak ramai sangat sebab pergi weekdays kan. Masuk ke IKEA kena scan MySejahtera lah macam biasa dan tunjuk pada pak guard

Mestilah Fully vaccinated. Lepas tu kena beratur untuk scan suhu badan. 

showroom IKEA dapur
bukan kerusi ini yang dimaksudkan. Dapur idaman.

Kat showroom singgah membelek bahagian kerusi je lah. Dah nak beli kerusi kan cerita dia. Tengok pada tag, stok masih ada. Limited quantity tapi. Jadi, cepat cepatlah ke bahagian perabot layan diri kat bawah. Sekali tengok kat rak tu dah habis!

Tak sempat kecewa, rupanya ada stok sikit lagi letak tempat lain. Apedaaaa...mempermainkan perasaan orang je tau! 
 
Tak IKEA lah kalau tak bergambar di Kawasan perabot layan diri @ self-serve furniture area ni kan. Mandatory IKEA photo spot. Dah banyak kali pergi, kalini tiba tiba mood nak bergambar kat seksyen rak rak ni pulak.

Mandatory IKEA photo spot

Sejak dah menggemuk ni jarang betul nak ambil gambar. Ghisauuu aaa ghisaauuu...

Gambar kerusi dah siap pasang tak ambil gambar lagi sebab workspace tengah serabut. Belum sempat kemas. Mana nak kemas, mana nak siapkan design, mana nak photoshoot produk lagi. Rasa tak cukup satu otak nak kena banyak fikir.


24 comments:

  1. ni kalau masuk selalu sangkut dekat show room.hu3.berbelinya tak pun.saja suka datang cuci mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat cuci mata tengok showroom pun jadilah kan. Berposing sekeping dua gambar.

      Delete
  2. K ret pun dh lm x jejak ikea.. Kadang x tau nk beli apa hehe tp suka tgk brg2 dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan jalan tengok pun best gak. Exercise berjalan :)

      Delete
  3. nak masuk ikea ni kena bersedia mental fizikal. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..bukan setakat mental fizikal. Duit lebih kena sedia gak tu :)

      Delete
  4. Syok pi IKEA waktu weekdays ni.. leh kira la brape orang ada kan..
    Haiih bila la ni pi ni.. kerja dh full day kerja dh..
    Kene la ambik cuti klau camni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, weekdays PKP ni macam kurang ramai. Tapi cafe macam biasa ramai orang. Bolehlah kalau nak mengira yang masuk showroom tu. Selain tu tak terkira jugak.
      Kena ada cuti weekdays baru best pergi IKEA :)

      Delete
  5. tak pernah lagi ambil gambar kat area perabot layan diri. kalau dah masuk Ikea rasa tak best kalau keluar dengan tangan kosong. habis-habis pun senduk sebatang or kusyen tabur sebiji. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru rasa teringin Sal. nanti jangan lupa ambik gambar kat situ tau.
      Kann..rasa kekok pulak tak bawak apa apa..hihi

      Delete
  6. Dapat juga kerusi yang dicari Alhamdulillah. Biasa ambil gambar kat showroom, cantik gambar kat rak-rak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dapat juga. Showroom kadang tak kosong. ada je orang ambil gambar, malas nak tunggu. Hehe...

      Delete
  7. Saya rasa, alasan saya tak pernah ke IKEA sampai sekarang nih, karena takut khilaf belanja furniture tak ingat budget 🤣🤣. Tapi pernah niatkan dalam hati, kalo nanti ada plan nak renovate rumah, barulah pigi Kat Ikea liat2 perabot tuh 😁.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang bahaya tu. Risau over berbelanja. Kalau renovate atau pindah masuk rumah baru, serba IKEA pun menarik.

      Delete
  8. Saya pun dulu suka bergambar...Bila menggemuk lama tak bergambar..Lately ni ja bergambar semula sebab sedar kalau nak tunggu kurus entah bila🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe..ambil je gambar kurus atau gemuk. Tulah kadang mood malas tu mendahului mood rajin.

      Delete
  9. Yeay dapat beli. Tidak sia-sia singgah IKEA. Kira rezeki bawa pulang.

    ReplyDelete
  10. waktu PKP ari tu, 3 parcel ikea landing rumah akak, fiza :)
    kebetulan postage rm10 je, sakan le akak membeli.
    dah tu, ke ikea nanti aim beli karipap aje. takde nak beli benda lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah..masa tu barang yang nak dibeli tak ada yang available for delivery. Sakan membeli tu kak. yelah kan time pkp duduk rumah, mendeko ada aktiviti jugak.

      Delete
  11. Replies
    1. Kat showroom, semua decor dan setting cantik memang rambang mata dibuatnya kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.