Header Ads

Lepak Makan Malam Di Qali Grill Tapi Order Di Qasreena Cafe

Tiba tiba macam pemburu makanan pulak sehari dua ni. Tahu-tahu sampai Melaka. Tanpa merancang, saja berjalan ke Melaka melawat adik anak buah yang datang di ILP Melaka. Dalam masa yang sama adik anak buah dari Segamat pun datang menghantar misi kemanusiaan katanya.

Itu dah habis ini dah habis, jadi hantar keperluan. Nak keluar tak boleh, hanya dibenarkan sampai pintu pagar je. Mak ayah nak jumpa pun setakat pintu pagar je. Tak boleh keluar lansung. Dapatlah jumpa sekejap di pintu pagar.

Lepas hantar barang, carilah tempat makan sedap di Bukit Katil Melaka ni. Jumpalah kedai Qali Grill dan Qasreena Cafe. Qali Grill tepi jalan, Qasreen Cafe di deretan kedai. Dua dua ni berhadapan. Semasa sampai penuh di Qali Grill ni. Ada tempat kosong tapi dah reserved.

Biasa kedai ramai orang ni makanan dia sedap, kan? Kami pilih duduk luar je lah berhadapan dengan dapur Qali Grill. Chef dia iras iras Tuju K-Clique, iras Safee Sali pun ada. Sambil masak sambil menyanyi. Ada hiburan pulak kat situ. 

Rasanya Qasreena Cafe dan Qali Grill ni join venture kot. Boleh order dari mana-mana  cafe pun. Melaka ni popular dengan mee racun. Tak pulak kami nak cuba mee racun qasreena cafe.

qasreena cafe bukit katil melaka menu

Untuk kali kedua saya order fish & chips. Lepas dendam bila lama tak makan. Anak buah order chicken chop dan encik suami order nasi colosseum daging black pepper.

qasreena cafe bukit katil melaka menu

Makanan dia semua sedap sedap. Tapi kena bersabarlah sikit tunggu hidangan sampai. Bila ramai orang kenalah menunggu lebih masa sikit. Itu biasa.

By the way, Qali Grill ni cafe dia sangat menarik. Bertemakan hawaii macam santai makan tepi pantai walaupun jauh nau nau dari pantai. Kena pergi siang baru nampak decoration dia. Atau boleh tengok di facebook : https://www.facebook.com/QALIGRILLASIA/

هناك 30 تعليقًا:

  1. nampak sedap. nak kena makan western jugak ni hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Ikut selera saya sedaplah. Sesekali western tukar selera dari kebiasaan.

      حذف
  2. menarik nampaknya.... Tak pernah lagi makan makan kat Melaka..

    ردحذف
    الردود
    1. Menarik tempatnya dan makanan pun banyak pilihan. Kalau ke Melaka bolehlah singgah sini.

      حذف
  3. nampak menyelerakan. rasa macam lama Fizah tak buat entry dine in. oh, kedai western ada jual mi racun ye

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat menyelerakan dan kena dengan selera. Jarang dine in sebenarnya. Bila jalan jalan je baru ada JJCM gitu. Dalam menu ada mi racun tapi tak rasa nak cuba pulak.

      حذف
  4. Cantik tempat makannya. Ngam lah jadikan port dating laki bini. He3.

    ردحذف
    الردود
    1. Decoration macam hawaii gitu. Yep, port dating candle light dinner ke kan. Okay gak tu.

      حذف
  5. Menarik tema dia.. gabung macam ni kira baguslah.. boleh order dari mana2..

    ردحذف
    الردود
    1. Betul, bergabung sama sama cari makan okaylah kan. Tema cafe ni memang nice sangat.

      حذف
  6. Yumms nampak sedap. Nanti bolehlah masuk dalam wishlist makan makan hehehe. Selalu ke Melaka cuma di Bandar Hilir atau Bachang je

    ردحذف
    الردود
    1. Bukan nampak je sedap. Memang sedap! Silakan rasa sendiri sebab selera berbeza. Hihi..

      حذف
  7. kalau tgh lapar..mmg kena bertabah kalau makanan lambat smp

    ردحذف
  8. Nampak entri kak fiza baruuuu teringat dah lama tak makan western. Asyikkk nasi nasi nasi aje huhuhu. Cantikk tempat tu, sesuai gak untuk candle light dinner dengan husband gituuu.

    ردحذف
    الردود
    1. hihi..pasni boleh order makanan western pulak Atiqah. lama dah teringin baru sekarang mendapat. 2 x 2 tempat berbeza order western. Sesuai tapi macam tak private pulak :)

      حذف
  9. Bagus bila ada join vanture ...jarang jumpa tempat makan orang kita yang boleh buat macam tu kecuali kat food court..Semoga perniagaan mereka bertambah maju

    ردحذف
    الردود
    1. Betul, jarang orang kita boleh ngam bukak kedai makan ni kan.
      Semoga bertambah tambah rezeki mereka. Aaminn...

      حذف
  10. Apa agaknya rasa mee racun dia ya..? hehe
    Btw nampak sedap western food dia

    ردحذف
    الردود
    1. Tak pasti, sebab tak pernah makan mi racun. Ye, menu western dia sedap.

      حذف
  11. Wahhh, nampak sedap tuh! Mi racun pun sy tak pernah try...Tak sesia bersabar, dapat rasa makanan yang sedap. Ok lah tuuu

    ردحذف
    الردود
    1. Memang sedap nona, itu ikut selera saya lah. Selera orang lain tak tahu lah. Orang sabar pasti akan dapat yang terbaik..ahh gituuuu..

      حذف
  12. Eh tampaknya lagi trend bikin kafe yang bertema beach yaaa. Di Jakarta ada 2 tempat yg seperti itu, padahal jauuuh dari pantai. Tapi mereka membuat suasananya seperti di pantai sungguh, lengkap dengan pasir pantai di lantai. Saya sendiri blm coba, belum ada waktu pula. Tapi teringin nak pergi.

    ردحذف
    الردود
    1. Mungkin juga tengah trending. Memang jauh sangat dari pantai ni. Okaylah jugak, idea yang menarik. Ada pasir pantai tu lagi feel. Tapi kalau buat dipantai betul pastinya lagi meriah suasana tu. betul betul feel di Hawaii gitu.

      حذف
  13. Kata mi racun pedas sangat. Hehe ini pakcik yang kata.
    Orang Melaka pun belum pernah ke Qali dan Qisteena. Bagus Fiza sudah singgah.

    ردحذف
    الردود
    1. Oh ye ke kak? Dekat je dengan rumah akak ni kan. Bolehlah singgah nanti kak. Malam pun boleh tahan ramai. Ada jugak yang reserved tempat sebelum datang.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.