Double Cheese Corn Sausage Family Mart, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi Dan Lagi

Bukan pengaruh rakan sebaya mahupun racun blogger. Kalini terpengaruh dengan anak buah umur 3 tahun! Satu hari tu nak pergi rumah dia, mak suruh beli corndog Family Mart sebab anak buah tu suka makan corndog Family Mart tu. 

Disebabkan kami berdua laki bini tak pernah membeli corndog apatah lagi makan, jadi mak pun cakap belilah lebih.

Sekali dah rasa, eh rasa nak makan lagi. Beli satu kongsi berdua mana cukup. Lepas tu on the way balik rumah sempat lagi singgah Family Mart area rumah beli sorang satu corndog. Baru puas makan.

Nama sebenar dia double cheese corn sausage. Corndog dipek dalam pek kertas satu-satu walaupun beli dua. 

Double Cheese Corn Sausage Family Mart

Saiz double cheese corn sausage Family Mart ni boleh tahan besar jugak. Agak mengenyangkan jugak lah makan satu batang ni. Sosej saiz besar dibaluti roti dan bread crumb. Sangat rangup! 

Terpaling suka sos cili dia sebab macam pedas sikit. Bila tambah sos cheese dia jadi balance lah, kurang pedas sikit.

Double Cheese Corn Sausage Family Mart

Puas hati membeli. Bukan sekali dua membeli. Lepas tu repeat beli lagi dan cuba triple cheese corndog pulak. Yang triple dalam dia separuh sosej dan separuh lagi cheese. 

Yang suka cheese sila pilih triple cheese. Tapi saya suka double lagi. Triple ada extra cheese dalam tu rasa muaklah pulak. Kena makan panas panas baru sedap ada cheese tarik.

Double Cheese Corn Sausage Family Mart

Double cheese corn sausage Family Mart price RM6.90. Okaylah sesekali rasa nak makan. Nak beli selalu memang tidaklah kan. Poket menipis, lemak menebal pulak nanti.

28 comments:

  1. Iman suka sangat beli corndog sosej FM ni. Tapi kat FM ni semua benda pun dia suka, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Semua kat FM ni jaranglah tak sedap. haha...
      Sekali dah cuba memang terus tersuka agaknya. Berkali kali nak beli.

      Delete
  2. Replies
    1. Nampak dah sedap apatah lagi merasanya kak nor. Memang sedap.

      Delete
  3. ha ha ha ha "lemak menebal" tu memang kena btg idung akak, tau fiza ha ha ah ha ha...

    lama nyer tak jejak masuk fm ni.
    sejak beli oden masin yg amat, anak2 akak serik masuk fm.
    corndog ni feveret syuhada. just sukar nak dpt yg sedap kat melaka ni tau.
    fm ni mcm ok je nampak. boleh try la ni ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..saya pun cakap untuk diri sendiri. Bagi ingatan sikit. Hihi
      Oden tu memang, kejap sedap kejap tak.
      FM ni so far saya beli berkali kali okay je sedap dia.

      Delete
  4. Hehe corn dog pula. Banyak pula makanan dijual Family Mart.
    Aiseh tidak jejak masuk lagi. Harus bertekad kalau begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kak. Macam macam ada. Tapi yang viral sedap sedap tu memang cepat habisnya.
      Kena cuba tu kak :)

      Delete
  5. hhahahah bahaya bawa uyum g Family Mart ni... memanjang poket jadi nipis je bila dah masuk situ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan 1 bukan 2 bukan 3 Uyum bawak balik. Silap silap Uyum rambang mata nak makan mana satu nanti. hihi..uyum uyum...

      Delete
  6. nampak sedap..tak pernah beli lagi,..

    ReplyDelete
  7. Nasib baik beli lebih kalau tak berebut dengan anak buah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. kalau dah dapat kat dia, jangan harap nak jamah sikit pun. memang takde aksi perebutan tu.

      Delete
  8. Tak pernah try corndog ni lagi. Asal ke FM mesti dapat beli Onigiri, roti & kek jer. Sebab nak beli corndog, corndognya asyik habis jer 😂. Kuat makan corndog orang Ipoh ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Corndog ni laku keras sebab tu cepat habis. Nanti kalau ada kena cepat cepat beli tu. Hehehe..

      Delete
  9. Saya bingung lah, kenapa rasa makanan di familymart Indonesia nih tak seenak di Jepang dan malaysia. Beberapa kali coba, kayak onigiri, dan Frozen food nya, rasa standard je. Tapi pas coba beli di Jepang dan KL, enaak rasanya 😅😅. Makanya tak terlalu sering saya beli2 di family mart di Jakarta nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinkah bahannya atau pembuatnya yang kurang mahir. Kena datang Malaysia begitu, dapat makan yang enak enak :)

      Delete
  10. Pernah try dah yang double.. tapi sekali aje.. Memang sedappp banget! Triple punya tak pernah, ghisau lemaknya triple.. Kahhhhh kahhh! Sesekali bolehlah... Sebab benda berlemak lain pun sy dah telan..Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Triple tu memang extra cheeselah nona tapi cam muak gak banyak sangat. Double tu dah cukup sedap dah.

      Delete
  11. Yang ni pun x pernah cuba..hahahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni wajib cuba kak. rasa sekali mesti nak lagi. hehehe...

      Delete
  12. Tak pernah try lagi yang Family Mart.. Mungkin boleh cuba next time..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.