Marabahaya Underground
Marabahaya Underground, sebuah filem genre aksi komedi sukan permotoran. Marabahaya Underground cast menampilkan lakonan Hazama, Akim Ahmad, Cat Farish, Dayana Roza, MK K-Clique, Joey Daud, Jasmin Suraya, Santesh Kumar, Scha Elinnea dan ramai lagi.
Penggambaran sukan permotoran 'drift' dilakukan di Stunt Arena MAPS Ipoh, Gopeng, Tanjung Tualang, Teluk Intan, Batu Gajah, Johor, Cameron Highlands dan Genting Highlands.
Penulis skrip : Subroto Katimin
Pengarah : Helmi Yusof & Cat Farish
Produksi : D’edge Communication
Artis : F.U.N feat. Cat Farish
Filem Marabahaya Underground merupakan filem arahan bersama Helmi Yusof dan Cat Farish. Marabahaya Underground release date bermula 2 Disember 2021 di saluran Astro First.
Penggambaran sukan permotoran 'drift' dilakukan di Stunt Arena MAPS Ipoh, Gopeng, Tanjung Tualang, Teluk Intan, Batu Gajah, Johor, Cameron Highlands dan Genting Highlands.
FILEM MARABAHAYA UNDERGROUND
Tarikh tayangan : 2 Disember 2021Penulis skrip : Subroto Katimin
Pengarah : Helmi Yusof & Cat Farish
Produksi : D’edge Communication
SINOPSIS MARABAHAYA UNDERGROUND
Kisah komedi aksi yang mengisahkan kehidupan seorang pelajar yang berasal daripada Ipoh, Perak bernama Fison Hamdi (Akim Ahmad) atau mesra dipanggil Chon. Chon datang dari sebuah keluarga sederhana, memiliki sebuah kereta Myvi yang diubahsuai kepada sebuah kereta ‘sport dan ranggi’.Chon merupakan seorang pelajar di sebuah kolej di Ipoh yang amat meminati sukan Drift dan mengidolakan Shah Dhani (Hazama), seorang juara sukan drift di Ipoh. Gambar poster Shah Dhani terpampang di biliknya. Chon sering ke acara sukan Drift sama ada melihat pameran dan sertai di litar lumba dan dari situ dia mengagumi Shah Dhani.
Chon juga seorang pemuda yang rajin mencari duit dan fokus apa yang diimpikannya iaitu ingin memiliki sebuah kereta Drift. Untuk cari duit lebih, Chon menjadikan kereta Myvi miliknya sebagai grab car. Pelbagai gelagat lucu dan ragam sepanjang Chon memandu grab car. Manakala Shah Dhani, walaupun dia merupakan juara sukan drift tetapi dia sebenarnya mempunyai banyak masalah, punya hutang bertimbun dan sering diburu samseng.
Dia sanggup berlumba haram untuk melangsaikan hutangnya tetapi hutangnya masih gagal dilangsai. Pekerjaan utama Shah Dhani ialah sebagai pelumba lagak ngeri kereta drift di Taman Tema Movie Animation Park Studio (MAPS) di Ipoh, Perak iaitu taman tema animasi pertama di Asia.
Perkenalan Chon dan Shah Dhani bermula apabila Chon datang ke Taman Tema MAPS dan melihat Shah Dhani beraksi. Ketika sesi bergambar itulah Chon merayu kepada Shah Dhani agar mengambilnya sebagai anak murid. Bermula dari situ hubungan Chon dan Shah Dhani menjadi rapat. Chon belajar berlumba Drift dengan Shah Dhani baik di dalam track MAPS atau di litar haram hingga dia menjadi mahir.
Mereka berdua rapat juga dengan seorang ketua pomen di MAPS iaitu Ayai. Suatu hari Ayai menawarkan kepada Chon membeli sebuah kereta Drift iaitu Chon hanya perlu sambung bayar sahaja. Inilah impian yang ditunggu-tunggu. Atas dorongan dan idea daripada Ayai dan Shah Dhani, Chon bersetuju membeli kereta Drift itu.
Kereta Drift Chon dijadikan sebuah kereta grab car yang istimewa. Pelbagai gelagat daripada servis yang ditawarkan oleh Chon hinggalah perkenalannya dengan seorang gadis cantik bernama Intan Farhana. Untuk mendapatkan cinta Intan Farhana, pelbagai cara dilakukannya agar Intan Farhana melanggan grabnya.

PELAKON DAN WATAK
- Hazama sebagai Shah Dhani
- Akim Ahmad sebagai Fison Hamdi
- Joey Daud
- Jasmin Suraya
- Jian Wein
- MK K-Clique
- Santesh Kumar
- Dayana Roza
- Scha Elinnea
- Amzarul
- Cat Farish
- Zalif Sidek
LAGU TEMA (OST) FILEM MARABAHAYA UNDERGROUND
Lagu : RivalArtis : F.U.N feat. Cat Farish
Lagu : Gadai
Artis : Killa Driz
Artis : Killa Driz
macam best.
ردحذفKita tengok nanti best ke tidak.
حذفOh ada yang baru ya
ردحذفYe, filem baru akan datang.
حذفLama tak tgk cat farish berlakon
ردحذفNanti boleh lah tengok lakonan terbaru dia.
حذفshooting kat perak...ada loghat perak kot..
ردحذفTak pasti lah tu. Tapi Hazama banyak gak berlakon drama yang berloghat perak ni kan. Contohnya macam drama potong yang shoot kat lenggong tu.
حذفMacam best
ردحذفHarapnya bestlah nanti bila tengok :)
حذفMacam menarik, tentu mendebarkan, mencuit hati sama ni..
ردحذفFilem aksi ni mendebarkan lagi lagi sukan pemotoran. Ada kesempatan bolehlah tengok nanti.
حذفMenarik untuk ditonton
ردحذفBoleh tengok nanti :)
حذفwahhh ada akim lah! Wajib tengok ni
ردحذفye, ada Akim Ahmad. Selamat menonton :)
حذفMenarik ni ... tengah dok bayang kereta tu macam mana :)
ردحذفItu yang dinantikan juga tu. Kita tunggu dan tengok macamana rupanya nanti.
حذفPromosi negeri Perak secara tidak langsung.
ردحذفBetul, baru orang tahu tempat tempat menarik di Perak.
حذفWahhhhh.. favourite artis berlakonnn.. hihi
ردحذفJangan lupa tengok nanti tau :)
حذفAkim Ahmad ni yg suami Stacy tu ke? Boleh belakon dia ye
ردحذفYe, betullah tu. Banyak dah drama dan telefilem dia berlakon sebelum ni. Lakonan pun tak kayu.
حذف