Makan Malam Selera Kebaratan
Kecelaruan selera si tekak terjadi lagi. Terasa-rasa nak makan sesuatu berasaskan keju. Dalam masa yang sama nak makan pizza. Erm...tempah Domino's pizza lah. Terbayang bayang dah new york crust pizza yang sedap tu.
Pemanis pun kena ada juga! Setiap kali beli Domino's pizza mesti beli banana kaya dessert ni. Beli saiz 6" pun dah mencukupi.
Memilih topping pizza saya serahkan pada encik suami. Sebab saya malas nak fikir, otak nak rehat.
Tuna Temptation
Topping : cebisan isi tuna, isi ketam, cendawan, bawang dan potongan nanas. Sos topping yang agak berkrim dan berkeju. Macam rasa mayonnaise dan keju pun ada.Mana boleh beli pizza je. Nak jugak makan spaghetti.
Spaghetti bolognese chicken
Pada saya, spaghetti bolognese chicken Domino's ni biasa biasa je rasa dia. Tak ada keistimewaan pada sosnya. Tomato herb spaghetti The Coffee Bean & Tea Leaf juga yang betul betul menepati selera.Pemanis pun kena ada juga! Setiap kali beli Domino's pizza mesti beli banana kaya dessert ni. Beli saiz 6" pun dah mencukupi.
Banana kaya dessert
Topping : potongan pisang, kaya pandan manis, keju dan taburan gula aising. Rasa manis tu dah tentulah tapi tak lah terlalu manis. Manis yang masih boleh diterima.Tak ketinggalan, beli stuffed cheddar bites juga. Biasanya akan beli fabulous four ada 4 menu tu 3 jenis roti dan ayam. Tapi disebabkan macam banyak sangat nak dimakan. Beli porsi sedikit kecil dari biasa.
Stuffed cheddar bites
Roti gulung mini dengan chicken pepperoni dan cheddar cheese. Kena makan panas panas baru ada kesan keju tarik tu. Dan tekstur luaran dia agak crispy. Sedap!
Bila beli Domino's ni senang guna delivery by Domino's juga. Lebih mudah dan jimat sikit berbanding food delivery by foodpanda atau grab. Itupun sebab masih dalam coverage area lagi.
wah sedapnya. lama dah tak makan dominos huhu
ReplyDeleteLepas ni bolehlah order :)
DeleteSedappnya
ReplyDeleteYep, sedap!
DeleteHaah unik piza pisang itu. Boleh diterima tekak.
ReplyDeleteAkakpun baru makan piza Domino minggu lepas.
Hehe lepas gian makanan Barat Fiza pesan banyak-banyak jenis makanan.
sedap juga banana kaya tu kak.
DeleteAkak order menu apa?
Alang alang membeli, sekalikan menu lain :)
Syu suka banana kaya desert tu. Sedapnya. Nak beli lah nanti. Boleh guna voucher yang hari tu.Hi3.
ReplyDeleteSedap kan. buat minum petang ke lapar lapar ni memang layan lah.
DeleteDominos kaya dengan voucher, nak suruh kita beli dan beli. Hihi...
lama tak makan pizza. tak pernah try spaghetti domino's. Banana kaya tu memang sedap
ReplyDeletespaghetti dominos pada saya biasa biasa je. Sedap lagi coffee bean lah.
DeleteYep, kita geng suka banana kaya :)
wahhh ni selera itali ni.. hehe
ReplyDeletesume nmpk sedap.. mngkin sebab tgh puasa ni.. haha
Sesekali Ezy.
DeleteMungkin jugak tu. Bila puasa ni semua nampak sedap.
sesekali layan jugak kan dik....
ReplyDeleteYe kak Dana. Sesekali je lah. Itupun kalau teringin.
Deletewah. english style lah dia :) hi hi hi...
ReplyDeleteok la tu, fiza. sesekali kebaratan, onz aje kan.
Selera berubah kadang. Layankan je.
