Pengalaman Buat Veneer Gigi
Eh, dari mana nak mula cerita ni. Kekok bila lama tak menaip. Kita mulakan cerita pengalaman buat veneer gigi dululah. Cerita yang tertangguh dating dengan doktor gigi.
Harga veneer gigi 2021 di klinik pergigian Medissa ni RM200 sebatang. Haritu dah bayar deposit RM100 masa consult. Lepas rawatan veneer, baru bayar bakinya RM100 lagi.
Sekarang ni trend putihkan gigi kan? Ramai juga artis malaysia yang buat veneer gigi untuk jaga penampilan senyum nampak cantik je gigi teratur elok. Nak tahu apa veneer gigi. Boleh baca dibawah.
Tapi kalau veneer sebatang ni dia akan ikut warna gigi asal yang lain. Taklah putih melepak, kang janggal pulak putih satu gigi je. Tapi kalau nak buat rawatan pemutihan gigi lepas ni, gigi veneer tu tak akan berubah warna dah.
Gigi kuning sikit itu biasa dan tanda sihat sebenarnya. Ramai salah anggap dan obses nak gigi putih.
Saya datang awal ke klinik dengan perasaan berdebar debar. Dah terbayang bunyi mesin gerudi gigi tu. Ngilu rasanya! Tak tunggu lama sangat. Dalam 10-15 minit macam tu sampai lah giliran saya.
Masih berdebar-debar tak putus putus. Cuba untuk bertenang dan baring. Saya disuruh kumur dahulu, kemudian diberikan spek untuk perlindungan mata dari cahaya lampu yang terang berderang tu.
Bila dia mula gerudi tu. Aduhaiiii..rasa macam tak boleh tahan dah. Cara buat veneer ni memang kena kikis sikit gigi asal tu.

Lepas tu saya rasa susah nak bernafas sebab air liur bertakung di tekak. Panik mungkin. Atau memang tak tahan. Almaklumlah sejak covid ni mana nak melawat klinik gigi. Jadi, rasa tak selesa kejap. Saya angkat tangan dan doktor berhenti kejap.
Lepas dah sedut, okay dah boleh bernafas macam biasa. Doktor tak rilek lansung buat kerja dia. Laju buat kerja. Tahu-tahu dah siap. Doktor bagi cermin dan tataplah gigi tu elok ke tidak doktor buat. Macam kejap je tapi kejap tu terasa lama betul. Ada lah dalam 15minit macam tu kot. Entahlah, dalam kepala ni rasa nak cepat siap je. Mana tahan dengan bunyi gerudi dan ngilu tu.
Selepas berpuas hati dan doktor cakap, mula mula memang agak tak selesa. Lama lama nanti okaylah. Ye, memang betullah apa doktor cakap tu. Mula mula memang kurang selesa sikit tapi sekarang okay dah. Cuma kadang tu lupa pesan doktor jangan guna gigi depan makan yang keras keras. Adeh!
Sekarang dah boleh tersenyum dah. Elok hasil buatan doktor gigi klinik pergigian Medissa ni. Puas hati. Elok terbentuk gigi tu. Senangnya dalam hati gigi dan kembali okay.
Lepas dah sedut, okay dah boleh bernafas macam biasa. Doktor tak rilek lansung buat kerja dia. Laju buat kerja. Tahu-tahu dah siap. Doktor bagi cermin dan tataplah gigi tu elok ke tidak doktor buat. Macam kejap je tapi kejap tu terasa lama betul. Ada lah dalam 15minit macam tu kot. Entahlah, dalam kepala ni rasa nak cepat siap je. Mana tahan dengan bunyi gerudi dan ngilu tu.
Selepas berpuas hati dan doktor cakap, mula mula memang agak tak selesa. Lama lama nanti okaylah. Ye, memang betullah apa doktor cakap tu. Mula mula memang kurang selesa sikit tapi sekarang okay dah. Cuma kadang tu lupa pesan doktor jangan guna gigi depan makan yang keras keras. Adeh!
Sekarang dah boleh tersenyum dah. Elok hasil buatan doktor gigi klinik pergigian Medissa ni. Puas hati. Elok terbentuk gigi tu. Senangnya dalam hati gigi dan kembali okay.
Harga veneer gigi 2021 di klinik pergigian Medissa ni RM200 sebatang. Haritu dah bayar deposit RM100 masa consult. Lepas rawatan veneer, baru bayar bakinya RM100 lagi.
Sekarang ni trend putihkan gigi kan? Ramai juga artis malaysia yang buat veneer gigi untuk jaga penampilan senyum nampak cantik je gigi teratur elok. Nak tahu apa veneer gigi. Boleh baca dibawah.
