Tinggalkan Diriku

Lagu Tinggalkan Diriku, lagu arwah Siti Sarah yang dirakamkan sekitar 2 tahun lalu bersama arwah Lok U dan arwah Aji. Shuib baru mendapat tahu mengenai rakaman ini selepas hari keenam arwah Siti Sarah meninggal dunia.

Shuib bersama Indigital Music telah melancarkan muzik video (MV) lagu nyanyian arwah Siti Sarah, Tinggalkan Diriku live version (showcase rehearsal) pada hari ni 26 November di youtube shuib channel.

Sebak dengar lagu ni. Sebak juga tengok Sepahtu Reunion live 2021 malam tadi Shuib tiba tiba muncul jadi Cameo. Bukan mudah nak 'move on' bila pasangan yang kita sayangi pergi selamanya.

Tinggalkan Diriku Lagu arwah Siti Sarah

Penyanyi : arwah Siti Sarah
Lagu : Tinggalkan Diriku
Lagu & Lirik : Aidit Alfian (Indahkarya Publishing (M) Sdn Bhd)

Lirik lagu tinggalkan diriku

Di dalam terang gelap
Siang kurasa malam
Sejak kau tiada lagi di sini
Hidup rasa bagai terlalu sepi

Kau tahu aku sayu
Lelah aku hanya kernamu
Masih jua dikau gagah melangkah pergi
Berperang aku dengan diri sendiri

Apakah salahku kali ini?
Ingin kau hukum seperti ini
Walau sebaris ayat
Katakan padaku

Andai kutahu sedari dulu
Takakan kuterus menyayangimu
Akhirnya kau yang kucinta
Tinggalkan diriku

Kau tahu aku sayu
Lelah aku hanya kernamu
Masih jua dikau gagah melangkah pergi
Berperang aku dengan diri sendiri

Hu-uuh
Hu-hu-uuh

Kusangka kan kau cinta
Harapanku agar kita kan tetap bersama
Kan terus bahagia
Bukan berpisah begini selama-lamanya, ow

Apakah salahku kali ini?
Ingin kau hukum seperti ini
Hanya sebaris ayat
Katakan padaku

Andai kutahu sedari dulu
Takkan kuterus menyayangimu
Pedih bila kau yang kucinta
Tinggalkan diriku

Andai kutahu jadi begini
Takkan kusimpan engkau di hati
Akhirnya kau yang kucinta
Tinggalkan diriku

Di dalam terang gelap
Siang kurasa malam


sumber : Shuib channel

32 comments:

  1. Replies
    1. اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

      Delete
  2. Masih terkesan dengan pemergian arwah. Al Fatihah. Moga rohnya tenang di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Amie. Kita yang jauh terasa apatah lagi suaminya.

      Delete
  3. Memang auto ternangis masa dengan shuib nangis waktu cakap phone last dengan sarah tu.. 😭

    ReplyDelete
  4. Al Fatihah untuk insan terpilih ..arwah Sarah...semoga kita juga mendapat hasnul khotimah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga pengakhiran yang baik untuk kita juga.
      Aaaminn...

      Delete
  5. Replies
    1. Sedih sangat 😭
      Semoga arwah ditempatkan bersama orang² yang beriman. Aaaminn...

      Delete
  6. Moga arwah ditempatkan bersama orang beriman.
    Tidak sangka ada lagu yang Shuib tidak tahu.

    ReplyDelete
  7. Sedih lah setiap kali dengar suara arwah....hm...

    ReplyDelete
  8. Sedihnya, peraturan Allah swt sangat misteri.. Al-Fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah maha mengetahui segalaNya.
      اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

      Delete
  9. Masih teringat2 dengan arwah. Shuib mesti lagi terasa. Kalau tak masakan dia sampai kena jumpa pakar psikiatri. Terkesan sangat dengan pemergian arwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Bukan mudah nak move on kehilangan orang yang tersayang.

      Delete
  10. Al-fatihah untuk semua pihak yang terlibat dengan pembikinan lagu ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga semuanya ditempatkan bersama mereka yang beriman. Aamin...

      Delete
  11. br td akak tgk di utube cameo shuib kat sepahtu reunion.
    aduhai... pakya sedih betul dia. rindu la tu kan berlakon bersama.
    sebak akak tgk nya.

    and yg ni pun ada lalu kat utube akak.
    just tak klik je. tau dah memang sayu... hu hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebak dan seronok juga bila shuib kembali bersama sepahtu. Dah lama bekerja bersama kan, mesti dorang emotional sangat.

      huhu..sedih betul

      Delete
  12. Bab conversation akhir antara mereka tu memang sedih....

    ReplyDelete
  13. Alahhhhj.. Kenapa potong bawang memalam :(

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. Apa apa cerita tentang arwah auto buat kita rasa sedih, kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.