Kopilah Kopi Ditepian Pantai
Dah plan dah, kalau ke Port Dickson nak cuba rasa kopi Kopilah Kopi. Kalau Terengganu ada Kopi Payong boleh lepak ditepian pantai, apa kurangnya dengan Kopilah Kopi lepak ditepian pantai Port Dickson ni.
Kopilah Kopi cafe yang menarik dan unik. Kopi hipster kan, mesti lah ada daya tarikan tersendiri. Strategik sangat lokasi di tepian pantai ni. Dapatlah mengopi sambil menikmati keindahan panorama pantai.
![Kopilah Kopi Kopilah Kopi Port Dickson](https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhOvCO0e37MXN2A7kNDeRkdpM5VnHokAdqxCXJpT1UCWH52BmTeQ8y8_Qv_4YEQspjLQIs_UdLbDBQaoi2dCuN4tRFTi-umkJ4JZV94SrQ8Y0zfNOJepEUq6Upre_1nmuQMl6E9c0aHMLqu-Gh9HhOfp6-zg0bUkFC5OeN_rO34YIme-pYREmhBTia6Dg=s16000-rw)
Sebenarnya Kopilah Kopi ni bukan hanya ada di Port Dickson, ada juga Kopilah Kopi Kuala Pilah. Tapi kenapa tak pernah tahu ekkk. Lain kalilah cari kat Kuala Pilah. Dah ke PD, kita rasa yang PD punya dulu sedap ke tidak.
Nak ke Terengganu jauh sangat, kita ke Port Dickson a.k.a PD pun jadilah. Dekat sikit, kannn...Dalam perjalanan ke PD, cuaca macam mendung. Sampai di PD dah basah lencun bumi. Cuma tinggal saki baki hujan renyai.
Sampai di Kopilah Kopi cafe, renyai ranyai pun nak juga keluar kereta membeli kopi sama-sama. Cafe pun tak ramai orang. Ada 4 orang pelanggan masa tu. Jadi, taklah beratur panjang. Terus order apa yang macam menarik.
![Kopilah Kopi Menu dan Harga Kopilah Kopi](https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEgabhGuX_JQGZ-CldMXKWJ2XaB_T2ssAorbAOdknf28p-dRTdas82ldHy5d5sh0NP7mpWAfTHKM3jY-qMjaW9jvJ4d_Sq_cgaMdz3B2ZoGpf2YSWh1kjvPmCCCn0uBCgth9LxmU0xrhpo7WeJZyj6luizkQXsuEKb5ZaHQkg8DrXcn_2qmieKCTBVXrgg=s16000-rw)
Tak lama menunggu dah siap. Eh kejap betul! Jimat masa tak perlu nak tunggu lama. Cepat siap sebab tak ada pelanggan lain yang menunggu order. Konon macam nak minum kat situ je tapi macam tak sempat nak lepak lama sebab dah sampai masa nak check in hotel.
Lokasi : Kioks Batu 1, Belakang Pejabat Daerah
Kopilah Kopi cafe yang menarik dan unik. Kopi hipster kan, mesti lah ada daya tarikan tersendiri. Strategik sangat lokasi di tepian pantai ni. Dapatlah mengopi sambil menikmati keindahan panorama pantai.
Sebenarnya Kopilah Kopi ni bukan hanya ada di Port Dickson, ada juga Kopilah Kopi Kuala Pilah. Tapi kenapa tak pernah tahu ekkk. Lain kalilah cari kat Kuala Pilah. Dah ke PD, kita rasa yang PD punya dulu sedap ke tidak.
Nak ke Terengganu jauh sangat, kita ke Port Dickson a.k.a PD pun jadilah. Dekat sikit, kannn...Dalam perjalanan ke PD, cuaca macam mendung. Sampai di PD dah basah lencun bumi. Cuma tinggal saki baki hujan renyai.
Sampai di Kopilah Kopi cafe, renyai ranyai pun nak juga keluar kereta membeli kopi sama-sama. Cafe pun tak ramai orang. Ada 4 orang pelanggan masa tu. Jadi, taklah beratur panjang. Terus order apa yang macam menarik.
Tak lama menunggu dah siap. Eh kejap betul! Jimat masa tak perlu nak tunggu lama. Cepat siap sebab tak ada pelanggan lain yang menunggu order. Konon macam nak minum kat situ je tapi macam tak sempat nak lepak lama sebab dah sampai masa nak check in hotel.
Jadi, sempat jugaklah ambil gambar di tepian kedai Kopilah Kopi. Hujan renyai, don't care!
![Kopilah Kopi Kopilah Kopi Port Dickson](https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjJwrgnMNmwONuzYLkGryO82HCjo6SwkQiEaay47Wdk6HRvVRoFBT85sg0-Tcp-E9gPRQUckgol8JuEz-28kF-1bbYmPym90wmQyqIe77NgDJu2t7bqmpvviDdcFSS72cK2CPb1hQYNsjZAQN9y6SkiYxWUU5MiEg4CvBBB_7_B0W9duTs4ZmpVFMVhSw=s16000-rw)
![Kopilah Kopi Kopilah Kopi Port Dickson](https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEgRoMYN2RdSFz9kzv1hqjCnP0o8FujO27ev5WCcZ1kUMB1DQY7fhtW6LEcGixwS7PXX3W6FMLiqTaDkdwNLWeHmcgnXV8ac3qeJ40DkWwT2s5IouIiJI31C72eU1hgAGmNTND1_OeXHWXNog59290qoNJi1tE42ZaSpB63AHKNlz2iWeo-EOvLMpyr4EQ=s16000-rw)
Iced caramel macchiato tak mengecewakan jugak. Walaupun jarang order iced caramel macchiato tapi tak sangka, sedap rupanya. Dua dua rasa kopi sedap setanding harganya. Kopi mesin mana ada yang murah.
