Bella - Bila Cinta Bersatu
Bella - Bila Cinta Bersatu, telefilem lakonan Anna Jobling dan Daniel Fong disiarkan pada 21 Disember 2021, Selasa jam 9:30 malam di Slot Kuasa 3 Malam TV9.
TELEFILEM BELLA BILA CINTA BERSATU
Waktu Siaran : Selasa, 21 Disember 2021, jam 9:30 malamSiaran TV : Slot Kuasa 3 Malam TV9
Penulis skrip : Naza Manas
Pengarah : Yus Yusop
Produksi : Nuansa Films
PELAKON DAN WATAK
- Anna Jobling sebagai Bella
- Daniel Fong sebagai Alex
- Mandy Chong sebagai Auntie Chan
- Idris Khan
- Kuna Muzani
- Shyrul Ezwan
- Ranjeetha Sivam
- Een Efendi
- Tengku Tieya
- Tina Isaacs
SINOPSIS BELLA-BILA CINTA BERSATU
Impian Bella (Anna Jobling) bermula apabila Bella menerima hadiah sebuah mesin jahit dari Auntie Chan, ibu kepada sahabat baiknya, Alex (Daniel Fong).Sejak menerima mesin jahit itu, Bella sering membawa balik kain perca dari kedai jahit Auntie Chan dan mereka pakaiannya sendiri.
Berkat kegigihan dan minat mendalam dalam bidang jahitan, Bella berjaya diterima ke universiti dan turut menerima tempahan jahitan bagi menampung kos perbelanjaannya.
Tanpa dijangka, Bella mengambil keputusan drastik berkahwin dengan Alex ketika masih belajar dan kehidupan mereka terhimpit apabila Bella melahirkan anak dan tidak mampu membeli susu anak mereka.
Sehingga suatu hari Bella menghasilkan rekaan baju yang mendapat sambutan meluas dan terpaksa mengambil tempahan yang banyak mengakibatkan jarinya bengkak serta tidak dapat menghadiri peperiksaan.
Apakah kesudahan kisah hidup Bella dan Alex? Berjayakah mereka membina empayar perniagaan?
Menarik je citer ni....boleh tengok nanti
ReplyDeleteMalam esok bolehlah layan.
DeleteWah kahwin semasa belajar. Mencabar buat banyak tanggungjawab.
ReplyDeleteSusah nak manage masa pun satu hal jugak tu. huhu
DeleteWow.. pelakon baru.. jalan cerita cam emnarik..
ReplyDeletebukan mudah bila kahwin muda.. nak manage keluarga dan pelajaran..
Kalau muda ni banyak lagi tak stabil. Memang agak struggle kalau kahwin muda ni nak manage masa untuk keluarga dan study.
DeleteWahh, cabaran ini mematangkan..Moga ditempuhi dengan jayanya..
ReplyDeleteBukan mudah kan kahwin muda. Banyak kena belajar.
Delete