Ke IKEA Selepas PKP
Dari Kuala Pilah, kita ke Salak Selatan hantar mak ke rumah adik ipar pulak. Alang alang dah dekat dengan IKEA tu, singgahlah sekejap. Ada keperluan nak dibeli. Nak beli swivel chair workspace baru menggantikan snille swivel chair lama yang dah pecah tepi shell dia. Sakit uii kalau tersepit.
IKEA pulak dah stop production shell tu. Nak tak nak kena beli kerusi baru sebab tak ada shell yang sepadan. Lama bertahan snille swivel chair putih tu sejak 2017. Workspace pun dah baru dan berpindah tempat.
IKEA pulak dah stop production shell tu. Nak tak nak kena beli kerusi baru sebab tak ada shell yang sepadan. Lama bertahan snille swivel chair putih tu sejak 2017. Workspace pun dah baru dan berpindah tempat.
baca juga : minimalist perabot IKEA
https://www.azhafizah.com/2021/06/minimalist-dekorasi-perabot-ikea.html
Saya gantikan dengan Renberget swivel chair bomstad black sepadan dengan meja warna hitam. Top seller betul swivel chair yang satu ni. Barang baik baru masuk terlajak laris terus sampai tengok kat website out of stock (OOS). Walaupun dah tahu OOS tetap nak pergi IKEA jugak selepas PKP ni.
Dapat cuci mata pun jadilah kan. Tapi ada je lah yang mengikut balik. Dah sampai tak kan tak beli apa apa.
Saya gantikan dengan Renberget swivel chair bomstad black sepadan dengan meja warna hitam. Top seller betul swivel chair yang satu ni. Barang baik baru masuk terlajak laris terus sampai tengok kat website out of stock (OOS). Walaupun dah tahu OOS tetap nak pergi IKEA jugak selepas PKP ni.
Dapat cuci mata pun jadilah kan. Tapi ada je lah yang mengikut balik. Dah sampai tak kan tak beli apa apa.
Kot kot lah ada stok. Ye, memang ada! Harga pun kaw kaw murah dari harga sebenar. Harga RM189 tulis kat situ. IKEA pun tengah ada sale sekarang. Dapatlah harga RM139. Berbaloi bukan?
Sempat jugaklah jalan-jalan di showroom IKEA sekali lalu. Ambillah gambar sekeping dua. Orang tak ramai sangat sebab pergi weekdays kan. Masuk ke IKEA kena scan MySejahtera lah macam biasa dan tunjuk pada pak guard.
Sempat jugaklah jalan-jalan di showroom IKEA sekali lalu. Ambillah gambar sekeping dua. Orang tak ramai sangat sebab pergi weekdays kan. Masuk ke IKEA kena scan MySejahtera lah macam biasa dan tunjuk pada pak guard.
Mestilah Fully vaccinated. Lepas tu kena beratur untuk scan suhu badan.
bukan kerusi ini yang dimaksudkan. Dapur idaman. |
Kat showroom singgah membelek bahagian kerusi je lah. Dah nak beli kerusi kan cerita dia. Tengok pada tag, stok masih ada. Limited quantity tapi. Jadi, cepat cepatlah ke bahagian perabot layan diri kat bawah. Sekali tengok kat rak tu dah habis!
Tak sempat kecewa, rupanya ada stok sikit lagi letak tempat lain. Apedaaaa...mempermainkan perasaan orang je tau!
Tak IKEA lah kalau tak bergambar di Kawasan perabot layan diri @ self-serve furniture area ni kan. Mandatory IKEA photo spot. Dah banyak kali pergi, kalini tiba tiba mood nak bergambar kat seksyen rak rak ni pulak.
Gambar kerusi dah siap pasang tak ambil gambar lagi sebab workspace tengah serabut. Belum sempat kemas. Mana nak kemas, mana nak siapkan design, mana nak photoshoot produk lagi. Rasa tak cukup satu otak nak kena banyak fikir.
ni kalau masuk selalu sangkut dekat show room.hu3.berbelinya tak pun.saja suka datang cuci mata.
ردحذفDapat cuci mata tengok showroom pun jadilah kan. Berposing sekeping dua gambar.
حذفK ret pun dh lm x jejak ikea.. Kadang x tau nk beli apa hehe tp suka tgk brg2 dia
ردحذفJalan jalan tengok pun best gak. Exercise berjalan :)
حذفnasib dapat juga kerusi..hehe
ردحذفItulah tu, rezeki juga ada stok lagi tu.
حذفnak masuk ikea ni kena bersedia mental fizikal. haha
ردحذفHahaha..bukan setakat mental fizikal. Duit lebih kena sedia gak tu :)
حذفSyok pi IKEA waktu weekdays ni.. leh kira la brape orang ada kan..
ردحذفHaiih bila la ni pi ni.. kerja dh full day kerja dh..
Kene la ambik cuti klau camni..
Iye, weekdays PKP ni macam kurang ramai. Tapi cafe macam biasa ramai orang. Bolehlah kalau nak mengira yang masuk showroom tu. Selain tu tak terkira jugak.
حذفKena ada cuti weekdays baru best pergi IKEA :)
tak pernah lagi ambil gambar kat area perabot layan diri. kalau dah masuk Ikea rasa tak best kalau keluar dengan tangan kosong. habis-habis pun senduk sebatang or kusyen tabur sebiji. hehe
ردحذفSaya pun baru rasa teringin Sal. nanti jangan lupa ambik gambar kat situ tau.
حذفKann..rasa kekok pulak tak bawak apa apa..hihi
Dapat juga kerusi yang dicari Alhamdulillah. Biasa ambil gambar kat showroom, cantik gambar kat rak-rak tu..
ردحذفAlhamdulillah..dapat juga. Showroom kadang tak kosong. ada je orang ambil gambar, malas nak tunggu. Hehe...
حذفSaya rasa, alasan saya tak pernah ke IKEA sampai sekarang nih, karena takut khilaf belanja furniture tak ingat budget 🤣🤣. Tapi pernah niatkan dalam hati, kalo nanti ada plan nak renovate rumah, barulah pigi Kat Ikea liat2 perabot tuh 😁.
ردحذفItu yang bahaya tu. Risau over berbelanja. Kalau renovate atau pindah masuk rumah baru, serba IKEA pun menarik.
حذفSaya pun dulu suka bergambar...Bila menggemuk lama tak bergambar..Lately ni ja bergambar semula sebab sedar kalau nak tunggu kurus entah bila🤣
ردحذفHehehehe..ambil je gambar kurus atau gemuk. Tulah kadang mood malas tu mendahului mood rajin.
حذفYeay dapat beli. Tidak sia-sia singgah IKEA. Kira rezeki bawa pulang.
ردحذفAlhamdulillah..tak pulang dengan kekecewaan :)
حذفwaktu PKP ari tu, 3 parcel ikea landing rumah akak, fiza :)
ردحذفkebetulan postage rm10 je, sakan le akak membeli.
dah tu, ke ikea nanti aim beli karipap aje. takde nak beli benda lain.
A ah..masa tu barang yang nak dibeli tak ada yang available for delivery. Sakan membeli tu kak. yelah kan time pkp duduk rumah, mendeko ada aktiviti jugak.
حذفRambang mata tengok showroom yg cantik2 di ikea
ردحذفKat showroom, semua decor dan setting cantik memang rambang mata dibuatnya kan.
حذف