Kopilah Kopi Ditepian Pantai

Dah plan dah, kalau ke Port Dickson nak cuba rasa kopi Kopilah Kopi. Kalau Terengganu ada Kopi Payong boleh lepak ditepian pantai, apa kurangnya dengan Kopilah Kopi lepak ditepian pantai Port Dickson ni.

Kopilah Kopi cafe yang menarik dan unik. Kopi hipster kan, mesti lah ada daya tarikan tersendiri. Strategik sangat lokasi di tepian pantai ni. Dapatlah mengopi sambil menikmati keindahan panorama pantai.

Kopilah Kopi Port Dickson

Sebenarnya Kopilah Kopi ni bukan hanya ada di Port Dickson, ada juga Kopilah Kopi Kuala Pilah. Tapi kenapa tak pernah tahu ekkk. Lain kalilah cari kat Kuala Pilah. Dah ke PD, kita rasa yang PD punya dulu sedap ke tidak.

Nak ke Terengganu jauh sangat, kita ke Port Dickson a.k.a PD pun jadilah. Dekat sikit, kannn...Dalam perjalanan ke PD, cuaca macam mendung. Sampai di PD dah basah lencun bumi. Cuma tinggal saki baki hujan renyai.

Sampai di Kopilah Kopi cafe, renyai ranyai pun nak juga keluar kereta membeli kopi sama-sama. Cafe pun tak ramai orang. Ada 4 orang pelanggan masa tu. Jadi, taklah beratur panjang. Terus order apa yang macam menarik.

Menu dan Harga Kopilah Kopi

Tak lama menunggu dah siap. Eh kejap betul! Jimat masa tak perlu nak tunggu lama. Cepat siap sebab tak ada pelanggan lain yang menunggu order. Konon macam nak minum kat situ je tapi macam tak sempat nak lepak lama sebab dah sampai masa nak check in hotel. 

Jadi, sempat jugaklah ambil gambar di tepian kedai Kopilah Kopi. Hujan renyai, don't care!

Kopilah Kopi Port Dickson

Gambar kopi ambil dalam kereta je lah. Nampak tak cermin kereta dah dibasahi hujan. Hujan renyai bertukar menjadi hujan lebat. 

Kopilah Kopi Port Dickson

Saya order iced cafe mocha dan encik suami pilih iced caramel macchiato. Iced cafe mocha macam biasalah cukup rasa cocoa powder, fresh milk dan espresso nya. Sedap sebab macam rasa espresso lebih. 

Iced caramel macchiato tak mengecewakan jugak. Walaupun jarang order iced caramel macchiato tapi tak sangka, sedap rupanya. Dua dua rasa kopi sedap setanding harganya. Kopi mesin mana ada yang murah. 

Kopi hipster sekarang bukan biasa biasa. Semakin banyak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Antaranya :
  • Tentang Kopi, Kangar Perlis
  • Hirup Kopi, Kepala Batas Pulau Pinang
  • Kopi senget, Telok Panglima Garang, Selangor
  • Pulut dan Kopi, Semenyih, Selangor
  • Kopi dan Kudap, Kampung Tanjung Batu Rakit, Terengganu
  • Kopi Payong, Batu Rakit, Terengganu
  • Kopisor, Bachok Kelantan
  • Kue street cafe, Melaka
  • Kaffeinted Fish, Johor Bahru
Kopilah Kopi cafe ni dekat je dengan dataran tepi pantai ni. Apa entah nama tempat ni. Lain kali lah singgah boleh lepak berlamaan sikit kat sini. Tempat yang menarik untuk singgah bila datang ke Port Dickson ni.

dataran tepi pantai Port Dickson

Kopilah Kopi

Waktu operasi :10am-10pm (buka setiap hari kecuali kecemasan)
Lokasi : Kioks Batu 1, Belakang Pejabat Daerah

26 comments:

  1. Replies
    1. Kopi dua darjat ye. Ada Ammi pernah komen sebelum ni. Saya belum jumpa lagi. Hehehe...

      Delete
  2. Sana sini orang 'mengopi' :)
    Tapi baguslah, boleh jana pendapatan terutamanya bagi anak-anak muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, mana mana pun ada kopi hipster. Ya, ada peluang untuk tambah pendapatan.

      Delete
  3. Menggoda rupa kopi tu Fiza.
    Akak dulu tak minum kopi, tapi sekarang kopi tanpa gula pun akak boleh minum..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi mesin memang sedap lagi. Manusia berubah. Dari tak suka jadi suka sampai boleh menikmati kopi tanpa gula. Tapi sedap jugak tu. Pernah juga minum masa diet. Rasa kopi asli pahit pahit manja gitu.

      Delete
  4. harganya memang setanding di kedai mahal... kalau rasanya kureng memang tak berbaloi membeli... mujur sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujurlah sedap rasa setanding harga. kalau tidak, itulah kali pertama dan terakhir membeli.

      Delete
  5. Nampak sedap kopi tu..
    I'm so addicted in coffee but with a lil of sweetness..
    Memang bersepah orang jual lopi-kopi macam ni..
    Yang penting sedap and worth the price..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua dua sedap. Saya suka jenis kurang manis sikit dan ada rasa kopi pahit pahit sikit. Baru sedap minu. Betul tu, bersepah kedai kopi sekarang. Nak cari yang kena dengan selera tu payah.

      Delete
  6. banyak betul kedai kopi hipster zaman sekarang, tapi belum pernah masuk mana mana pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kakyan. Mana mana ada je kedai kopi hipster. Bukan minat kakyan mungkin.

      Delete
  7. Saya pun sempat juga mengunjungi pesta kopi.Rupanya kopi dah jadi trend pulak sekarang yer..
    Sedap tu Fiza ngopi dalam renyai hujan
    Aroma kopi bisa memanaskan kedinginan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh mama cella pun pergi jugak ye. Saya tengok ramai betul orang kat sana. Padat boleh tahan. Boleh dikatakan trending juga kopi hipster sekarang ni.
      Aroma je memanaskan, tapi order kopi sejuk tetap sejuk. hihihi...

      Delete
  8. rare lah nama diaa. bekas dia pun cntikkk.. busyra dh la peminat kopi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang rare tu lah buat orang akan ingat macam tu kan. Samalah kita, peminat kopi :)

      Delete
  9. Kopi sedap takpe rasa berbaloi minum. Oh Melaka pun ada. Kena google yang Fiza senaraikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, kalau sedap memang bebaloi membeli. Bolehlah cuba kue street cafe kak. Nanti boleh review. Cantik gak cafe tu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.