Header Ads

Makan Malam Selera Kebaratan

Kecelaruan selera si tekak terjadi lagi. Terasa-rasa nak makan sesuatu berasaskan keju. Dalam masa yang sama nak makan pizza. Erm...tempah Domino's pizza lah. Terbayang bayang dah new york crust pizza yang sedap tu.

Memilih topping pizza saya serahkan pada encik suami. Sebab saya malas nak fikir, otak nak rehat. 

Tuna Temptation

Topping : cebisan isi tuna, isi ketam, cendawan, bawang dan potongan nanas. Sos topping yang agak berkrim dan berkeju. Macam rasa mayonnaise dan keju pun ada.

tuna temptation dominos

Mana boleh beli pizza je. Nak jugak makan spaghetti.

Spaghetti bolognese chicken

Pada saya, spaghetti bolognese chicken Domino's ni biasa biasa je rasa dia. Tak ada keistimewaan pada sosnya. Tomato herb spaghetti The Coffee Bean & Tea Leaf juga yang betul betul menepati selera. 

Spaghetti bolognese chicken

Pemanis pun kena ada juga! Setiap kali beli Domino's pizza mesti beli banana kaya dessert ni. Beli saiz 6" pun dah mencukupi.

Banana kaya dessert

Topping : potongan pisang, kaya pandan manis, keju dan taburan gula aising. Rasa manis tu dah tentulah tapi tak lah terlalu manis. Manis yang masih boleh diterima.

Banana kaya dessert

Tak ketinggalan, beli stuffed cheddar bites juga. Biasanya akan beli fabulous four ada 4 menu tu 3 jenis roti dan ayam. Tapi disebabkan macam banyak sangat nak dimakan. Beli porsi sedikit kecil dari biasa.

Stuffed cheddar bites

Roti gulung mini dengan chicken pepperoni dan cheddar cheese. Kena makan panas panas baru ada kesan keju tarik tu. Dan tekstur luaran dia agak crispy. Sedap!

stuffed cheddar bites

Bila beli Domino's ni senang guna delivery by Domino's juga. Lebih mudah dan jimat sikit berbanding food delivery by foodpanda atau grab. Itupun sebab masih dalam coverage area lagi. 

هناك 50 تعليقًا:

  1. Haah unik piza pisang itu. Boleh diterima tekak.
    Akakpun baru makan piza Domino minggu lepas.
    Hehe lepas gian makanan Barat Fiza pesan banyak-banyak jenis makanan.

    ردحذف
    الردود
    1. sedap juga banana kaya tu kak.
      Akak order menu apa?
      Alang alang membeli, sekalikan menu lain :)

      حذف
  2. Syu suka banana kaya desert tu. Sedapnya. Nak beli lah nanti. Boleh guna voucher yang hari tu.Hi3.

    ردحذف
    الردود
    1. Sedap kan. buat minum petang ke lapar lapar ni memang layan lah.
      Dominos kaya dengan voucher, nak suruh kita beli dan beli. Hihi...

      حذف
  3. lama tak makan pizza. tak pernah try spaghetti domino's. Banana kaya tu memang sedap

    ردحذف
    الردود
    1. spaghetti dominos pada saya biasa biasa je. Sedap lagi coffee bean lah.
      Yep, kita geng suka banana kaya :)

      حذف
  4. wahhh ni selera itali ni.. hehe
    sume nmpk sedap.. mngkin sebab tgh puasa ni.. haha

    ردحذف
  5. wah. english style lah dia :) hi hi hi...
    ok la tu, fiza. sesekali kebaratan, onz aje kan.

    ردحذف
  6. tak pernah lg rasa pizza tuna temptation tu. yg laen tu pernah la jugak rasa

    ردحذف
  7. Sedap belaka nampaknyaa pilihan hati Fiza & suami :)

    ردحذف
  8. Biar kecelaruan selera..Jangan kecelaruan identiti..bahaya🤣

    ردحذف
  9. uii...semua sedap sedap. Tapi hari ni terasa rasa nak sangat makan menu timur tengah..hahah

    ردحذف
  10. Akak pun suka makan piza Domino, sedap.
    Banana kaya dessert tu pernah makan, tapi tak berapa kena selera akak. Semakin tambah umur, nampaknya semakin sensitif dengan rasa manis.

    ردحذف
    الردود
    1. Setuju! Pizza Dominos mostly sedap sedap. Ohhh mungkin pada akak terlalu manis kot. Faham faham...

      حذف
  11. keinginan tekak ni kadang sukar dijangka Fiza. Kadang dah masak elok, dan ada dua tiga lauk, eh tekak nak makan pizza la..burger la..adoi

    ردحذف
  12. Macam pernah rasa otak nak berehat... Hehe.. Nampak juicy berkerim pizza tuna domino, roti pepperoni mengacam juga..

    ردحذف
    الردود
    1. Otak memang perlukan rehat. Kita je yang lalai. huhu...
      semua sedap sedap kak :)

      حذف
  13. mak aiii masuk sini nampak pizza.... ok kita order pizza la lunch ni hahaha

    ردحذف
  14. Tuna pizza Domino's itu best!!! Favorit saya tiap kali nak pizza 😄. Kadang kalo dah bingung nak varian apa, sudahlaaah tuna pizza pasti jadi pilihan 👍🏿😄

    ردحذف
  15. Jarang makan dominos... Tapi memang sedap Dominos ni... Nanti check voucher yg ada, still valid ke tak agaknya... Hahaa.. teringin pulok

    ردحذف
  16. Tuna Temptation ni favourite akak. Memang kalau order Domino's akak pilih yang ini.

    ردحذف
  17. Sedap eh banana kaya desert tu..Tak pernah cuba lagi.. Lama gila tak makan Dominos.. hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Boleh tahan sedap jugak kaksha. nanti cubalah. kot berkenan dan kena dengan selera.

      حذف
  18. الردود
    1. Sedap makan panas panas. Kalau makan sejuk liat sikit dan kurang sikit kesedapan dia.

      حذف
  19. tak pernah lagi try spagetti dominos.. Selalu order pizza je. Boleh try juga nanti. Naniey kalau order pizza wajib order pepperoni. Tak tahu la dri dulu memang suka jenis ni je. Yang lain makan sekeping je. Kalau pepperoni boleh makan 2-3 keping.. Hehe..

    ردحذف
    الردود
    1. Boleh cuba nanti nanti. Pilih yang ada pepperoni. Dah favourite yang tu je kan. Yang lain mungkin tak kena dengan selera.

      حذف
  20. Tunggu kyra balik asrama baru nak makan pizza. Tak sampai hati pulak nak makan tanpa peminat setia pizza

    ردحذف
    الردود
    1. Kena ada peminat pizza baru kita pun berselera sama nak makan pizza, kan...

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.