Tapi kalau veneer sebatang ni dia akan ikut warna gigi asal yang lain. Taklah putih melepak, kang janggal pulak putih satu gigi je. Tapi kalau nak buat rawatan pemutihan gigi lepas ni, gigi veneer tu tak akan berubah warna dah.
Gigi kuning sikit itu biasa dan tanda sihat sebenarnya. Ramai salah anggap dan obses nak gigi putih.
Apakah Veneer gigi
Veneer gigi adalah sejenis rawatan kerangka tampalan yang sangat tipis. Veneer gigi dilakukan secara khusus bagi menutupi permukaan gigi dengan tujuan memperbaiki dan mencantikkan bentuk gigi.
Rawatan veneer akan dilekatkan pada bahagian hadapan gigi yang akan merubah warna dan bentuk, gigi menjadi cantik.
Rawatan veneer akan dilekatkan pada bahagian hadapan gigi yang akan merubah warna dan bentuk, gigi menjadi cantik.
2 jenis gigi veneer
1. Porcelain
Veneer porselin perlu dihasilkan di makmal oleh juruteknologi pergigian yang terlatih sebelum dilekatkan pada permukaan gigi.Veneer dengan bahan porselin lebih bagus kerana mampu memberikan warna gigi yang lebih natural. Akan tetapi kos veneer poselin lebih mahal.
Bahan resin composite lebih tipis dan perlu mengikis sedikit lapisan atas gigi sebelum veneer dipasang.
Veneer gigi dapat bertahan hingga bertahun-tahun sebelum akhirnya rosak dan perlu bu rawatan yang perlu. Sebaiknya berjumpa dengan doktor gigi setiap 6 bulan.
Yang saya buat jenis resin composite. Sekali lawatan dah boleh siap. Cepat dan murah lagi.
Memilih menggunakan veneer porselin yang diperbuat daripada bahan seramik yang bersifat kaca dan akan kelihatan seakan-akan gigi yang asli.
2. Resin composite
Veneer komposit dilekatkan terus pada gigi pesakit oleh doktor gigi semasa lawatan klinik yang pertama dengan sekali lawatan. Atau perlu dihantar ke makmal untuk diproses terlebih dahulu oleh juruteknologi.Bahan resin composite lebih tipis dan perlu mengikis sedikit lapisan atas gigi sebelum veneer dipasang.
Veneer gigi dapat bertahan hingga bertahun-tahun sebelum akhirnya rosak dan perlu bu rawatan yang perlu. Sebaiknya berjumpa dengan doktor gigi setiap 6 bulan.
Yang saya buat jenis resin composite. Sekali lawatan dah boleh siap. Cepat dan murah lagi.
Kelebihan veneer gigi
Veneer gigi adalah satu rawatan yang konservatif terhadap tisu pergigian. Kebiasaannya ia hanya memerlukan pengurangan pada lapisan enamel sebanyak 0.5 milimeter (mm) dan prosedur ini selalunya tidak memerlukan penggunaan ubat bius setempat.Memilih menggunakan veneer porselin yang diperbuat daripada bahan seramik yang bersifat kaca dan akan kelihatan seakan-akan gigi yang asli.
Setelah prosedur rawatan dilakukan pada permukaan gigi, restorasi veneer gigi akan tampak seperti gigi asli. Mereka yang menjalani rawatan veneer pasti lebih yakin untuk memberikan senyuman yang menarik dan lebih berkeyakinan.
Terdapat kemungkinan juga akan wujud risiko berlakunya sensitiviti gigi selepas rawatan dan kematian tisu pulpa juga boleh berlaku jika penyediaan pengurangan lapisan enamel yang terlalu nipis sehingga mencecah lapisan dentin.
Veneer yang dipasang juga boleh berdepan kemungkinan untuk tertanggal jika tidak disimenkan dengan sebaiknya. Masalah simen atau porselin yang berlebihan juga boleh berlaku jika perapian tidak dilakukan oleh doktor pergigian.
Tetapi tak semua masalah gigi boleh diselesaikan dengan hanya rawatan veneer gigi.
Keadaan ini biasanya disebabkan oleh pengambilan ubatan tertentu semasa gigi terbentuk, rawatan akar gigi, pengambilan flouride secara berlebihan, tampalan resin yang besar dan sebagainya.
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Gigi mungkin mengalami retak atau patah disebabkan oleh kemalangan atau tergigit makanan yang keras (macam kes saya).
Gigi yang semakin menipis atau haus ini boleh berlaku kerana tabiat individu yang suka mengetap gigi. Adakalanya keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan faktor usia dan pengambilan ubatan tertentu.
