Sarapan Pagi Di Warung Laman Nurani Kuala Pilah
Sementara tunggu temujanji mak dengan doktor kat hospital, saya dan encik suami plan nak sarapan pagi di Warung Laman Nurani Kuala Pilah. Dari menunggu saja kat parkir, lebih baik kita jalan-jalan cari makan. Faham je lah urusan di hospital ni kalau tak berjam jam tak sah.
Sebenarnya dah aim lama dah nak makan kat Warung Laman Nurani ni, cuma entah bila nak pergi tak tahu lah. Alang alang dah ada kat Kuala Pilah tu sebelum balik Seremban, kita singgah lah kejap bersarapan kat situ.

Apa yang menarik di Warung Laman Nurani Kuala Pilah?
Pertamanya, Warung Laman Nurani ada daya tarikan tersendiri. Unik! Warung yang didirikan di atas air kolam. Suasana kampung dikelilingi kehijauan. Itu yang buat rasa teringin sangat nak pergi. Nak feel suasana tu. Cantik pun cantik tempatnya.Keduanya menu, sebab ada mee bandung. Sebagai penggemar mi bandung, tengok mee bandung kat Warung Laman Nurani ni macam sedap je. Macam abah saya buat nampaknya. Bukan jenis kuah sos.
Memang dimasak fresh dari kuali. Bukan masak sekali dalam kawah dan panaskan. Nama menu pun mee bandung abah, memang sedap lah tu kan kalau abah abah masak.
Dua sebab tu je lah yang buat saya rasa nak datang sini. Saya tahu kewujudan Warung Laman Nurani ni pun sebab tertengok di youtube Akbar Sahari, pengacara sukan Astro Arena dulu kot. Warung ni abah eh punya. Dialah yang promote.
![Warung Laman Nurani Kuala Pilah Warung Laman Nurani Kuala Pilah](https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEgmmGyVQOw7ISDH6Q7MhBNhYOAyH0ZCX5_VA1P4jsVL8tqkUs19UVfq4kGOiYa0NDi-p0QkuV-asV6pMTQfl9y2NSvPwn4zhtUti7eaIsuxvNsHxk81oclbeBjorpG5HsTjz65vBfucvXB5e_XYlrn7zV6qRsTTN1rPp5GLrGmcWhm0jAPbIwPD9PDbMw=s16000-rw)
Warung Laman Nurani ni kalau tengok di facebook page selalu meriah dengan pengunjung. Geng bikers rajin singgah sini. Mungkin kami datang lewat sikit orang dah habis sarapan kot. Mungkin juga bukan weekend, itu yang lengang sikit. Masa datang pun ada seorang je tengah makan.
Ada dua botol susu legend kat situ. Tak pasti sekadar hiasan atau ada function dia kat situ. Warung dia comel je. Nama pun warung kan. Tak dapat bayangkan bila pengunjung ramai. Agaknya kena tunggu giliran jugak.
![Warung Laman Nurani Kuala Pilah Warung Laman Nurani Kuala Pilah](https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEgU4Kqm07m5KygAvGy2Yf1D6YHera0srWZhBKNRAWdiyqMwYFo_t-BSs4R4MERuUuWkSOdM1ZbqY-BSuOlaI-5nLS0XRE02BGHNFVOuCOlERv5357kOHMGftVsMu4icMVIG-83zJ4zQUIWwoWALESPTiUUHgx-AQm1IgZf-JkYlkk4g6mcQmIxlYU65KA=s16000-rw)
Sebelum masuk kedai nampak signboard warung yang semestinya digunakan untuk ambil gambar.
![Warung Laman Nurani Kuala Pilah Warung Laman Nurani Kuala Pilah](https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEg7ENM-2WCHkz66IkX0SzHqZHtVlagD4dMIRYSI2-my2rvlZ6Lt9w2MX74PmwCS1fdKPZqPsiYo0wvlZ_39K47DqncVPb_pTzlkeefpR9qf_4Kuih4d5tnlA24qviqfB1vIQaT0zVGGiL1ZdE3X0DSGgQfHX_XtjgFV6xmw3gCMLnsJJPH4k2kbssO3ww=s16000-rw)
Saya pilih duduk di meja no.1 Betul betul dekat pintu masuk warung. Permandangan dari meja. Sambil tu boleh layan tengok ikan ikan dalam kolam ni.
