Maggi Kari Cili Api Pek Baharu

Satu hari tu, teringin makan maggi kari tapi stok maggi kari tak ada. Yang ada pama. Pama pun pama lah. Perut lapar, apa yang ada kita bedal je lah. Jangan banyak cerita.

Beberapa hari lepas tu encik suami baru beli stok maggi. Eh, macam lain je pek maggi ni. Ohh maggi kari cili api pek baharu rupanya. Tambah cili api lah ni, kan? Wahh ini sudah bagus, tak payah tambah cili dah lah macam ni.

Terpampang tulisan cili api tu buat rasa tak sabar nak rasa. Yelah, jenis pempedas kan. Masaklah 2 bungkus untuk makan malam berdua. Sorang sebungkus sudah.

Tapikan saya tertumis bawang putih dengan cili jugak. Dah terbiasa dengan resipi maggi kari tumis bawang putih dan cili api, begitulah. Lupa! Patut tumis bawang putih je lah. Takpelah, bajet boleh tahan pedas lah nanti.
 
Orang Johor dengan Nismilan kan, takkan tak tahan pedas. Sayur sawi tak ada, letak telur je lah rencah dia. Maggi kari telur je pun boleh lah. 

Masa saya masukkan perencah kari tu, ada lah cebisan cili. Biasanya serbuk kari halus je. Warna kuahnya pulak jadi merah betul. 
  
Maggi Kari Cili Api Pek Baharu

Sedap ke tidak? Pedas ke tidak? Maggi kari cili api review dari saya, pedas tu macam pedas pedas serbuk cili. Pedas sikit dari maggi kari biasa. Tambah lagi pedas sbila erbuk cili bergabung dengan cili api sebenar yang saya tumis tu. 

Siapa suka pedas okaylah boleh cuba kari cili api ni. Tapi lagi sedap maggi kari biasa tu tumis cili api dan bawang putih. Tambah sayur sawi, tambah telur dah cukup sedap dah tu.

Maggi Kari Cili Api Pek Baharu

Kat bawah ni cara masak maggi 2 minit dari Maggi.

MAGGI® 2-Minit Kari Cili Api

Alami sensasi lazat gempak berapi-api dengan MAGGI®LETUP®Kari Cili Api
Biar berapi lidah dengan penangan pedas yang meletup-letup lazatnya, baru puas! Ada berani?
Ramuan
Kepedasan asli daripada ekstrak cili merah menyala-nyala, cili kering dan rempah kari sebenar.

Cara pedas puas dengan MAGGI® LETUP® Kari Cili Api

Langkah 1 : Didihkan 2 cawan air (360ml) di dalam periuk
Langkah 2 : Masukkan MAGGI®LETUP®Kari Cili Api dan perencahnya, masak selama 2 minit
Langkah 3 : Kacau rata, lepas tu siap! Sedia dinikmati.

sumber : maggi

25 comments:

  1. Replies
    1. Mahu tak berasap telinga makan pedas pedas rempah ni. huhu..

      Delete
  2. Hehe klau bagi suami Aini makan mau berpeluh2 dia..
    Klau Aini makan berapa gelas air dh Aini minum nnt..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pedas rempah ni dia lain sikit. kena guna cili api sebenar sedap lagi.

      Delete
  3. Fuh ssedap ni..belum pernah cuba yang ni..rasa nak cuba la pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pedas sikit dari biasa kak. Boleh cuba kalau nak rasa :)

      Delete
  4. Wah...belum jumpa lagi...Nanti kalau jumpa boleh grab ni...jimat cili padi kat rumah..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jumpa jangan lupa beli sebungkus. Hihi..pedas dia pedas rempah jugak. letak cili padi sebenar sedap lagi :)

      Delete
  5. saya pencinta mee segera, kalau sedap ni boleh cari buat stock makanan di rumah

    ReplyDelete
  6. Daripada ulasan Fiza, megi tidak pedas sangat kan. Beli megi kari biasa nampaknya. Tidak payah cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya tak pedas sangatlah. mungkin dah biasa makan pedas kot. Beli maggi kari letak cili api sebenar lagi sedap kak :)

      Delete
  7. wah.. bole try ni tapi stok meggi banyak lagi... beli je lah, buat stok tambahan

    ReplyDelete
  8. Rempah dia tak berapa pedas kan...akak dah pernah cuba...sejak tu x beli lagi dah...masih setia ngan maggi kari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berapa sangat pedasnya walau tambah cili api. Kurang suka pedas rempah. Sedap lagi maggi kari dengan cili api sebenar. Dah terbeli ni kena habiskan jugaklah :)

      Delete
    2. oic. x brape sedap ek?
      akak pon kalau buat maggi kari / maggi ayam tu, fiza, sure letak potongan cili api tau. utk akak dan asben. sedap bila sedikit pedas cili api tu, kan.

      Delete
  9. Replies
    1. Packaging dia lain sikit je lyana. Rasa kurang sikit.

      Delete
  10. mcm akak tak pernah nampak ni, fiza.
    yg pedas giler tu pon lom pernah try. takot nak try :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni macam kurang promo je. Tak tahu lah ada lagi ke tidak. Kebetulan je nampak ni. Iklan dia tak perasan pulak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.