Header Ads

Keputusan Pemenang ABPBH 34 2021-Anugerah Bintang Popular BH

ABPBH 34,  Anugerah Bintang Popular BH ke-34 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini Sabtu 13 November 2021 jam 9.00 malam menampilkan tema “#KITABERSAMA”.

Malam  Anugerah Bintang Popular BH ke-34 tahun ini diadakan secara virtual kerana tiada kehadiran penonton berikutan patuh kepada SOP kerana penularan wabak Pandemik COVID-19.

MenampilkanSherry Alhadad sebagai hos utama. Hos karpet merah akan dikendalikan oleh pelakon Izzue Islam dan penyanyi serta pengacara iaitu Sissy Iman.

Persembahan pentas ABPBH 34 disajikan  dengan persembahan Kaka Azraff, Ella, Zizi Kirana, Fauziah Latiff, Aina Abdul, Man Kidal, Datuk Zainal Abidin, Hazama, Haqiem Rusli, Ramlah Ram, Jay Jay, Syamel, Anuar Zain dan penyanyi lagu parodi, Azman Naim 44 Mantra.

Pemenang yang terdiri daripada calon lima teratas bagi 13 kategori utama, dan lima kategori online dipertandingkan diumumkan sebaik sahaja acara anugerah berprestij berlangsung.

Keputusan Pemenang ABPBH 34 2021


Keputusan Pemenang ABPBH 2021 Anugerah Bintang Popular BH ke-34

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) bukan sekadar bakat semata-mata kerana ada banyak kategori yang dipertandingkan dalam anugerah tersebut. Keputusan pemenang bergantung atau ditentukan sepenuhnya melalui undian seratus peratus yang dibuat oleh pembaca akhbar Berita Harian dan juga peminat.

Pemenang kategori Utama dan Bintang Paling Popular ABPBH 34 pula dipilih berdasarkan kiraan undi tertinggi yang diterima oleh BH dan mekanisme yang sama juga digunakan untuk pemilihan pemenang bagi kategori online.

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular ABPBH 2021

Pemenang Utama Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 34

Janna Nick


Kategori Utama

Artis Baharu Lelaki Popular : Dinie Rashid
Artis Baharu Wanita Popular : Dolla
Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi : Haqiem Rusli
Penyanyi Wanita Popular Xiaomi : Siti Nordiana
Pelakon Filem Lelaki Popular : Fattah Amin
Pelakon Filem Wanita Popular : Janna Nick
Pelakon TV Lelaki Popular : Ben Amir
Pelakon TV Wanita Popular : Siti Saleha
Artis Versatil Popular : Siti Nordiana
Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular : Aina Abdul & Khai Bahar
Artis Komedi Popular : Asif Suhaimi
Pengacara TV Popular : Janna Nick
Penyampai Radio Popular : DJ Lin
Watak Animasi Popular : Ejen Ali
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Datuk Habsah Hassan

Kategori Online

Gandingan Serasi Drama Popular : Kamal Adli & Uqasha Senrose
Gandingan Serasi Filem Popular : Wanna Ali & PU Riz
Watak Antagonis Popular : Liza Abdullah
YouTuber Popular : Aqil Zulkefli
Artis Tiktok Popular : Khai Bahar
Anugerah FANtastik Popular : Siti Nordiana FC


هناك 24 تعليقًا:

  1. Youtuber popular hahaha uyum minat sangat tu. Kemain dia hepi mlm td tgk

    ردحذف
  2. wahh Janna Nick menang
    tak tgk smlm tak perasan ada ABH ni

    ردحذف
    الردود
    1. Yep, saya pun tengok sikit sikit je. Virtual ni macam kurang sikit.

      حذف
  3. Tahun Janna Nick rupanya. Akak terfikir siapa paling popular rupanya sudah terjawab persoalan.

    ردحذف
  4. Saya dok tengok gambar sapa tu yang pakai costum bunga ros hitam tu melintas wall...hihihi

    ردحذف
  5. Kalau dulu ada jer ABPBH ni pasti akan duduk depan tv nak tgok...tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni dah x suka tgok...faktor umur agaknya

    ردحذف
  6. Dah agak dia..... tapi yang Fattah Amin tu, tak sangka jugak.. Haha.. Apa pun, rezeki la memasing.. ye dak...

    ردحذف
  7. oic.
    tak tau pun ada program ni, fiza :) hi hi hi
    tahniah kpd semua pemenang.

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.