Essential Oil Grapefruit, Bau Manis Manis Yang Menyegarkan
Asyik topup essential oil (EO) lemon, lavender, peppermint je. Sesekali ubah bau beli grapefruit essential oil lah pulak.
Dulu konon nak guna sambil menjual tapi dah tak rajin tak menyempat nak promote, terlupa terus cita cita hangat hangat tahi ayam tu.
Sekarang membeli dan guna je. Tapi kalau ada orang nak beli kita pass kat mak minyak kita je sebab dia simpan stok.
Semacam bosan dengan bau lemon, tukar bau citrus lain. Saya pilih grapefruit. Selain tu ada lime, jade lemon, lemon myrtle, orange, tangerine, citrus fresh dan lain-lain.
Grapefruit essential oil 100% minyak pati tulen
Kebaikan EO grapefruit
- Aroma yang kemanis-manisan dan menyegarkan
- Menaikkan semangat dan memberikan tenaga
- Mempunyai sifat yang membersihkan kulit
- Sesuai digunakan bersama dengan bahan pembersihan rumah buatan sendiri
- Mengandungi unsur utama sabinene, limonene dan nootkatone
Cara penggunaan EO grapefruit
- Cipta aroma yang menyegarkan di rumah anda dengan membaurkan Grapefruit pada waktu pagi.
- Cipta satu air semburan bilik yang menyegarkan dengan mencampurkan Grapefruit, Peppermint, Orange, Lemon, Bergamot dan air suling dalam botol sembur kaca.
- Gabungkan beberapa titis dengan minyak pelarut seperti Minyak Sayuran Kompleks V-6™ dan gunakannya untuk urutan yang menyegarkan.
- Gunakannya sebagai sebahagian daripada regimen penjagaan kulit anda dalam losyen, penyegar dan pencuci untuk mendapatkan kulit yang bersih dan sihat. Perlu diingatkan bahawa Grapefruit ialah minyak yang peka foto. Elak cahaya matahari atau sinaran UV secara langsung sehingga 12 jam selepas menyapu secara terus pada kulit.
Masa masa tengah buat kerja cari idea design tu, syoklah buat kerja lebih semangat dengan bau bauan best. Titis dalam air untuk mop lantai pun boleh. Berbau harum dengan bauan grapefruit satu rumah.
Guna setitis pun dah memadai pada saya. Asalkan ada bau. Dasar kedekut! Bukan apa, sayang nak titiskan banyak-banyak. Benda bukan murah.
Kalau awak jenis suka bauan citrus yang lain sikit, boleh cuba EO grapefruit selain bau lemon, orange yang dah biasa bau.
suka bau orange/lemon..rasa fresh!
ردحذفyaaa, bauan family citrus memang menyegarkan.
حذفbelum pernah cuba grapefruit. yang tak pernah putus lavender dengan pepermin je
ردحذفlavender, lemon dan peppermint tu sentiasa kena ada :)
حذفNanti cuba grapefruit pulak kak.
Wah baguss ni
ردحذفSangat bagus.
حذفTeringin nak mencuba bila baca review Fiza ni.
ردحذفBolehlah cuba nanti kak :)
حذفItulah eo ini akak suka pakai atau bau daripada botol. Rugi diffuse kena titik banyak-banyak tapi akak belum guna grapefruit lagi. Kegemaran lavender memang titikkan pada sejadah tempat sujud.
ردحذفHihi..tapi nak tidur tu wajib diffuse dan on air cond baru best. Nanti try guna grapefruit kalau selesa dengan bauan citrus. Titiskan pada fabric pun okay bau melekat :) Sedap bau
حذفAla spa bunyinya, segar, tenang, naik semangat, manis buah sambil membaca sambil ikut hidu..nak juga la letak aroma buat terapi..
ردحذفyep, bauan yang menenangkan bila diffuse eo grapefruit ni.
حذفSuka bau grapefruit,lemon dan lime..Segar dan nyaman
ردحذفbauan family citrus memang best, kan mama cella :)
حذفdapat bayangkan bau grapefriut yg sweet dan juga tangy.. mmg terapi
ردحذفTerapi sangat sambil bersantai rehat tu.
حذفSha kurang suka bau grapefruit ini.. hehehe
ردحذفOhh..mungkin kurang suka dengan bauan citrus.
حذفTak pernah try... Nanti leh ushar ngn memberr.. ramai jual EO nih
ردحذفNanti cubalah nona. Bau grapefruit ni memang best!
حذف