Kerang Bakar Bersambal Zarra Ikan Bakar

Dah ambil dos penggalak? Sudah? Lemah!!! Haa memang lemah semacam. Beberapa hari dah cuti masak sebab macam tak berdaya nak masak. Sampaikan bila baru masak malam tadi, encik suami cakap dah lama tak makan masakan saya. Ehhhh...Baru beberapa hari je kot.

Menu merarau semalam, encik suami tapau nasi kukus ikan kembung bakar dan nasi kukus ayam penyet dan juga kerang bakar. Sejak berkenan dengan rasa masakan Zarra Ikan Bakar, tak cari tempat lain dah. 

Dah banyak kali membeli ikan bakar dan ayam penyet. Zarra Ikan bakar ni pun dah berpindah lokasi. Ada dua nama, Zarra Ikan Bakar dan Zarra Penyet House.

Alang-alang encik suami walk in, bolehlah beli ala carte kerang bakar sahaja tanpa nasi.   Kalau membeli di foodpanda, kena beli set dengan nasi sekali.

Kerang Bakar Bersambal Zarra Ikan Bakar

Tak sangka pulak kerang bakar dia bersambal. Ingatkan kerang bakar kosong je. Hampir penuh sebekas kerang bakarnya. Saiz kerang sederhana je. Isi pun ciput. Bolehlah tu buat lepas teringin nak makan. Disekalikan dengan sambal kicap.

Sambal kicap dia sedap tapi tak pedas sangat. Kalau sambal pedas mesti lagi sedap makan. Maklumlah, saya ni sejenis pempedas orangnya. Kena ada pedas sikit. Tak perlu pun pedas berapi. Nanti hilang pulak nikmat makan bila bersulamkan air.

Kerang Bakar Bersambal Zarra Ikan Bakar

Dah lama tak ambil gambar makanan. Lama pulak cuti ambil gambar. Tak ada job, mana nak datang rajinnya. Lagipun sibuk banyak urusan, kesana kesini, kena cucuk vaksin lagi. Ambil gambar sekadaran cukuplah.

Nak jimat, kenalah walk ini. Guna service food delivery faham fahamlah harga dia macamana kan. Ini harga kalau walk in.

Harga Menu Zarra Ikan Bakar Penyet House

Tersinggah Seremban tu bolehlah cuba menikmati menu di Zarra Ikan Bakar Seremban. Lokasinya seperti dalam gambar. Save terus gambar ni pun boleh.

Zarra Ikan Bakar Seremban Penyet House

Sebab sedap kita promotelah. Bukan paid review ye.

26 comments:

  1. tiba2 rasa teringin pula nak makan kerang rebus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerang rebus panas panas cicah sambal kicap pun sodap amat!

      Delete
  2. nama restoran pun dah sedap...mesti makanannya pun sedap

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah ambil vaksin penggalak, wah encik suami dah rindu masakkan Fiza tu, tentu pandai masak :) suka kerang bakar, dah lama tak makan, rasa sedih juga menu delivery sekarang ni berset..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masakan biasa biasa je. Menu yang lama tak makan. Itu yang order sekali tu. Sebab tulah dalam foodpanda semua berset je.

      Delete
  4. Selalu kerang rebus kosong dengan pencicah ini siap kerang dibuat sambal. Nampak menyelerakan warna sambal kerang.
    Betul kena beritahu sedap atau tidak. Sedap boleh promosi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang kerang bakar bersambal, kan kak. Sedap! Mana sedap kita promote, yang tak sedap tu share jugaklah. Mana tahu selera orang lain sedap pulak kan.

      Delete
  5. kerang bakar mmg fav..yg bersambal ni pernah mkn skali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerang ni kegemaran ramai. Tapi susah nak cari. Kerang masak apa pun sedap.

      Delete
  6. Akak kalau nak makann kerang fresh kena beli kat pasar besar seremban...kalau beli kat Zemart ke FS ke...memang keadaan kerang tu x fresh la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah jejak lagi pasar seremban. Biasa beli kat FS, KipMart, Zeemart dan Mydin je kak. Nasib nasib je kalau dapat yang fresh.

      Delete
  7. nampak sedap kerang bakarnye tu. dulu saya memang suke kerang, sekarang terpaksa kurangkan pengambilan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap jugak kerang bakar bersambal macam ni. Ohh macam tu. Makan sekadaran je lah kan.

      Delete
  8. Owh.. bersambal.. sellaunya kerang bakar kosong dan cili kicap je.. ini ada bersalut sambal.. menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah bersambal. itulah tu, biasa bakar kosong je kan. Best jugak bersambal.

      Delete
  9. Aiissshhhh, belum pernah ternampak kerang langsung dibumbui kecap pedas kayak gitulah 😍😍😍😍. Pasti sedaap. Tapi saya juga kayak Kak Fiza, lebih suka yg pedas. Rasanya kalau makan pun jadi jauh lebih nikmat yaaa ❤️. Sayaaang lah ini jaiuuh :(. Ntah kapan bisa kesana lagi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaaa..makanan ada rasa pedas lebih nikmat gituh. Ngak perlu tunggu datang Malaysia, mungkin boleh cuba masak ke kan :)

      Delete
  10. Lamanya tak makan kerang.....Macam dah setahun tak makan rasanya..HAHA

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.