Kopilah Kopi cafe ni dekat je dengan dataran tepi pantai ni. Apa entah nama tempat ni. Lain kali lah singgah boleh lepak berlamaan sikit kat sini. Tempat yang menarik untuk singgah bila datang ke Port Dickson ni.
![dataran tepi pantai Port Dickson dataran tepi pantai Port Dickson](https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEizpV1nXuHTO_vBb3ISmGEQZuX-9WfHl0mJ6TnXDlvR3KW0ZdYeg2z8gRB1o1HEs2637mlAi7-zEhDYrz7WejYGLSWspQaAcEYLjq6rrCLK5t73USsQMcPzpILBYuMGDXxNzRUGZaP6RhWUTNsuNp1LtchwDwCvisPdPnurp2XvVGNqzg7JuEkssN-vjg=s16000-rw)
Gambar kopi ambil dalam kereta je lah. Nampak tak cermin kereta dah dibasahi hujan. Hujan renyai bertukar menjadi hujan lebat.
Saya order iced cafe mocha dan encik suami pilih iced caramel macchiato. Iced cafe mocha macam biasalah cukup rasa cocoa powder, fresh milk dan espresso nya. Sedap sebab macam rasa espresso lebih.
Kopi hipster sekarang bukan biasa biasa. Semakin banyak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Antaranya :
- Tentang Kopi, Kangar Perlis
- Hirup Kopi, Kepala Batas Pulau Pinang
- Kopi senget, Telok Panglima Garang, Selangor
- Pulut dan Kopi, Semenyih, Selangor
- Kopi dan Kudap, Kampung Tanjung Batu Rakit, Terengganu
- Kopi Payong, Batu Rakit, Terengganu
- Kopisor, Bachok Kelantan
- Kue street cafe, Melaka
- Kaffeinted Fish, Johor Bahru
Kopilah Kopi
Waktu operasi :10am-10pm (buka setiap hari kecuali kecemasan)Lokasi : Kioks Batu 1, Belakang Pejabat Daerah
wahhh rare betul nama kedai dia
ردحذفRare barulah hipster :)
حذفKopi Darjat
ردحذفKopi dua darjat ye. Ada Ammi pernah komen sebelum ni. Saya belum jumpa lagi. Hehehe...
حذفSana sini orang 'mengopi' :)
ردحذفTapi baguslah, boleh jana pendapatan terutamanya bagi anak-anak muda.
Betul, mana mana pun ada kopi hipster. Ya, ada peluang untuk tambah pendapatan.
حذفok nanti saya pergi!
ردحذفSelamat mengopi ditepian pantai :)
حذفMenggoda rupa kopi tu Fiza.
ردحذفAkak dulu tak minum kopi, tapi sekarang kopi tanpa gula pun akak boleh minum..hehe
Kopi mesin memang sedap lagi. Manusia berubah. Dari tak suka jadi suka sampai boleh menikmati kopi tanpa gula. Tapi sedap jugak tu. Pernah juga minum masa diet. Rasa kopi asli pahit pahit manja gitu.
حذفharganya memang setanding di kedai mahal... kalau rasanya kureng memang tak berbaloi membeli... mujur sedap kan
ردحذفMujurlah sedap rasa setanding harga. kalau tidak, itulah kali pertama dan terakhir membeli.
حذفNampak sedap kopi tu..
ردحذفI'm so addicted in coffee but with a lil of sweetness..
Memang bersepah orang jual lopi-kopi macam ni..
Yang penting sedap and worth the price..
Dua dua sedap. Saya suka jenis kurang manis sikit dan ada rasa kopi pahit pahit sikit. Baru sedap minu. Betul tu, bersepah kedai kopi sekarang. Nak cari yang kena dengan selera tu payah.
حذفbanyak betul kedai kopi hipster zaman sekarang, tapi belum pernah masuk mana mana pun
ردحذفBetul tu kakyan. Mana mana ada je kedai kopi hipster. Bukan minat kakyan mungkin.
حذفDua dua kopi nampak tempting 😊
ردحذفSangattt..Dapat merasainya apatah lagi.
حذفSaya pun sempat juga mengunjungi pesta kopi.Rupanya kopi dah jadi trend pulak sekarang yer..
ردحذفSedap tu Fiza ngopi dalam renyai hujan
Aroma kopi bisa memanaskan kedinginan
Ohh mama cella pun pergi jugak ye. Saya tengok ramai betul orang kat sana. Padat boleh tahan. Boleh dikatakan trending juga kopi hipster sekarang ni.
حذفAroma je memanaskan, tapi order kopi sejuk tetap sejuk. hihihi...
rare lah nama diaa. bekas dia pun cntikkk.. busyra dh la peminat kopi!
ردحذفYang rare tu lah buat orang akan ingat macam tu kan. Samalah kita, peminat kopi :)
حذفMenarik ni...boleh cuba nanti
ردحذفJangan lupa cuba nanti kak bila sampai PD :)
حذفKopi sedap takpe rasa berbaloi minum. Oh Melaka pun ada. Kena google yang Fiza senaraikan.
ردحذفYep, kalau sedap memang bebaloi membeli. Bolehlah cuba kue street cafe kak. Nanti boleh review. Cantik gak cafe tu.
حذف