Mr. Millennium
Mr. Millennium, drama melayu bersiri terkini gandingan lakonan Aqasha dan Cristina Suzanne. Drama Mr. Millenium episode 1 mula bersiaran pada 7 Disember, Isnin-Khamis jam 8:30 malam di Slot Diandra TV9.
DRAMA MR. MILLENIUM
Jumlah episod : 13Mula siaran : 7 Disember 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 8:30 malam
Siaran TV : Slot Diandra TV9
Pengarah : Azmi Hata
Produksi : MIG Productions Sdn Bhd
PELAKON DAN WATAK
- Aqasha sebagai Jamil
- Cristina Suzanne sebagai Mastora / Qistina
- Esma Daniel sebagai Dato King
- Ady Mohammad sebagai Man Toba
- Danial Amri sebagai Badul
- Shukry Ramlee sebagai Bujar
- Bard Kerdil sebagai Tok Mudim
- Amrel Norman sebagai Malik
- Zarina Zainuddin sebagai Mak Jenab
- Nu'man Salleh sebagai Pak Meon
- Fieza Hanafie sebagai Mak Seha
SINOPSIS MR. MILLENIUM
Jamil (Aqasha) dan Mastora (Cristina Suzanne) adalah pasangan suami isteri yang hidup secara sederhana di sebuah kampung pada zaman 60-an. Mereka tidak mempunyai anak akan tetapi penduduk kampung menganggap Jamil dan Mastora sebagai pasangan yang romantik dan lurus serta hidup bahagia.Jamil sejenis yang kuat berangan dan sering membayangkan apa akan terjadi di masa hadapan. Pada satu hari, Jamil terjumpa satu gelung misteri. Tanpa berfikir panjang, Jamil telah masuk ke dalam gelung itu dan dibawa merentas masa ke zaman moden.
Jamil terpinga-pinga dengan dunia yang serba moden dan telah berlaku pelbagai insiden lucu. Tambahan lagi, Jamil telah berjumpa dengan seorang wanita yang seiras dengan Mastora semasa muda, Qistina.
Apabila Jamil sedar bahawa dia berada di zaman moden dan Mastora pula tidak ada di sisinya, dia mula mencari gelung misteri itu untuk pulang ke tempat asalnya. Dalam perjalanan Jamil berhadapan dengan pelbagai ujian, dia menjadi popular dan kaya.
Di ketika itu, Qistina kembali dan menawarkan bantuan untuk menguruskan kerja-kerja Jamil. Dalam pada itu juga, Mastora tidak berputus asa untuk menjejaki suaminya sehinggalah dia turut sampai ke zaman moden menerusi gelung misteri itu.
Ada gelung misteri senang travel.. Menarik ceritanya, ala back to the future gitu..
ردحذفIbarat pintu doraemon gitu jadi medium time travel.
حذفsekali pandang heroin nampak macam Eja
ردحذفEja versi nenek. Lama gak dia tak berlakon kan. Kalau tidak, dialah ratu bulu mata pelesu 😅
حذفAda baca gak pasal drama ni tp blm smpt layan.. Mcm menarik haha
ردحذفAda masa bolehlah layan nanti 😊
حذفBaca sinopsis pun dah lucu.
ردحذفMana tak lucu tiba tiba masuk ke zaman moden berteknologi dan tak tahu apa apa.
حذفBest juga ni nak layan
ردحذفYa boleh layan di waktu santai santai kalau ada masa.
حذفtengok dia punya preview aritu mcam kelakar...
ردحذفCerita kelakar ni kadang best gak layan.
حذفHahaha! Tagline dia pun menarik!
ردحذفTagline memang kene betul dengan keadaan tu. Masuk zaman moden siapa je tak kalut. Haha
حذفWahh, nampak menarik..lama tak tengok TV9! Macam comel je cerita gini..hehhe
ردحذفSesekali layan tv9 lah pulak nona. Banyak gak citer best.
حذفlayan jgk cite camni.. suka kalo aqasha berlakon..
ردحذفJarang dia bawak watak macam ni kan. Bolehlah tengok nanti
حذفmcm best je ni.. aqashaaaa! minat kt dia dlu
ردحذفKalau dah minat kena tengok nanti drama ni. Hihi
حذفAissshhhh sinobsis nya seperti lucuuu akak 😄. Sayangilah saya tak bisa nonton. Terbayang si pelakon terpinga-pinga dari tahun 60an, bisa masuk ke zaman modern 🤣.
ردحذفIya, cerita komedi pasti lucu. Boleh tonton online streaming pada waktu siaran tu rasanya.
حذفBaca sinopsis sangat menarik.
ردحذفBelum berkesempatan tengok lagi
Nanti nanti ada masa bolehlah tengok :)
حذفJadi tua si Aqasha dan Cristina Suzanne.
ردحذفBaca sinopsis rasa Jamil macam Mat Jenin.
A ah, watak berbeza dari biasa. Lebih kurang begitulah kan
حذفmenarik juga jaln cerita dia
ردحذفBolehlah layan santai santai cerita macam ni.
حذفOkey, ni memang kena tengok! Lagipun dah lama tak tengok lakonan Cristina Suzanne.
ردحذفMacam lama sangat dia tak berlakon, kan. Sekali keluar watak dia berbeza sekali. Bolehlah layan kalau berksempatan ada waktu santai santai.
حذف