Cara Hilangkan Objek Dalam Gambar Online

Semalam dah kongsi cara remove background gambar. Harini saya nak kongsi cara hilangkan objek dalam gambar online pula. Sangat berguna cara ni terutamanya dalam gambar produk makanan. Contohnya kita boleh buang atau hilangkan lebihan kuah di tepi mangkuk/pinggan tak nak bagi nampak comot macam tu.

Salah satu cara nak hilangkan photobomb juga atau cara buang tulisan dalam gambar yang kita tak nak. Tapi tak semua gambar nampak sempurna kehilangan tu. Bergantung pada gambar dan juga kemasan brush yang kita buat.

Cara hilangkan objek dalam gambar online

1. Pergi ke website https://cleanup.pictures/

Cara hilangkan objek dalam gambar online cleanup picture


2. Click here or drag and image file. Tunggu sekejap, file yang diupload akan muncul.

Cara hilangkan objek dalam gambar online cleanup picture
3. Pilih saiz brush yang sesuai dengan objek yang ingin dipadam. Brush seluruh objek.

Cara hilangkan objek dalam gambar online cleanup picture
4. Tunggu sekejap dan tadaaaa..hilang sudah kesan sos pada pinggan. 

Cara hilangkan objek dalam gambar online cleanup picture

5. Last sekali tekan download. Siap!

Beza? Memang berbeza!

Cara hilangkan objek dalam gambar online cleanup picture

Mudah sangat, kan? Percuma je tanpa perlu install aplikasi pun. Tapi nak kualiti dalam HD kena bayarlah. 

Kalau ada snapseed dan picsart dalam handphone, boleh guna applikasi je terus.  
  • cara menghilangkan objek di snapseed : gunakan tools 'healing'
  • cara menghilangkan objek di picsart : gunakan tools 'remove'

22 comments:

  1. slalunya guna apps snapseed..cleenup ni ada juga tgk aritu org share

    ReplyDelete
    Replies
    1. cleenup belum pernah guna lagi. Terima kasih share. snapseed mudah jugak, kan.

      Delete
  2. Hui..bab ni kena betul- betul focus belajar ni...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Yang ni online je kakyan. masuk website, upload dan brush je objek mana yang tak nak. Kalau nak download apps boleh cuba snapseed atau PicsArt.

      Delete
  4. Saya suka guna picsart. Oh boleh guna delete perkara tak diingini ye. Nanti explore

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna PicsArt pun okay dah tu Sal. Sama je kaedahnya. Cuma ni kalau taknak install apps boleh buat online kat website je.

      Delete
  5. Belum ada keperluan untuk padam tapi bagus beri laman sesawang yang buat. Boleh jadi rujukan pada kemudian hari.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih info... Saya save link nya...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.