Sesetengah individu mungkin akan mengalami masalah gigi yang mempunyai jarak atau ruang yang ketara antara gigi. Rawatan veneer ini boleh dilakukan untuk membantu menutup ruang antara gigi-gigi tersebut.
Selain masalah jarak antara gigi yang ketara, rawatan veneer boleh menjadi pilihan rawatan untuk mereka dengan masalah bentuk gigi yang tidak sejajar, tidak lurus, kedudukan gigi yang tidak teratur atau mempunyai masalah bentuk permukaan yang lain daripada kebiasaan.
Apa apa pun untuk memperbaiki sebarang masalah gigi yang minima, berkemungkinan rawatan pergigian lain yang lebih konservatif akan disarankan seperti rawatan pemutihan, pengkonturan semula secara estetik atau veneer komposit.
Untuk individu dengan yang mengalami kerosakan yang lebih besar atau serius, rawatan korona gigi adalah alternatif yang lebih sesuai dan lebih kuat berbanding prosedur rawatan veneer.
Sebelum menjalani apa apa rawatan gigi, doktor gigi akan memberikan nasihat dan pandangan doktor pakar mengenai pilihan rawatan yang sesuai dan terbaik. Tak boleh suka suka kita nak buat itu ini. Doktor gigi akan rawat mana yang lebih utama.
Bahaya veneer gigi
Harus diingatkan, tidak semua prosedur rawatan akan dapat memberikan hasil yang memuaskan. Ini kerana adakalanya gigi yang dipasang veneer akan kelihatan agak besar jika pengurangan lapisan enamel tidak mencukupi semasa proses penyediaan gigi.Terdapat kemungkinan juga akan wujud risiko berlakunya sensitiviti gigi selepas rawatan dan kematian tisu pulpa juga boleh berlaku jika penyediaan pengurangan lapisan enamel yang terlalu nipis sehingga mencecah lapisan dentin.
Veneer yang dipasang juga boleh berdepan kemungkinan untuk tertanggal jika tidak disimenkan dengan sebaiknya. Masalah simen atau porselin yang berlebihan juga boleh berlaku jika perapian tidak dilakukan oleh doktor pergigian.
Tetapi tak semua masalah gigi boleh diselesaikan dengan hanya rawatan veneer gigi.
Masalah gigi yang boleh dilakukan rawatan veneer
- Gigi yang mengalami perubahan warna
Keadaan ini biasanya disebabkan oleh pengambilan ubatan tertentu semasa gigi terbentuk, rawatan akar gigi, pengambilan flouride secara berlebihan, tampalan resin yang besar dan sebagainya.- Gigi patah atau retak
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Gigi mungkin mengalami retak atau patah disebabkan oleh kemalangan atau tergigit makanan yang keras (macam kes saya).- Permukaan gigi semakin nipis
Gigi yang semakin menipis atau haus ini boleh berlaku kerana tabiat individu yang suka mengetap gigi. Adakalanya keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan faktor usia dan pengambilan ubatan tertentu.- Jarak gigi yang ketara
Sesetengah individu mungkin akan mengalami masalah gigi yang mempunyai jarak atau ruang yang ketara antara gigi. Rawatan veneer ini boleh dilakukan untuk membantu menutup ruang antara gigi-gigi tersebut.- Bentuk gigi
Selain masalah jarak antara gigi yang ketara, rawatan veneer boleh menjadi pilihan rawatan untuk mereka dengan masalah bentuk gigi yang tidak sejajar, tidak lurus, kedudukan gigi yang tidak teratur atau mempunyai masalah bentuk permukaan yang lain daripada kebiasaan.Apa apa pun untuk memperbaiki sebarang masalah gigi yang minima, berkemungkinan rawatan pergigian lain yang lebih konservatif akan disarankan seperti rawatan pemutihan, pengkonturan semula secara estetik atau veneer komposit.
Untuk individu dengan yang mengalami kerosakan yang lebih besar atau serius, rawatan korona gigi adalah alternatif yang lebih sesuai dan lebih kuat berbanding prosedur rawatan veneer.
Sebelum menjalani apa apa rawatan gigi, doktor gigi akan memberikan nasihat dan pandangan doktor pakar mengenai pilihan rawatan yang sesuai dan terbaik. Tak boleh suka suka kita nak buat itu ini. Doktor gigi akan rawat mana yang lebih utama.
sumber : https://therohani.com/veneer-gigi-malaysia/
baru tahu pasal ni huhu. boleh rasa ngilunya
ReplyDeleteNgilu yang tak boleh bawak bincang. huhu...
