Lepak Mengopi Di Alcea Coffee

Alang alang dah ada kat Tamarind Square Cyberjaya tu, singgahlah lepak mengopi di Alcea Coffee. Motif utama nak mengopi sebab anak buah salah sorang barista kat sini. Selama dia bekerja kat sini, tak sempat sempat nak datang menyinggah.

Tu yang alang-alang dah dekat, kita singgahlah kejap mengopi. Lagipun dah lama tak jumpa anak buah sejak PKP. Dapatlah menyembang sekejap. Kami datang pun dah pukul 9 lebih macam tu. Kedai kedai pun dah tak ramai pengunjung dan hampir hampir nak tutup kedai.

Sekadar nak lepak mengopi tu tak ada hal lah kan. Tengok dari luar macam sibuk je anak buah tu. Dah lama sikit barulah masuk. Eh terkejut tiba tiba nampak muka ucu dan paksu masuk. Baik punya surprise kan. 

Padahal dah whatsapp tanya kerja ke tidak. Tapi sepi tak ada balasan. Rupanya dia sibuk tak sempat tengok phone katanya. Kita terjahlah buat surprise tetiba.

alcea coffee cyberjaya

Kami pilih duduk di bar chair. Nak tengok anak buah art latte secara live gitu. Senang nak menyembang pun ye. Memandangkan pertama kali datang sini, tak tahu nak minum kopi sedap yang mana satu. Jadi, suruh anak buah recommend je lah.

Dapat kopi special. Dia suruh bau kopi best ke tidak. Katanya kopi tu menang dalam pertandingan kopi ke apa entah. Tak cakap banyak, boleh lah dikkk..Asalkan sedap! Bau dia macam bau bau anggur sikit.  

Inilah latte art hasil anak buah. Rasa kopi special ni sukar digambarkan. Sedap tu sedap lah. Latte ni biasalah jenis kopi ringan tak kaw beria. Okay je kami minum. Kongsi berdua. Sebab dah minum dan makan sebelum tu. Jadi perut masih penuh.

alcea coffee menu

Tak lupa beli iced mocha takeaway bekal tahan mata dari mengantok kononnya.  Iced mocha anak buah buat jugak. Sedap level up sikit dari McD. Jangan marah eh McD, sesekali puji kopi orang lain. Apa salahnya kannn...

alcea coffee menu-Iced Mocha

Tercapai jugak hasrat nak menyinggah. Sebelum ni pun dia dok tanya bila nak datang. 

38 comments:

  1. tgk mocha tu mmg nampak sedap!! suka gak latte tp kena tmbh gula sket hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap iced mocha tu. Pekat rasa kopi dan choc. Latte tu rasa dia sedap jugak. Kalau saya kena tambah espresso kot baru sedap sikit ada pahit pahit kaw.

      Delete
  2. coffee..dap dap... suka lepak kat kedai kopi, minum hot coffee sbb nak trg coffee art yg cantik2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. coffee memang sedap. betul betul, suka tengok coffee art :)

      Delete
  3. tengok kopi tu sedap je kalau diteguk time panas ni..aduuiii.. nak kena cari kopi jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat kopi sejuk time panas ni memang syok haihh..cepat kak cari kopi.

      Delete
  4. Ada kopi bau anggur, agaknya ada campuran anggur. Macam kopi durian musang king yang Kak Amie pernah beli di Tenom juga kot, ada campuran durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugak tu. Ada bermacam macam jenis kopi sekarang ni kan. Sampai tak tahu mana satu nak pilih.

      Delete
  5. nanti nak singgahlah kedai ni. nampak cantik kejadian kopi tu. mesti rasa sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah singgah. Kalau menjadi memang cantik. Pada saya sedap :)

      Delete
  6. Wahhh, swan kan tu. Hurmmm.. boleh try sendiri di rumah ni, bancuh kopi, letak kordial anggur atau berries. Akak biasa buat letak oren sunquick, ala2 golden gate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nampak macam love dan swan. Entahlah kak, saya pun tak pasti. Hehe..
      Ohh sedap jugak ye campuran dengan pati buah. Boleh cuba nanti. Tq share kak.

      Delete
  7. Wah ada anak buah pandai buat kopi. Siap ada kopi menang anugerah.
    Jauh Fiza jalan ke Cyberjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah minat pasti boleh. hihi..
      Dekat taklah jauh sangat :)

      Delete
  8. tu lah,,,banyak sangat jenis kopi. siap boleh custom made kan. dulu2 tau kopi o, kopi tarik, kurang manis, kopi beng

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul. Dulu kopi o kopi susu kopi tarik je lah kan. Sekarang ni dah banyak sangat.

      Delete
  9. Cantik sangat coffee art dia..ciksun peminat latte, harus cuba latte kalo ke mana²..

    ReplyDelete
    Replies
    1. coffee art tu daya penarik peminat kopi kan. Seronok tengok coffee art cantik.

      Delete
  10. Kopinya. Pekat!!
    Yang ada corak2 tu paling sayang nak minum 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekat memikat. Ya, art coffee tu memang rasa sayang nak minum. Tak minum membazir pulak.

      Delete
  11. Selalu suka visi cafe kopi seperti nih. Setiap ada yg baru di Jakarta, biasanya saya selalu coba juga. Kaoan2 kalo dah bisa ke Malaysia lagi, saya nak coba alcea coffee. Kliatan sedaaaap yg mocca nya kak 👍❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh rajin mencuba pelbagai kopi di cafe baru. Jangan lupa datang sini nanti. Iced mocha memang sedap. Fav!

      Delete
  12. Cantik latte art tu sayang nak kacau kalau Mrs. A terus minum jer... dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..sayang betul nak kacau. Tapi tak kacau pun. minum sikit sikit. Hihi...

      Delete
  13. Kalau Aini tengok Latte camtu mmg sedap ler..
    Aini hantu Coffee..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat kopi apa jenis kopi memang layan je kan. Setiap jenis kopi tu ada sedapnya tersendiri.

      Delete
  14. coffee lover tak nyinggah minum kopi apo kan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk kedai kopi tak minum kopi macam tak syok lah kan.. hihi

      Delete
  15. Cantik bentuknyaaaa! Hehe... Bila ler nak ke Cyberjaya. jalan jalan sana.... Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..nanti nanti kalau ke cyberjaya singgah lah sini.

      Delete
  16. Menarik la cafe dia...tapi kat Cyberjaya plak...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.