Page 365 of 365, End of 2021.

Tanpa menghitung hari, tahu-tahu dah masuk Page 365 of 365. Muka surat terakhir 12 episod buku tahun 2021. Esok dah masuk muka surat baru. Hari ni juga kebetulan adalah hari Jumaat terakhir tahun 2021. 

Apa nak dikata, tahun 2021 yang penuh dengan emosi. Kita masih diuji dengan COVID-19. penghujung tahun pulak diuji dengan banjir besar sana sini. Kehilangan orang yang tersayang dan harta benda. Sungguh benda begitu tidak mudah.

Ujian untuk kita semua yang membuatkan kita lebih mengingati Allah. Allah maha mengetahui segalaNya dan Allah sebaik baik perancang. 

Page 365 of 365

Hari ke 365 yang agak mendung. Nak photoshoot tak kesampaian dok menunggu cahaya masuk. Masih kelam sehingga ke petang. Tiba-tiba hujan lebat turun. Auto cancel nak ambil gambar.

Risau pulak hujan lebat ni. Dah ada amaran beberapa tempat supaya bersiap siaga jika berlaku banjir. Harapnya tak hujan lama dan air pun tak naik.

Page 365 of 365 finally closing this book. Are you ready? Ready atau tidak, masa tetap berjalan tanpa menunggu kita. Page 365 of 365, End of 2021.

notapink : harini tak dapat nak blogwalking sangat. Internet tenggelam timbul tak tahulah kenapa. dengki betul tak nak bagi kerjasama. Ke browser chrome problem. Slow loading pun ye jugak. 

62 comments:

  1. Sadaqallahuazim.... Sekian wabilahitaufikwagidayah wassalamualaikum...

    ReplyDelete
  2. Selamat Tahun Baru 2022 Fiza.....semoga yang indah- indah untuk tahun baru ye...

    ReplyDelete
  3. Cantiknya topi Fiza, gambar pun cantik.
    Tahun baru dengan ujian baru, moga kita semua kuat melalui segalanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak.
      Betul tu, ujian baru yang harus kita tempuh.
      Semoga kita terus kuat. Aaminnn...

      Delete
  4. Lembaran baharu bermula. Semoga semuanya kembali pulih untuk kita semua. Selamat tahun baharu 2022 Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn..semoga semuanya akan baik baik sahaja dimasa akan datang.
      Selamat tahun baru 2022 kak :)

      Delete
  5. Yeahh, end of 365 days, penuh suka duka...

    ReplyDelete
  6. Akak komen sudah masuk 1 Januari. Sini hujan dari kelmarin (Khamis) berhenti sekejap. Sambung. Sekarang masih hujan. Alhamdulillah diberi peluang untuk komen lagi.
    Harap internet Fiza ok balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang di tahun baru ye. Ye kak, hujan non stop.
      Terima kasih kak datang singgah komen. Kembali semula ni dah okay internetnya. Alhamdulillah.

      Delete
  7. selamat tahun baru 2022.. mugo dipermudahkan urusan.. aminn

    ReplyDelete
  8. Cantiknya gambar

    Selamat Tahun Baru 2022. Semoga semua keinginan dan azam tahun baru tercapai hendaknya. Amin

    ReplyDelete
  9. Hai Fiza....
    Haaa lama tak bertamu sampai dah masuk tahun 2022.hihihi..
    Semoga 2022 dan seterusnya kita akan terus dilimpahi nikmat dan rahmat Allah swt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai mama cella. lama perjalanan tu kan. hihi.
      Aaaminnn...

      Delete
  10. Selamat tahun baru Fizah. Pahang dah start banjir semula. Doakan kami ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru. Sama-samalah kita. Johor jugak banjir teruk. Semoga Allah lindungi kita semua dan permudahkan segala urusan kita. Aaaminnn...

      Delete
  11. Salam Tahun Baru 2022...cantik betul gambar tu :))

    ReplyDelete
  12. 365 hari telah kita lalui dengan membawa pelbagai kenangan.
    Di tempat Kak Amie, hari-hari awan mendung kelabu, hari-haru hujan. Itulah permulaan tahun 2022. In syaa Allah semuanya akan baik-baik sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam macam kenangan yang kita bawa. Permulaan tahun baru yang agak mendung. Semoga semuanya akan baik baik je. Aaaminn...

      Delete
  13. 2021 was full of tears for me :( hope 2022 going to be better for all of us

    ReplyDelete
  14. selamat tahun baru 2022. Penutup tahun yang mendung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru Sal. Penutup dan Pembuka yang sama mendungnya :(

      Delete
  15. Bukak buku baharu pulak! Ajom!

    (cantik grafik gambar atas tu!)

    ReplyDelete
  16. 365 hari yang macam-macam warna dan cerita untuk kita semua.
    Selamat tahun baharu, Fiza.
    Moga 2022 lebih baik lebih indah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 365 penuh suka dukanya. Semoga tahun 2022 lebih indah. Aaaminn..
      Selamat tahun baru Kak Farrah :)

      Delete
  17. Selamat tahun baru Fiza, cantik gambar, katner :) sayu tapi perlu berbanyak bersyukur inshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru kak. Terima kasih.
      Lokasi berdekatan dengan rumah kat kampung. Rasanya kebun orang terbiar sampai tumbuh lalang macam tu.
      ye betul, bersyukur apa adanya.

      Delete
  18. Cantik lah gambar tu Fizah.. Teringin nak ambil gambar macam tu tapi otak ni macam macam terbayang kat situ..

    Selamat tahun baru Fiza :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih naniey. Seram gak nak bergambar kat situ pun sebab lalang penuh tu. huhu

      Selamat tahun baru 2022 naniey.

      Delete
  19. Happy New year fiza

    http://www.mamapipie.com/2021/12/20-top-commentor-tahun-2021-blog.html

    ReplyDelete
  20. Fiza pi mana ?
    Lama sangat tak timbul ni..Risau pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ni. Baru boleh muncul hari ni.
      Terima kasih mama cella selalu ambil peduli :)

      Delete
  21. Replies
    1. Bermacam-macam kisahnya tahun 2021.
      Selamat tahun baru 2022 :)

      Delete
  22. slmt tahun baru fiza, smoga tahun ni menjadi lebih bermakna

    ReplyDelete
  23. Happy new yeaaaar kak Fiza 🎉🎉🎉🎉. Hopefully sangat 2022 nih jadi tahun penghibur lah yaaa setelah 2021 lumayan berat dijalani 😔. Dijauhkan lah dari musibah2 wabah, banjir dan lainnya ini kita semua

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.