Deletetak pernah lg rasa pizza tuna temptation tu. yg laen tu pernah la jugak rasa
ReplyDeleteNanti cuba tau yang pizza tuna temptation kalau suka tuna lah.
Deletehehehe.. dah cuba dah isnin lepas.. ok lah sedap juga pedas2..
DeleteHihi.lajuuu..kira sedap jugaklah tu kan :)
DeleteSedap belaka nampaknyaa pilihan hati Fiza & suami :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..kena dengan selera.
DeleteBiar kecelaruan selera..Jangan kecelaruan identiti..bahaya🤣
ReplyDeleteItu sangat bahaya mama cella. Hihi...
Deleteuii...semua sedap sedap. Tapi hari ni terasa rasa nak sangat makan menu timur tengah..hahah
ReplyDeleteYe, sedap sedap ni. Nasi Arab ke tu?
DeleteAkak pun suka makan piza Domino, sedap.
ReplyDeleteBanana kaya dessert tu pernah makan, tapi tak berapa kena selera akak. Semakin tambah umur, nampaknya semakin sensitif dengan rasa manis.
Setuju! Pizza Dominos mostly sedap sedap. Ohhh mungkin pada akak terlalu manis kot. Faham faham...
Deletekeinginan tekak ni kadang sukar dijangka Fiza. Kadang dah masak elok, dan ada dua tiga lauk, eh tekak nak makan pizza la..burger la..adoi
ReplyDeleteBetul tu kak. Mengada tekak ni kadang. Hahaha...
DeleteMacam pernah rasa otak nak berehat... Hehe.. Nampak juicy berkerim pizza tuna domino, roti pepperoni mengacam juga..
ReplyDeleteOtak memang perlukan rehat. Kita je yang lalai. huhu...
Deletesemua sedap sedap kak :)
mak aiii masuk sini nampak pizza.... ok kita order pizza la lunch ni hahaha
ReplyDeleteSilakan order juga. Selamat berdominos :)
DeleteTuna pizza Domino's itu best!!! Favorit saya tiap kali nak pizza 😄. Kadang kalo dah bingung nak varian apa, sudahlaaah tuna pizza pasti jadi pilihan 👍🏿😄
ReplyDeleteYaa, kalau suka tuna pasti suka topping pizza tuna temptation ni.
DeleteJarang makan dominos... Tapi memang sedap Dominos ni... Nanti check voucher yg ada, still valid ke tak agaknya... Hahaa.. teringin pulok
ReplyDeleteCheck jangan tak check nona. Boleh beli dan save sikit.
DeleteTuna Temptation ni favourite akak. Memang kalau order Domino's akak pilih yang ini.
ReplyDeleteOh ya? Saya baru cuba tuna temptation ni. Sedap!
DeleteSedap eh banana kaya desert tu..Tak pernah cuba lagi.. Lama gila tak makan Dominos.. hehehe
ReplyDeleteBoleh tahan sedap jugak kaksha. nanti cubalah. kot berkenan dan kena dengan selera.
DeleteSuka banana tu rasa mcm nice di tekak hehehe
ReplyDeleteSedap makan panas panas. Kalau makan sejuk liat sikit dan kurang sikit kesedapan dia.
Deletetak pernah lagi try spagetti dominos.. Selalu order pizza je. Boleh try juga nanti. Naniey kalau order pizza wajib order pepperoni. Tak tahu la dri dulu memang suka jenis ni je. Yang lain makan sekeping je. Kalau pepperoni boleh makan 2-3 keping.. Hehe..
ReplyDeleteBoleh cuba nanti nanti. Pilih yang ada pepperoni. Dah favourite yang tu je kan. Yang lain mungkin tak kena dengan selera.
DeleteTunggu kyra balik asrama baru nak makan pizza. Tak sampai hati pulak nak makan tanpa peminat setia pizza
ReplyDeleteKena ada peminat pizza baru kita pun berselera sama nak makan pizza, kan...
Deleteahhhdapnyaaa.. favorite busyra tu tuna!
ReplyDeleteSedap sedap. Saya baru je cuba ni :)
Delete