Gila-Gila Cinta
Gila-Gila Cinta, drama melayu bersiri lakonan Dayang Areeda, Zaki Azeman, Aziq Mukhriz, Afiera Riana dan ramai lagi. Ramai pelakon baru dalam Drama Gila-Gila Cinta ni. Best ke tidak, kenalah tengok nanti.
Drama Gila-Gila episod 1 mula bersiaran pada 9 Disember 2021, setiap Rabu hingga Sabtu jam 9:00 malam di slot Lestary TV3 menggantikan Drama Diari Seorang Suami.
DRAMA GILA GILA CINTA
Jumlah episod : 7Mula siaran : 9 Disember 2021
Waktu Siaran : Rabu-Sabtu, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Pengarah : Emi Suffian @Pyan Screw
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON GILA GILA CINTA
- Dayang Areeda sebagai Diya
- Zaki Azeman sebagai Karl
- Aziq Mukhriz sebagai Ben
- Afiera Riana sebagai Afira
- Asyraf Rozami sebagai Ery
- Hasmira Azmi sebagai Fina
SINOPSIS GILA GILA CINTA
Afira bakal mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya Ben. Afira seorang agen insurans terbaik yang mempunyai pendapatan tinggi sering menjadi contoh kepada pekerja lain. Kemasukan Diya yang mula bekerja di situ mendapat bimbingan daripada Afira.Tanpa Afira tahu Diya adalah bekas kekasih Ben. Karl pula adalah bekas kekasih Afira. Kerjayanya sebagai penyunting. Karl menjadikan rumahnya sebagai studio dan berjiran dengan Diya.
owh drama baru kat tv3. first time tgk zaki azeman jadi hero..
ردحذفDrama akan datang. Rezeki dia dapat jadi hero pulak.
حذفSaya kenal Dayang Areeda je..huhu
ردحذفSebab dia banyak juga berlakon sekarang kan. Yang lain macam kurang familiar.
حذفok citer baru.... bole layan esok hehehe
ردحذفJom layan kalau best. Selamat menonton.
حذفKalau drama tv3 time 9pm mmg tak dapat lah nak tengok.
ردحذفSama ada hubby layan movie dia atau pun anak..
Aini ni layan kt phone je lah..atau buat kerja kt dapur..haha
Biasa layan online je. Senang bila free anytime boleh tengok :)
حذفdayang ni cantik lahhh
ردحذفKann..suka gak tengok dia.
حذفAmmi kalau tengok cerita camni abahnya mesti cakap "umur tak muda lagi cik puan"
ردحذفHahahaha..tergelak terus saya baca. Alah, apa salahnya tengok pun :)
حذفDrama baru dan semua pelakon baru...
ردحذفyep, pelakon pelakon baru kebanyakkannya.
حذفHaah tidak pernah tengok mereka berlakon.
ردحذفRamai pelakon baru kak :)
حذف