![Warung Laman Nurani Kuala Pilah Ikan Warung Laman Nurani Kuala Pilah](https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEh_ei2317cUyrslSBQAlE7V7Y7rbp1-6rxC5O4kROoXmj20scymuzFYmMjqicuyzvuY95ahAYlG4k_cmXxJ4MjLshRroonRyvfE_EXWD0y9dQNBgEQq0NrlMMPiPIhaV5ORVgATUQCYAjD_dVW4WfMNbE8npdizxCF-aa4_5wtZwonOqE93OiUwbHH7nQ=s16000-rw)
![Warung Laman Nurani Kuala Pilah Warung Laman Nurani Kuala Pilah](https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjohda_z8HncmRqvKSs-stXycAV50m04eJXpE_lML6Q1otiIcGUkWfQg63hWi4DI5g4tQkiH7u10ecx2_K_3WSF4UPdnEc0KPb0cSNIf3Z6U1-ok_tJ97zmVWgi6wm9Nn3AwscaL0BdLLEXfj1fQyq-Q9GkpZAZ4JzN_qNta9w08tiX6QHm3gkD8gyWBw=s16000-rw)
Encik suami order nasi lemak ayam. Sambal nasi lemak dia agak cair sikit macam sambal kuah roti canai. Sambal nasi lemak stail kampung gitu. Saya jamah sesudu je nasi lemak ni. Okaylah pada saya. Encik suami makan laju je. Tandanya sedap lah tu kan. Ke lapar sebab tak sarapan lagi. Hehe...
![Warung Laman Nurani Kuala Pilah Menu Nasi Lemak Ayam Warung Laman Nurani Kuala Pilah](https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjrke53bNFwnfNkbZO7fMKhnrQgZE2uQxiW7OgU3N-ttGXtP8BR96NO2CEc5gVXLZrP_2PQmScFj5C5aUmz4qgmRLle5ZEXJ_FvOa-7KFlUVspFjla1kCwFRJ9laSGQWZK_V-b74Fgt7diXWu0RxGYLH9zKfjrBJEUbbab4LxMyL7Mz6qUeAm_gFOrWUA=s16000-rw)
Mee bandung yang ditunggu tunggu. Memang fresh from kuali. Menunggu tak lah lama. Lebih kurang 10 minit macam tu kot. Mee bandung dia memang sedap! Saya pilih mee bandung special, ada udang lebih.
![Warung Laman Nurani Kuala Pilah Menu Mee Bandung Warung Laman Nurani Kuala Pilah](https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEiPhZ_k-KwKg9-vE3O8OSWpBEEwLegMEyKIWKn1io4tx-0ok3jeN0odWjSHdnqTO93ajCIcRkW-YoQGPL7EZVfnrvRwikuBMwZqB-uLBIUOzs5NWqcRG-s4uCnSjD1aREPLc81w4ozsAqnSDgYABFU6614FcqGcs0Gssv1ybUSh7-mTRJWc4UarZFqP0w=s16000-rw)
Total harga 2 hidangan, 2 minuman dan 1 bungkus kuih puding jagung belas belas, bawah RM20. Tak ingat pulak berapa.
Ada potensi nak datang sini lagi sebab mee bandung sedap. Kalau datang sekali lagi nak order mee bandung pedas sikit. Tak pedas pun berpeluh gak makan mee bandung panas-panas.
No.19 Off Laman Nurani
Kg Sg Dua Besar
Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Dua sebab tu je lah yang buat saya rasa nak datang sini. Saya tahu kewujudan Warung Laman Nurani ni pun sebab tertengok di youtube Akbar Sahari, pengacara sukan Astro Arena dulu kot. Warung ni abah eh punya. Dialah yang promote.
Warung Laman Nurani
Sebelum menaip entry ni, saya carilah sikit maklumat tentang Warung Laman Nurani ni. Rupanya dah lama wujud warung ni. Sejak 1975! Menyediakan menu istimewa resipi bonda katanya lah.
Ini lah dia suasana Warung Laman Nurani Kuala Pilah. Masa ambil gambar ni matahari tengah naik dan memancarkan cahaya terang betul. Agak tak nampak papan tanda tu sebab membelakangkan cahaya. Ambil gambar pun asal boleh je. Sakit mata pulak tengok matahari terus macam ni.
Ada ruang parkir berhampiran dalam gambar pertama sebelah kiri. Kalau ramai yang datang, rasanya kena parkir tepi jalan jugak kat jalan masuk tempat saya ambil gambar kat atas tu.
Ada dua botol susu legend kat situ. Tak pasti sekadar hiasan atau ada function dia kat situ. Warung dia comel je. Nama pun warung kan. Tak dapat bayangkan bila pengunjung ramai. Agaknya kena tunggu giliran jugak.
Sebelum masuk kedai nampak signboard warung yang semestinya digunakan untuk ambil gambar.
Saya pilih duduk di meja no.1 Betul betul dekat pintu masuk warung. Permandangan dari meja. Sambil tu boleh layan tengok ikan ikan dalam kolam ni.
Selain ikan, ada juga kura kura. Kolam ni juga tempat Pesta Bokubang, acara tahunan yang dianjurkan kat sini.
Encik suami order nasi lemak ayam. Sambal nasi lemak dia agak cair sikit macam sambal kuah roti canai. Sambal nasi lemak stail kampung gitu. Saya jamah sesudu je nasi lemak ni. Okaylah pada saya. Encik suami makan laju je. Tandanya sedap lah tu kan. Ke lapar sebab tak sarapan lagi. Hehe...