DeleteTeringin juga nak buat tapi hold dulu. Dengar Fizah ckp pasal kikis tu pun dah terasa ngilunya.. Teringin nak buat implan tapi tak tahu la. Kejap rasa berani kejap rasa takut. Kena kumpul duit dulu..
ReplyDeleteRasa nak buat tu berani tapi dah dekat masanya rasa berdebar lain macam. itulah tu, nak menabung jugak nak buat yang lain. huhu...
Deletemmg tak suke nak jumpe doktor gigi. tak tau kenapa...
ReplyDeleteIkutkan hati memang tak suka tapi apa nak buat, dah terpaksa. huhu...
Deletejumpa dr gigi ni kalau tak terpaksa mmg tak pegi... ah betul2 sakit br nak pegi kan
DeleteTahu takpe! Dah sakit tu terpaksa rela lah kita.
DeleteMana gambar giginya?. Hihi.
ReplyDeleteOo RM200?. Saya sangka lebih mahal mcm buat crowning sbb selalu nampak artis2 je buat. Alhamdulillah zmn skg dah mcm2 teknologi.
Ada, thumbnail bawah tu. Segan pulak nak letak besar besar. Letak small version je lah. Asalkan nampak senyum elok. Crowning cecah ribuan sebatang katanya. Zaman sekarang dengan teknologi macam macam boleh jadi.
DeleteSekejap tapi rasa lama sebab tidak selesa dengan bunyi gerudi.
ReplyDeleteNasib baik sekali rawatan. Boleh teruskan hidup.
Itulah tu, sekejap rasa lama pulak dalam bilik tu. Syukur sekali lawatan je siap. Rawatan tu kena follow up jugak nanti kalau rajin.
DeletePlg tak suka gi jumpa dentist. Auto dtg sakit belakang, sakit kepala semua
ReplyDeleteTahu takpe. Terpaksa rela jugaklah kan bila gigi buat hal. Sakit kepala tu semestinya. huhu...
DeleteWah....lepas ni senyuman berseri la Fiza.... Ada harapan jadi model iklan ubat gigi..hihihi
ReplyDeleteSaya juga sedang mengumpul modal nak baiki crown gigi depan juga ni..Gigi patah jatuh basikal masa zaman sekolah..huhuhu
Harap berserilah bila tersenyum tu. hehe..Haha..jauh sangat nak jadi model iklan ubat gigi. Jauh beza dengan pajula. Doktor suggest buat crown gak tapi modalnya seribu macam tu. Kena menabunglah kita.
DeleteHari tu ucid main kat car porch, jatuh tersembam. sompek la sikit gigi kapak dia kat depan tu. cuak kejap sebab tu gigi kekal. kalau pecah atau patah, memang kesian
ReplyDeleteAduhaiii..kesian ucid. sompek sikit tak obvious okaylah juga. saya ni sompek banyak dan obvious. Nak tak nak kena jugalah ditampal sompekan tu. huhu..
Deletewahhh dh cntik dh… mmg smua org paling takut jmpa dr gigi. hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah better than before. Betul, semua orang seram nak jumpa doktor gigi.
Deletedari september ari tu nak buat apoinmen cek gigi. tak juga buat, fiza.
ReplyDeletesebelum tu husband buat gigi baru. gigi kapak dia da lama problem.
RM1000+ juga la kos dia utk 1 gigi. tapi helok cantik da skang.
tanam gigi baru. dia tak nak pakai gigi pelesu, fiza.
aida xde la nak tanam gigi, semua gigi maintain ada.
nak scaling. tampal kalau perlu. tu jer.
terfikir nak putihkan gigi la. hmmmm mcm best jer.
Ohh buat crowning eh. Crowning memang harganya macam tu. Doktor pun nanti suggest buat crowning jugak.
DeleteAlhamdulillah..syukur gigi kak aida tak ada masalah. Putihkan gigi kalau rasa perlu tu okaylah boleh cuba.
Salam sis fiza. Maaf bertanya. Boleh ya buat veneer untuk gigi mana je kita nak?Saya ingatkan kena buat semua yg depan2. Sbb gigi saya yg senget sebatang je. Saya tak nak buat semua sbb melibatkan kos yg tinggi juga😅 nak buat sebatang dua je
ReplyDeleteUntuk buat rawatan kena minta pendapat doktor sebab kadang apa yang kita nak tu tak sesuai untuk kondisi gigi tu. Apa² doktor kena check dulu keadaan gigi. Kalau okay barulah dorang proceed untuk rawatan atau buat rawatan yang bersesuaian :)
Delete