Header Ads

Disember, Episod Terakhir 2021

Masuk muka surat 335 per 365. Bermakna bulan Disember, episod terakhir tahun 2021. Cepat masa berlalu? Bayangan wawasan 2020 kereta terbang yang diharapkan. Rupanya kereta terbang tak bergerak pun selama 2 tahun ni. Ehh gurau...

Belek belek kalender Disember 2021. Ohhh cuti sekolah disember 2021 akhir tahun bermula 11 Disember sampai 31 Disember rupanya. Nampaknya macam kembali sesak tempat tempat percutian. Ghisauuu...ahhh ghisauuu..Selagi tak pupus, COVID-19 ada dimana-mana. 

Bulan Disember ni ramai menghabiskan saki baki cuti yang masih ada. Mana yang ada saman tu, dengarnya ada diskaun saman trafik Disember 2021. 50% diskaun saman trafik katanya. Bolehlah check kot kot ada yang masih belum dilunaskan bila dapat gaji disember ni.

kalendar disember 2021

One of the bravest things you can do in life is to never
look back
Do not let past failure hinder your life any longer.

Cuti Umum Bulan Disember 2021

11 Disember (Sabtu) : Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor)
24 Disember (Jumaat): Cuti Hari Natal (Sabah)
25 Disember (Sabtu) : Hari Krismas (Semua Negeri)
26 Disember (Ahad) : Cuti Hari Krismas (Kelantan & Terengganu)

kalender disember 2021

The past can hurt,
But the way I see it,
You can either run from it
or learn from it.

Percutian tertangguh saya masih lagi diperam. Banyak komitmen dan masih sibuk. Tahu tahu ada pulak varian baru muncul. Entah entah PKP pun ikut muncul jugak. Harapnya taklah. 

Okay malam tadi Final Piala Malaysia 2021 KL City vs JDT. Trending Johor, KLCity, Shukor Adan, Bojan Hodak, IC 14 dan Man Of The Match Kevin Mendoza. Sini rancak, sana rancak mana mana Mendoza!!! 

Bangsa Johor jangan bersedih. Ayuh Johor! Tahun depan kita bangkit okay. Apa ada hal 2021 dah dapat 2 piala. 

Rezeki KL City menang selepas 32 tahun mencuba. Rezeki Shukor Adan jugaklah hadiah terakhir sebelum bersara. Bojak Hodan mesti puas hati menang 2-0 sebab boleh kalahkan ex-club, kan? Lepas tu dan dan semua claim IC 14. 

هناك 44 تعليقًا:

  1. hahhahahaha.... kita mmg IC 14 wak hehehe...
    org2 KL mmg low profile je :p
    pape pun menang kalah adat permainan kan..

    kejap dah msuk disember... hujung tahun...
    tahun baru bakal muncul.. takde yg menarik sangat berlaku 2021...
    covid masih berleluasa... so bertabah aje la..!

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahah...done claim gituh.
      Betul! Kalah menang adat pertandingan.
      Iyeee, tak ada yang menarik sangat 2021 ni. Tingkatkan kesabaran je lah kita :)

      حذف
  2. saya IC 14, tapi ade keturunan 01, tapi jiwa di 10

    ردحذف
  3. Tengok match tu memang nampak JDT menguasai. Tapi defend KL CIty match better. Lagi-lagi Mendoza. Rindu pulak nak gi stadium. Kalau ada geng dah lama dah sampai. Haha

    ردحذف
    الردود
    1. Tak ada luck JDT nak tembus goal sebab gawang gol mendoza defend better. No wonder lah boleh dapat MOTM. Itulah kan, masuk stadium lagi feel.

      حذف
  4. kannn..kejab je dah bulan terakhir dalam tahun 2021....

    ردحذف
  5. CP dah plan nak bercuti hujung tahun ni.
    Habiskan masa di kampung :)

    ردحذف
    الردود
    1. Seronok tu dapat berlamaan cuti kat kampung. Selamat bercuti kak CP :)

      حذف
  6. Moga episod akhir 2021 ini baik-baik sahaja untuk kita semua.
    Tak apa, Fiza. Peram dahulu percutian tu. Nanti dah tenang dan lega dari kesibukan, situasi semasa pun okey, kita ENJOYYYY!

    ردحذف
  7. Sekejap je kan, dah Disember...
    Mendoza memang hebat malam tadi :)

    ردحذف
  8. hihiii sedap ayat-ayat akak, part ayat last sekali winnnnn!

    ردحذف
  9. Oh baru tahun KL menang. Hehe hujung tahun sudah. Betapa masa cepat berlalu.

    ردحذف
  10. Salam bulan disember kak fiza . Sekejap je rasa dah ujung tahun 2021

    ردحذف
  11. alahai sekejap aje nak masuk tahun 2022 kan..

    ردحذف
  12. Hahaha.. nak claim jugalah IC 14.. tapi tu lah tak duduk KL.. Tak merasalah cuti esok.. kikiki..

    ردحذف
    الردود
    1. Hihi..claim boleh asalkan memang IC 14.
      Tak merasalah cuti kalau camtu. huhu...

      حذف
  13. Ops..
    senarai cuti Disember tu ..KL + 1 cuti peristiwa esok..hihihi
    Johor & KL akan bercuti esok...adil la kan..
    Saya yang tak tengok bola pun tetiba boleh ambil tahu...ambil tahu cuti ja la..
    hihihi

    ردحذف
    الردود
    1. Hihi..tiba tiba ada cuti tambahan. untunglah orang KL. Betul betul, adil dua dua cuti hari Jumaat. Senang takyah gaduh².

      حذف
  14. Semoga bulan ni happy happy aje. Nak balik kampung je ni. Harap harap dalam la tarikh vaksin cepat sikit. Tak sabar nak balik kampung ni..

    ردحذف
  15. الردود
    1. Pejam celik pejam celik, dah nak hujung tahun dah kan. Beberapa hari je lagi nak masuk tahun baru dah.

      حذف
  16. next week da thn baru, fiza.
    moga Allah panjangkan umur kita agar dpt bertemu Ramadhan April nanti, kan.

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.