Mee bandung yang ditunggu tunggu. Memang fresh from kuali. Menunggu tak lah lama. Lebih kurang 10 minit macam tu kot. Mee bandung dia memang sedap! Saya pilih mee bandung special, ada udang lebih.
Mee bandung sedap dah cuma kuah cair sikit lah.
Tak mengapa, tetap tersedap pada saya. Teringat mee bandung abah saya. Huhu...Lama tak merasa mee bandung air tangan abah. Terubat jugaklah rindu.
Dihidangkan dalam mangkuk klasik motif bunga kekwa hitam. Lagi feel lah rasa masakan kampung, kan. Melimpah kuahnya dan portion besar. Ditaburi bawang goreng.

Mee kuning dia sedap, macam mee tarik atau homemade mee. Ada jugak beli mee kuning kat Kuala Pilah nak masak mee goreng. Mee kuning sama macam mee bandung ni. Saya beli tu mee kuning Lonek. Perusahaan produk tempatan rasanya. Tak rasa kapur lansung. Sedap!
Nak feel lagi sarapan di kampung, saya order kopi o dan encik suami order milo. Apooo order milo macam budak budak. Haha..dia bukan penggemar kopi klasik macam ni. Dia layan kopi moden je.
Nak feel lagi sarapan di kampung, saya order kopi o dan encik suami order milo. Apooo order milo macam budak budak. Haha..dia bukan penggemar kopi klasik macam ni. Dia layan kopi moden je.
Total harga 2 hidangan, 2 minuman dan 1 bungkus kuih puding jagung belas belas, bawah RM20. Tak ingat pulak berapa.
Ada potensi nak datang sini lagi sebab mee bandung sedap. Kalau datang sekali lagi nak order mee bandung pedas sikit. Tak pedas pun berpeluh gak makan mee bandung panas-panas.
Lokasi Laman Nurani Kuala Pilah
Kg Sg Dua Besar
Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Azhafizah, buat akak rasa nak merentas negeri laaaaa
ردحذفTunggu apa lagi kak, ayuh!
حذفDamai je bkfs kat situ..
ردحذفRasa jejak Pilah ni boleh dikira ngan jari hehehe...
Next time klu dapat jejak Pilah, bole try makan kat situ
Begitulah feel dia. Next time boleh try kot tiba tiba terlalu pilah kan.
حذفMee tu...kuah dia. Mengiurkan.
ردحذفRasa dia apatah lagi kan. Menyelerakan betul
حذفwah best nya suasana tempat tu :D
ردحذفSangatttt kak. Makan pun santai santai je.
حذفselalu lalu pepagi, penuh warung ni
ردحذفnak singgah pun pikir berkali, maleh nak beratur panjang tunggu meja
selalu lalu weekend saja sebab nak balik kg
tu yang ramai pelanggan kot
Saya pergi tu mungkin orang dah siap makan kot. weekdays pulak tu kan orang tak lepak lama. Weekend tu mesti sakan orang datang. Kalau ramai saya pun macam malas jugak nak menunggu.
حذفsusah nak jumpa mi bandung kat luar yang sedap. lagi-lagi kita orang Johor kan memang cerewet sikit sebab dah biasa makan air tangan keluarga sendiri. Baguslah kalau sedap.
ردحذفBetul tu Sal. Dah biasa dengan mi bandung johor. kalau lain sikit dari tu agak susah jugak nak terima. huhu..Alhamdulillah jumpa jugak yang sedap ala mi bandung johor.
حذفKak fizah, ini disebut mie Bandung karena terinspirasi mie Kat Bandung kah? Soalnya saya sendiri tak tahu mie Bandung tuh seperti apa, walopun berkali2 kesana 🤣. Rasanya tak pernah dengar ada mie khas Bandung .
ردحذفTapi kalo dari foto, kliatanlah memang sedaaap yaaa. Kuahnya merah, rasa pedes lah tuh. Tapi saya memang suka kuah yg pedas 👍
Asal usul sejarah mi bandung ni saya kurang pasti. Mungkin juga ada terkaitnya dengan bandung, mungkin jugak tidak.
حذفLetak dalam list siap-siap, nanti datang ke Malaysia boleh cuba. Tapi kena cari yang aslinya baru rasa mi bandung sebenar yang sedap. Kuah pedas itu yang sedap tu.
Happening tempatnya...
ردحذفMenu pun nampak sedap..Harga berpatutan...
semuanya OK sangat :)
حذفSedapnya
ردحذفmemang sedap :)
حذفApabila baca ulasan Fiza mi bandungnya pedas akak pun tertarik juga hendak cuba. Selalu makan mi bandung rasa manis.
ردحذفTempat cantik, boleh letak lama-lama tengok bendang.
Kalau jalan jalan ke Kuala Pilah, bolehlah singgah sini kak.
حذفlepak lama lama tengok keindahan suasana sekeliling :)
Suasana pun nampak tenang sahaja dengan keindahan alam .
ردحذفItulah dia keunikan dan daya tarikan warung laman nurani ni :)
حذف