Giant Golden Pothos Cantik Nau Nau

Dulu mana pandang giant golden pothos yang dah lama bertakhta kat pokok nan sebatang tu. Dah lama dia hidup menumpang berpaut di batang pokok, terus dah berumah kat situ. Akar dia saja dah boleh buat kita fikir itu pokoknya. Padahal tumpang berpaut je.

Lama lama tengok. Eh macam cantik je kalau tanam dalam pasu lepas tu pacak tiang sabut kat tengah. Mesti cantik bila dia menjalar tersusun je. Kan?

Giant golden pothos price ni kalau jual agak agak boleh jual mahal tak? Rasanya macam wild giant golden pothos je. 

giant golden pothos images

Giant golden pothos care pun tak perlu jaga beria sangat. Mak mentua pun sekadar trim je bila dah tumbuh meliar banyak. Ini pun baru tumbuh semula selepas ditogelkan daunnya. 

Cantik bila dah tumbuh daun-daun baru. Berkilat bertambah cantik nau nau. Eh ter ke Melaka pulak. Maklumlah pernah jadi orang Melaka setahun. Sekolah di Jasin.

Giant golden pothos propagation mudah je. Saya potongkan batang yang ada akar dan letak dalam air dulu sampai dah berakar banyak baru saya pindahkan dalam pasu. Saya ambil sebelum mak potong haritu.

giant golden pothos propagation

Letak dalam air ni lambat sikit pertumbuhan dia. Kena sabar lah sikit untuk dia membesar. Giant golden pothos vs monstera mana lagi cantik? Dua dua pun cantik. Giant golden pothos cantik dari segi coraknya. Monstera pulak cantik dari segi koyak koyaknya.

40 comments:

  1. nama nya...glamour sungguh. cantikkk..pokok menumpang asalnya yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama seglamour rupanya. Memang cantik. tumpang kat batang pokok. Tak sure pokok apa sebab tak berdaun dah. Dan mati mungkin dililit pothos.

      Delete
  2. saya tak tahu sangat bab pokok-pokok ni. tapi keladi tu cantik. suka hati je cakap pokok keladi ea..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam bukan keladi. Jenis pokok menjalar ni. Cantik memang cantik.

      Delete
  3. wahhh cantiknya pokok ni..kaler daunnya cantik betol!

    ReplyDelete
  4. yang dalam bekas gelas kecik tu tak nampak cantik lagi, tapi yang besar dah tu nampak cantik betul... nampak berkilat daunnya... kalau jual laku kot tu dik oi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang besar tu sebab baru lepas potong semua daun dia. Itu yang tumbuh baru tu. Dalam gelas tu saya ambil masa potong tu.

      Delete
  5. pokok ni pon dah popular sekarang, ramai yang menanamnye.. saya takde tempat je dah nak letak..

    ReplyDelete
  6. haa, giant pothos ni la orang Malaysia selalu salah faham dengan Monstera puluh ribu tu hahaha..yang ni murah je orang jual, masih bawah RM50 lagi..sebab dia tumbuh merata..tapi still cantik dan memikat kalo buh dalam pasu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..rupa dia nak serupa dah cuma pothos tak koyak je. Jenis mudah dapat jugak sebab tu murah sikit kotkan. Itulah tu, letak dalam pasu dan tiang dia mesti cantik bila besar.

      Delete
  7. Dulu sekadar di pinggiran, tapi tetap cantik dipandang. macam ada jenis macam ni ditanam jiran tapi bukan giant.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tak pandang, tiba tiba nampak cantik pulak. Jenis ni ada banyak saiz jugak, kan kak.

      Delete
  8. peminat pokok pasti suka la ni..nice bila ltk dlm bekas tu

    ReplyDelete
  9. Oooo... itu ke nama dia? Uncle baru tahu! hehehe

    ReplyDelete
  10. Lebar sungguh daunnya patutlah dipanggil giant hehehe

    ReplyDelete
  11. Saham tengah tinggi tumbuhan tu sekarang...Dulu terpinggir saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Tengah trend orang minat pepokok. Dulu orang tak kisah pun.

      Delete
  12. Amboi..berbelit lidah nak menyebut nama dia..

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Betul tu kak. Kalau mahal tak pandai jaga sayanglah kan kalau mati.

      Delete
  14. Saya jadi tahu namanya 😄. Dulu mama ada tanaman nih, tapi biasa ditaro dalam air utk letak Kat meja. Tapi selama itu tak pernah tanya namanya apa 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka jugak letak dalam balang kaca menggunakan medium air.Hiasan daun yang cantik di meja. Sekarang sudah tahu namanya kan :)

      Delete
  15. akak suka yg ni compare dgn monstera tu.
    yg ni mcm padu daunnya. nampak kemas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Corak dia pun buat lagi bertambah cantik, kan. Masing masing ada value dan ada peminat sendiri.

      Delete
  16. cantik.. kalau tak cakap memang nampak seperti tak menumpang pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok ni memang suka menumpang menjalar kat pokok lain. Sampai dah tak tahu identiti pokok sebenar pokok asalnya tu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.