Header Ads

Cheritera

Cheritera, sitkom terbaharu di TV9 bermula 11 Disember 2021 setiap Sabtu jam 8:30 malam. Sitkom Cherita diinspirasikan daripada kisah dongeng popular Bawang Merah Bawang Putih menampilkan ramai artis dikalangan pelakon, penyanyi dan pelawak.

Sitcom Cheritera TV3

SITCOM CHERITERA

Jumlah episod : 13
Mula siaran : 11 Disember 2021
Waktu Siaran: Sabtu, 8:30 malam
Siaran TV : Slot Dramedy TV9
Idea asal : Adza Irdawati
Penulis skrip : Adza Emie dan Adza Haiqal
Pengarah : Dato' Jurey Latiff Rosli
Produksi : Threefive Production Sdn Bhd

SINOPSIS CHERITERA

Bawang Putih selamat menikahi Putera Raja iaitu Raja Nazari. Mereka hidup bahagia dengan dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Bella yang sudah meningkat dewasa dan menyambung pelajaran di peringkat pengajian tinggi. 

Perwatakan Puteri Bella yang nakal sangat berbeza dengan ibu bapanya. Di kolej, Puteri Bella telah bertemu dengan Luna. Walaupun Luna tidak buat jahat padanya, Puteri Bella amat membencikan Luna.

Semuanya terungkai kerana Luna ialah anak kepada Bawang Merah. Setelah lama menjejaki Bawang Putih, Bawang Merah sengaja mendaftarkan Luna di kolej yang sama dengan Puteri Bella. Hasrat Bawang Merah ialah mahu menghuru-harakan kehidupan Puteri Bella. 

Namun, ia sukar direalisasikan kerana Luna seorang yang sangat baik hati dan tidak bersetuju dengan ibunya yang masih mahu membalas dendam. 

Konflik bertambah selepas kemunculan Hang Zaim dari keturunan Hang Tuah yang telah menaruh hati dengan Luna dan pada masa yang sama Puteri Bella pula bersungguh-sungguh memisahkan hubungan mereka berdua.

PELAKON DAN WATAK

  • Jabir Meftah sebagai Hang Zaim
  • Shalma Eliana sebagai Luna / Merah
  • Bella Dowanna sebagai Puteri Bella
  • Saedah Kamaruddin sebagai Puteri Leya
  • Man Belon sebagai Prof Matias
  • Erul Samah sebagai Hang Ming
  • Mira Natasha sebagai Maya
  • Yamani Abdillah sebagai Badrul
  • Ayu sebagai Kasih
  • Ewan Fauzi sebagai Petro
  • Syed Norrizman sebagai Wan Kecut
  • Farisha Irish sebagai Dayang Suraya
  • Nina Fazurina sebagai Bawang Putih
  • Ziema Din sebagai Bawang Merah
  • Vanidah Imran sebagai Nenek Kebayang
  • Ziana Zain sebagai Puteri Gunung Ledang
  • Amir Raja Lawak sebagai Dr Bayang
  • Salman sebagai Tuan Dino

هناك 18 تعليقًا:

  1. wow versi moden eh... kisah anak diorang plak hahaha...!

    ردحذف
  2. Wah...ni macam sinambungan Magica..
    Menarik ni..

    ردحذف
    الردود
    1. Tapi ni versi sitkom. Sembang sembang gitu je lah. Kurang feel lagenda tu.

      حذف
  3. eh..ada Ziana Zain. teringat dia bawak watak nenek kebayan dalam filem Magika. hehe

    ردحذف
  4. Woww, anak bawang merah pulak yang baik ek! Niceee! maknya nak huru harakan puteri tu, tapi anaknya terlalu baik lah pulak..HAHA..Mesti best!

    ردحذف
    الردود
    1. Haha.. kesinambungan dia berbeza pulak kan. Silalah tengok nanti. Baru episod 1

      حذف
  5. Astagaaaah jadi ceritanya dibalik lah yaaa 🤣. Lucuuu konsep nya.. kenapalah hanya diputar di TV9, saya pun juga ingin menonton serial nih 😅

    ردحذف
    الردود
    1. Hehe.. lain dari cerita kebiasaan. Boleh tonton online streaming di tonton 😊

      حذف
  6. Hehe terbalik pula anak Bawang Merah baik. Ini sambungan cerita selepas kahwin.

    ردحذف
  7. Hahaha ni kira generasi seterusnya punya ceritalah ya.

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.