Warung Wak 3

Warung Wak 3, Program hiburan terbitan Awesome TV kembali lagi setelah mendapat sambutan yang baik dari musim pertama hingga musim kedua. Warung Wak 3 mula bersiaran pada 11 November 2021 di slot Ohsem-tainment setiap Khamis, jam 11:00 malam.

Warung Wak 3 Awesome TV
 

SITKOM WARUNG WAK 3

Jumlah episod : 13
Waktu siaran : Khamis, jam 11:00 malam
Siaran TV : Astro saluran 123, MyTV saluran 112
Ulang siar : Website Awesome TV

Hos : 
Ropie Cecupak sebagai Wak Zaman pemilik Warung Wak
Shuk Sahar sebagai Pembantu tukang masak Wak
Iskandar Norzaman @ Brian sebagai pembantu Warung Wak

Tetamu :
Pasangan suami isteri, adik beradik dan juga rakan artis

Warung Wak 3

Warung Wak 3 sebuah program sitkom, bual bicara santai antara hos dan artis jemputan. Masih mengekalkan konsep yang sama pada musim lalu iaitu warung. Pada musim ini Warung Wak sudah dinaik taraf kerana perniagaan Wak bertambah maju.

Program ini dihoskan oleh pelawak terkenal Ropie Cecupak sebagai Wak Zaman pemilik Warung Wak. Dibantu oleh Brian atau nama sebenarnya Iskandar Norzaman seebagai pembantu Wak Zaman di Warung Wak. Bukan itu sahaja, kehadiran tukang masak yang baharu juga akan menceriakan lagi suasana warung tersebut.

Kebanyakan artis yang datang singgah di Warung Wak adalah pasangan suami isteri, adik beradik dan juga rakan artis. Wak Zaman, dibantu seorang tukang masak iaitu Shuk Sahar akan berkongsi resepi-resepi mudah dan juga menemu ramah artis jemputan tentang isu-isu dan topik yang menarik mengenai mereka.

Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV. Layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my atau muat turun aplikasi AwesomeTV di App Store atau Google Play Store untuk menonton siaran ulangan rancangan menarik di Awesome TV.

22 comments:

  1. ok first time tau pasal sitcom ni...
    tgh frust astro kita br langgan tetiba meletop plak... dah sedih x dpt nk layan astro buat sementara ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhaiii..frust tu. baru nak layan TV jadi macam tu pulak. Dah report ke tu? Harap cepatlah settle urusannya.

      Delete
  2. Hahahaaa... dah keluar nama Wak tu... ada aura Jawa pulak dah.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi tenguk sitkom ni
    Ada pulak si syuk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada channel ni bolehlah tengok wak.
      Rasanya dia bawa keluar kat Awesome TV.

      Delete
  4. Ingatkan tadi Fiza pegi makan kat warung nama Warung Wak 3 😄

    ReplyDelete
  5. kalau si Ropie lawak memang kelakar dan menjadi
    sekali sekala akak pun layan sitcom lawak sambil tergelak gelak sorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak. Ada je lawak dia tapi yang biasa biasa dia buat tu lah. Sesekali layan sitkom hiburkan hati :)

      Delete
  6. Program tv rupanya hehe.. dekat tv awesome pun ada sitcom di cafe,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, bukan saya makan makan di warung. hihi.
      Yep, ada sitcom tempat utama dia mesti set studi cafe kan :)

      Delete
  7. Baru sedar kewujudan siaran Awesome. Hehe menarik sitkom warung bawa temubual.

    ReplyDelete
  8. Saya membesar zaman Pi Mai Pi Mai Tang tu...Remaja dengan Senario..Hihihi

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Ni untuk orang lambat tidur bolehlah kan..kot takde apa nak tengok.

      Delete
  10. Memang x pernah tgok la citer ni...ada plak si Shuk tu...erm....kalau pukul 11 malam biasanya tido dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..faham faham.. dah lewat malam nak kerja memang tak tengok tv dah lah kan kak.

      Delete
  11. Tak ada channel ni.. memang tak tgk la

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..faham faham... kalau ada online bolehlah tengok jugak kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.